Sunday, June 12, 2011

WASATIYYAH


KONSEP WASATIYYAH MEMANG AGAK KABUR LAGI DI KALANGAN RAMAI. SEMINAR YANG BERBENTUK KONVENSYEN YANG DIADAKAN DI PUTRAJAYA PADA 10 DAN 11 JUN 2011 PADA UMUMNYA TELAH DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT KEFAHAMAN TENTANG KONSEP INI.

USAHA MEMBERIKAN P[ENGERTIAN YANG JELAS TENTANG KONSEP INI HENDAKLAH DIJALANKAN SETERUSNYA TANPA HENTI, DAN HAL INI HARUSLAH MENDAPAT PERHATIAN SEMUA KALANGAN MASYARAKAT, BUKAN HANYA DARI PERSPEKTIF AHLI AKADEMIK SAHAJA, ATAU SEKADAR AKTIVITI SEMUSIM, YANG HANYA AKAN MENJADI PERMAINAN POLITIK SEMPIT SESAMA ISLAM, MEMANDANGKAN KEPADA HAKIKAT, BAHAWA APA-APA SAHAJA YANG BARU DAN DITIMBULKAN DI MALAYSIA, TERUTAMANYA YANG KELUAR DARI PIHAK PEMERINTAH, MAKA SEMUANYA ITU AKAN DI JADIKAN BAHAN POLITIKING SEMPIT.

SATU PERKARA YANG SEHARUSNYA DIFAHAMI BAHAWA WASATIYYAH ADALAH SATU GAGASAN YANG DIWAHYUKAN OLEH ALLAH SWT SEPERTI YANG TERSEBUT DI DALAM AYAT 143 SURAH AL-BAQARAH. FALSAFAH WASATIYYAH INI ADALAH MERUPAKAN FALSAFAH KEROHANIAN BERDASARKAN SYARIAH DAN AKHLAK ISLAM, BUKAN BERDASARKAN FALSAFAH "AQLI" SEMATA-MATA.

OLEH ITU, KITA HARUSLAH MENGKAJI KONSEP INI DENGAN LEBEH MENDALAM, IAITU KONSEP WASATIYYAH DARI PERSPEKTIF ISLAM, YANG TENTUNYA MENGATASI DASAR MODERATION, PERSEIMBANGAN DAN SEBAGAINYA YANG SERING KITA KONSEPSIKAN APABILA KITA BERBICARA TENTANG WASATIYYAH.

MALAH KITA DAPAT JUGA MENGKAJI TEORI-TEORI SEMASA TENTANG AMALAN DALAM DUNIA MODEN DAN GLOBAL INI TENTANG KONSEP MODERATION, BALANCE EQUILIBRIUM DAN SEBAGAINYA, SAMBIL MENGKAJI DENGAN LEBEH LANJUT UNTUK MEMAHAMI KONSEP DAN FALSAFAT WASATIYYAH DARI PERSPEKTIF AKIDAH DAN SYARIAH ISLAM SENDIRI, YANG TENTUNYA LEBEH BERDASARKAN KEPADA NILAI DAN AKHLAK KETUHANAN YANG MAHA ESA DENGAN BERPANDUKAN KEPADA KONSEP HAK ASASI, KEADILAN, KESAKSAMAAN, PERHUBUNGAN ETNIK DAN MENCARI KEKAYAAN DUNIA SERTA LAIN-LAINNYA BERDASARKAN FALSAFAH DAN DASARNYA DALAM ISLAM SENDIRI, BUKAN HANYA BERDASARKAN KEPADA NILAI-NILAI BARAT YANG DIGAGASKAN TANPA BERPANDUKAN KEPADA KESEDARAN MORAL KEROHANIAN ISLAM.

KITA MEMPELAJARI SAINS PUN SEBENARNYA BANYAK BERPANDUKAN KEPADA TEORI DAN PANDANGAN SAINS DARI BARAT, FORMULANYA ADALAH SAMA, TETAPI SEGALA TEORI DAN FORMULA ITU ADALAH BERPAKSIKAN KEPADA FALSAFAH AGAMA TAUHID, KETUHANAN YANG MAHA ESA DAN MAHA BERKUASA, SEHINGGA SAINS ADALAH TUNDUK KEPADA NILAI-NILAI MORAL KEROHANIAN ISLAM, BUKAN BERDASARKAN KONSEP ILHAD YANG TIDAK MENGAKUI KEWUJUDAN TUHAN YANG MAHA ESA.

HAL INILAH YANG SEHARUSNYA KITA FAHAMI KETIKA KITA SEDANG MENCARI-MENCARI SEGALA TEORI ILMU, GAGASAN SOSIAL, FALSAFAH DAN DASAR PEREKONOMIAN, POLITIK DAN SEBAGAINYA, YANG SEDANG KITA LAKUKAN, IAITU YANG BERPANDUKAN KEPADA FALSAFAH ILMU DAN TEORI TAUHIDIK, KETUHANAN YANG MAHA ESA.

POLITIK ISLAM YANG SEDANG KITA AMALKAN DI NEGARA KITA YANG SEGELINTIRNYA MENIMBULKAN KONFLIK YANG TIDAK SIHAT, IAITU YANG BERLANDASKAN TUDUH MENUDUH, KEJI MENGKEJI, FITNAH MEMFITNAH, KATA-KATA YANG TIDAK BERMORAL DAN BERADAB, ADALAH SEBENARNYA BUKANLAH AMALAN POLITIK YANG BERSANDARKAN KEPADA POLITIK ISLAM, KERANA POLITIK ISLAM SEHARUSNYA BERSIH DARI SEGALA PERKATAAN DAN PERBUATAN YANG TERKELUAR DARI NILA-NILAI MORAL KEISLAMAN. ISLAM TIDAK MERESTUI UMPATAN, KEJIAN, KATA MENGATA SESAMA INSAN, APA LAGI SESAMA UMAT SEAGAMA, KERANA HAL ITU MERUPAKAN PERBUATAN ZALIM.

MAKA DI SINILAH TERLETAKNYA KEFAHAMAN YANG SEHARUSNYA DI FAHAMI OLEH SEMUA GOLONGAN UMAT ISLAM TENTANG KONSEP WASATIYYAH ITU. UMMATAN WASATAN YANG DISEBUTKAN OLEH AL-QURAN BERERTI "UMAT YANG ADIL LAGI TERPILIH" IAITU YANG TIDAK BERLAKU ZALIM, TERMASUK PERILAKU YANG MENZALIM SESAMA MANUSIA SEPERTI UMPATAN, KEJIAN, KATA-KATA KOTOR DAN TUDUHAN MELULU YANG SERING KITA TEMUI DALAM MASYARAKAT ISLAM SEKARANG INI.

MALAH HAL INI MENJADI PENYAKIT YANG PARAH DALAM SESETENGAH NEGARA ISLAM PADA HARI INI, IAITU SEPERTI PERBUATAN BUNUH MEMBUNUH, PEPERANGAN SAUDARA YANG SEDANG BERLAKU DENGAN RANCAKNYA DALAM DUNIA ISLAM SEPERTI YANG DAPAT KITA SAKSIKAN PADA HARI INI, YANG SEDANG BERLAKU DI NEGARA-NEGARA ISLAM DI ASIA BARAT DAN AFRIKA UTARA, DI MANA SUDAH RIBUAN NYAWA TERKORBAN KERANA PEPERANGAN, SAMA ADA PEMBUNUHAN SESAMA SENDIRI, ATAU PAKATAN YANG DILAKUKAN DENGAN KUASA BARAT , YANG TENTUNYA AMAT MENYELEWENG DARI AJARAN ISLAM SENDIRI.

HARAP SEKURANG-KURANGNYA UMAT ISLAM DI NEGARA KITA, AKAN DAPAT MEMAHAMI DAN MENGHAYATI KONSEP UMMATAN WASATAN ITU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, TERMASUKLAH DI KALANGAN ORANG ISLAM SENDIRI, APA LAGI OLEH PARA "ULAMAK"NYA YANG NAMPAKNYA MASIH BELUM DAPAT MENGHAYATI DASAR WASATIYYAH INI.

Pageviews last month