Monday, June 6, 2011

ULAMAK DAN POLITIK

INGIN SAYA SAMBUNGKAN DI SINI TENTANG TAJUK YANG SAYA PERKATAKAN DI ATAS. SEBAGAI SAMBUNGAN DARI KENYATAAN PRESIDEN PAS YANG TERSEBUT DAN PANDANGAN BELIAU BAHAWA ULAMAK TERSALAH FAHAM TENTANG POLITIK ISLAM KERANA KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN YANG MEREKA LALUI, MAKA SAYA RASA HAL INI AMAT PENTING DIKAJI DAN DITELITI LAGI DENGAN LEBEH MENDALAM.

SAYA RASA SELAMA INI KEBANYAKAN ULAMAK YANG TERLIBAT DALAM PARTI POLITIK, DAN YANG BERGERAK AKTIF SERTA MENJADI MENTERI, TIMBALAN MENTERI, AHLI PARLIMEN, MENTERI BESAR, ADUN DAN YANG TIDAK MEMEGANG JAWATAN DALAM POLITIK, KEBANYAKAN MEREKA ADALAH BERKELULUSAN AGAMA, DAN MUNGKIN PALING BANYAK DARI MEREKA IALAH KELULUSAN PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM DI NEGARA-NEGARA ISLAM ASIA BARAT, SEPERTI MESIR, SAUDI ARABIA, JUGA MOROKO DAN LAIN-LAIN.

TANPA PERLU MENYEBUT NAMA-NAMA MEREKA KITA MENGETAHUI BAHAWA PARA AKTIVIS POLITIK DALAM PAS DAN UMNOA, MERUPAKAN PARA ULAMAK YANG BERKELULUSAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DARI NEGARA-NEGARA ISLAM YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS, IAITU DARI UNIVERSITI AL-AZHAR. MADINAH, MOROKO DAN LAIN-LAIN.

TERDAPAT ULAMAK KELULUSAN AZHAR YANG APABILA KEMBALI KE NEGARA KITA, DAN SETELAH MEMERHATI PERGERAKAN POLITIK PAS ATAU UMNO, LALU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENYERTAI SALAH SATU PARTI TEERSEBUT MENGIKUT PANDANGAN DAN PERTIMBANGAN MASING-MASING.

SAYA SENDIRI MEMPUNYAI KAWAN-KAWAN YANG SAMA DI AL AZHAR DULU, YANG KINI ADA BERJUANG DALAM UMNO DAN PAS. DATUK DR HARUN DIN, DR. DAENG SANUSI MERIOK. DATO' SERI AZIZAN ABDUL RAZAK, USTAZ AHMAD AWANG,DAN BANYAK LAGI YANG BERJUANG DALAM PAS, MANAKALA TAN SRI ABDUL HAMID OTHMAN, TAN SRI YUSUF NOR, DATO' DR ABDULLAH MOHAMAD ZAIN, DAN BEBERAPA KAWAN YANG LAIN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK BERJUANG DALAM UMNO.

TUJUAN SAYA MMENYEBUT BEGINI IALAH UNTUK MENJELASKAN BAHAWA KECENDERUNGAN MASING-MASING MERUPAKAN FAKTOR UTAMA MEREKA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK BERGERAK AKTIF DALAM BIDANG POLITIK DENGAN MENYERTAI MANA-MANA PARTI POLITIK YANG SESUAI DENGAN MEREKA.

OLEH ITU SAYA MERASAKAN AGAK TIDAK LOGIK SEKIRANYA KITA MENGATAKAN BAHAWA SISTEM PENDIDIKAN YANG DILALUI OLEH ULAMAK UMNO YANG MENJADIKAN MEREKA TIDAK MEMAHAMI SISTEM POLITIK ISLAM, SEDANGKAN MEREKA JUGA ADALAH MERUPAKAN GRADUAN DARI UNIVERSITI YANG SAMA DENGAN PARA ULAMAK YANG BERJUANG DALAM PAS. DEMIKIANLAH JUGA KITA TIDAK SEHARUSNYA MENGATAKAN BAHAWA ULAMAK YANG MENYERTAI PAS SAHAJA YANG MEMAHAMI POLITIK ISLAM SEDANGKAN MEREKA JUGA TELAH MELALUI PROSES PENGAJIAN DAN PENDIDIKAN YANG SAMA DENGAN RAKAN-RAKAN MEREKA YANG BERJUANG DALAM UMNO.

KITA SAMA-SAMA BELAJAR DI AL AZHAR, UMPAMANYA, DENGAN MELALUI SISTEM PENDIDIKAN YANG SAMA, PARA PENSYARAHA YANG SAMA, BUKU-BUKU TEKS YANG SAMA. DAN BERLATAR BELAKANGKAN PERSEKITARAN YANG SAMA.

OLEH ITU SAYA RASA GRADUAN YANG BERKELULUSAN YANG SAMA, DARI SISTEM PENDIDIKAN DAN UNIVERSITI YANG SAMA, ADALAH SAMA DALAM KEFAHAMAN MEREKA TENTANG ISLAM,BERDASARKAN BIDANG PENGAJIAN YANG TELAH MEREKA LALUI. TENTULAH AMAT TIDAK WAJAR SEKIRANYA DALAM MASA YANG SAMA MEREKA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENYERTAI UMNO ATAU PAS, MAKA KITA DAPAT MEMBUAT HUKUMAN BAHAWA GOLONGAN A KURANG KEFAHAMANNYA TENTANG ISLAM DAN GOLONGAN B KUAT KEFAHAMANNYA TENTANG ISLAM, DAN LEBEH PARAH LAGI KALAU HENDAK KITA KATAKAN BAHAWA GOLONGAN B KURANG AGAMANYA, ATAU TIDAK ISLAMIK, SEDANGKAN GOLONGAN A ITU LAH SAJA YANG BENAR-BENAR ISLAMIK, KERANA KEDUA-DUA GOLONGAN ULAMAK ITU PERNAH MELALUI SISTEM PENGAJIAN YANG SAMA, MEMAHAMI AGAMA, DARI SEGI AKIDAH DAN SYARIAHNYA DARI SISTEM YANG SAMA.

OLEH ITU SAYA TIDAK FIKIR KITA WAJAR MEMBUAT SEBARANG HUKUMAN TENTANG ULAMAK BERDASARKAN PARTI POLITIK YANG MEREKA SERTAI DAN BERGERAK AKTIF DI DALAMNYA, TERUTAMANYA UNTUK MENGHUKUM BAHAWA ULAMAK ITU MEMAHAMI ISLAM ATAU TIDAK, BERJUANG KERANA ISLAM ATAU TIDAK SEMATA-MATA BERDASARKAN PARTI POLITIK YANG MEREKA PILIH DALAM AGENDA POLITIK MASING-MASING. MUNGKIN DARI SEGI VISI, PANDANGAN PERIBADI, HIKMAH DAN ELEMEN-ELEMEN LAIN YANG MEBUAT SESEORANG ITU MEMILIH UNTUK BERJUANG DALAM PARTI POLITIK PILIHANNYA.

KESIMPULAN PANDANGAN SAYA, BAHA KITA SESAMA ULAMAK, DAN SESAMA ISLAM, TIDAKLAH SEHARUSNYA BERKONFLIK ATAS PLATFOM POLITIK KEPARTIAN YANG SEMPIT SEHINGGA MENIMBULKAN PERPECAHAN SESAMA KITA DAN BERKONFLIK SESAMA SENDIRI DI HADAPAN ORANG LAIN, YANG KADANG-KADANG ORANG LAIN ITU TERDIRI DARI MUSUH YANG MEMUSUHI ULAMAK DAN MEMUSUHI ISLAM SENDIRI.

Pageviews last month