Tuesday, June 7, 2011

LAYAN SUAMI SEPERTI PELACUR??

KITA DI NEGARA INI NAMPAKNYA MEMPUNYAI KEPELBAGAIAN ORGANISASI YANG AMAT KREATIF. TETAPI DALAM SEBEGITU BANYAK ORGANISASI NAMPAKNYA SEBUAH KELAB YANG TERBARU YANG DIKENALI DENGAN NAMA KELAB ISTERI YANG TAAT SETIA (OBEDIENT WIVES CLUB) TELAH MENGEMUKAKAN SATU IDEA YANG AMAT "MENGKAGUMKAN" DALAM USAHA MEWUJUDKAN KELUARGA HARMONI, KHUSUSNYA MEREALISASIKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI YANG AMAT INTIM, IAITU SATU TEORI BARUNYA YANG MENUNTUT ISTERI SUPAYA MELAYAN SUAMINYA DI RANJANG SEPERTI SEORANG "PELACUR YANG MELAYANI PELANGGANNYA" (!!!!!)

TEORI INI DIKEMUKAKAN DENGAN ANDAIAN BAHAWA KEHIDUPAN SEKS SEORANG SUAMI YANG MENDAPAT LAYANAN "ISTIMEWA" DI RANJANG TIDUR AKAN DAPAT MENGELAKKAN BANYAK PENYAKIT SOSIAL YANG BERLELUASA KETIKA INI, SEPERTI SUAMI YANG LIAR DAN MENCARI KEPUASAN DI LUAR, KEGANASAN RUMAH TANGGA, PEMBUANGAN BAYI DAN SEBAGAINYA.

PADA PANDANGAN KELAB INI ISU-ISU SOSIAL YANG MENCEMASKAN ITU, AMAT MUDAH DI SELESAIKAN, DAN SALAH SATU CARANYA IALAH MELAYAN SUAMI DENGAN SEPUAS-PUASNYA DI BILIK TIDUR, SEPERTI SEORANG PELACUR YANG TUNGGANG TERBALIK MELAYANI PELANGGANNYA !.

KALAU BANYAK KELAB YANG DAPAT MEMBAWA "IDEA KREATIF" SEPERTI INI, SAYA RASA TAK GUNALAH LAGI KITA MEMPUNYAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, NGO'S, MALAH KEMENTERIAN HAL EHWAL WANITA, KEMENTERIAN KEBAJIAKAN, KEMENTRIAN BELIA, DAN SEBAGAINYA, YANG SELAMA INI BERTUNGKUS LUMUS MEMBUAT PENYELIDIKAN, KAJIAN DAN MEMERAS OTAK UNTUK MENCARI PENYELESAIAN BAGI PENYAKIT SOSIAL YANG MELANDA MASYARAKAT KITA PADA HARI INI.

SAYA NAMPAK MASYARAKAT MALAYSIA, KHSUSNYA MASYARAKAT MELAYU DAN ISLAM NEGARA KITA, SERING MENGAMBIL PENDEKATAN YANG AMAT "SIMPLISTIK" YANG DIANDAIKANNYA SEBAGAI JAWAPAN DAN PENYELESAIAN KEPADA ISU-ISU SOSIAL YANG AMAT RUMIT ITU. MASYARAKAT KITA AMAT KURANG SEKALI MENCARI PENYELESAIAN BAGI MASALAH APA SAJA BERDASARKAN FAKTA DAN PENEMUAN YANG BERASASKAN KAJIAN DAN PENYELIDIKAN ILMIAH.

TANPA MERUJUK KEPADA PERSAINGAN MASYARAKAT DALAM MENCARI KEBENDAAN DAN KEMEWAHAN, LEDAKAN EMOSI DAN JIWA YANG DIAKIBATKAN OLEH BERLELUASANYA ELEMEN PORNOGRAFI CANGGIH, MEREBAKNYA PENYAKIT JIWA DAN PSOKOLOGI MANUSIA, DAN LAIN-LAIN LAGI, TIBA-TIBA KITA MENYAMBAR APA SAJA YANG KITA RASA BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT MASYARAKAT ITU, LALU KITA KEMUKAKAN SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN YANG MUDAH UNTUK MENGATASI PENYAKIT DAN MASALAH YANG AMAT RUMIT ITU.

MEMANG SETIAP ORANG BEBAS UNTUK MENGELUARKAN IDEANYA UNTUK DITONJOLKAN SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN BAGI SESUATU PENYAKIT SOSIAL, DAN KONFLIK KELUARGA SERTA RUMAH TANGGA. TETAPI PANDANGAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH KELAB INI AGAK GANJIL DAN KELIHATANNYA TIDAK BERLANDASKAN KEPADA ILMU DAN HIKMAH, TERUTAMANYA APABILA DI LIHAT DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM ITU SENDIRI.

SAYA HARAP KELAB INI AKAN MELUASKAN DIMENSI PEMIKIRAN DAN OBJEKTIFNYA DALAM USAHA MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA PEMUPUKAN KEHARMONIAN RUMAH TANGGA DAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. FOKUSNYA TIDAKLAH TERLALU SEMPIT KEPADA KEHIDUPAN SEKSUAL, KHUSUSNYA MELIHAT WANITA SEBAGAI OBJEK SEKS, DAN SUAMI SEPERTI SINGA LAPAR YANG HANYA MEMAKAN MAKANAN SEKS SAHAJA, TIDAK YANG LAIN-LAIN.

Pageviews last month