Thursday, June 23, 2011

RAKYAT MALAYSIA TERPERANGKAP DENGAN PERSEPSI PALSU

SAYA MERASA AMAT DUKACITA DAN HAMPA APABILA MENAIKI PESAWAT TERBANG MAS DARI ISTANBUL KE KUALA LUMPUR HARI ISNIN 20 JUN 2011 YANG LALU, IAITU SETELAH SEKIAN LAMA TIDAK MEMBACA AKHBAR MELAYSIA, LALU APABILA MEMBACA AKHBAR TANAH AIR ITU, MAKA SAYA MENEMUI BERBAGAI-BAGAI BERITA SAMPAH SARAP YANG MENGANDUNGI TUDUHAN DAN KECAMAN YANG DILAKUKAN TERHADAP KERAJAAN DAN SISTEM NYA, SERTA INSTITUSI NEGARA KITA, YANG SEOLAH-OLAH SEMUANYA BURUK DAN NEGATIF, TIDAK ADA SESUATU PUN YANG BAIK.

KECAMAN TERHADAP SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA, NAMPAKNYA AMAT BERAT DAN MERUPAKAN SATU TUDUHAN YANG SERIUS, TERUTAMANYA APABILA HAL INI MENJADI ISU SEHINGGA AKAN DIANJURKAN SATU DEMONSTRASI BESAR-BESARAN YANG AKAN DI ADAKAN PADA 9 JULAI INI, YANG DILAMBANGKAN SEBAGAI GERAKAN "BERSIH".

SEBENARNYA DARAH RAKYAT MEMANGLAH BOLEH DI API-APIKAN, WALAU PUN DENGAN TUDUHAN YANG MERUPAKAN PERSEPSI YANG BELUM TENTU MEMPUNYAI KEBENARANNYA. PERSEPSI SENTIASA BOLEH DIKEMUKAKAN SEBAGAI KENYATAAN, TERUTAMANYA APA BILA PERSEPSI ITU SENTIASA DIHEBOH-HEBOHKAN SEBAGAI KENYATAAN, DAN DISERTAI PULA DENGAN EMOSI DAN PERASAAN, JUGA FANATIK PARTISAN, SEOLAH-OLAH KITA SEKARANG INI TELAH SESAT TERLALU JAUH, HIDUP DALAM DUNIA YANG PENUH PENIPUAN, SEDANGKAN HAL YANG SEBENARNYA TIDAK DI TIMBULKAN.

KEMBALI KE TANAH AIR SENDIRI, SAYA MELIHAT RAKYAT DAN KETUA-KETUA POLITIK TERTENTU SENDIRI YANG BERTINDAK MEMBURUK-BURUKKAN NEGARA SENDIRI, MENGECAM SEGALA SISTEM KITA, DAN MEMPERKECIL-KECILKAN USAHA SEIMBANG DAN TAMADUN YANG TELAH BERJALAN SELAMA INI DI DALAM NEGARA KITA.

SAYA BERADA DI DALAM PERSIDANGAN DI ANKARA, ORANG LAIN MENCERITAKAN TENTANG KEMAJUAN DAN TAMADUN KITA, MODEL YANG BAIK YANG TELAH KITA JALANKAN, DAN MEMUJI KITA SEBAGAI NEGARA BERPERADABAN, TERMASUK DALAM SISTEM EKONOMI, SOSIAL, AGAMA DAN SEBAGAINYA.

TETAPI BILA PULANG KE NEGARA SENDIRI, RAKYAT KITA SENDIRI YANG MENGAMBIL SIKAP KONFRANTASI MENENTANG DAN MELEBELKAN NEGARA KITA DENGAN BERBAGAI-BAGAI TUDUHAN MELULU.

SAYA TIDAK TAHU APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA NEGARA KITA PADA MASA HADAPAN? DAN SAYA TIDAK TAHU JUGA APAKAH YANG AKAN DICAPAI OLEH ORANG-ORANG KITA SENDIRI YANG MENGECAM KEBAIKAN YANG MEREKA NAMPAK DAN NEKMAT YANG MEREKA RASAKAN SELAMA INI.

HANYA RAKYAT SENDIRI SEBENARNYA YANG SEHARUSNYA TAHU DAN FAHAM DALAM MEMBEZAKAN DIANTARA KACA DAN INTAN, DI ANTARA PERSEPSI PALSU, DAN KENYATAAN YANG SEBENARNYA.

Pageviews last month