Thursday, June 9, 2011

DEMI JALAN KE PUTRAJAYA

DEMI MENEMPAH JALAN KE PUTRAJAYA MELALUI PRU13, YANG ENTAH BILAKAH AKAN DIADAKAN, NAMPAKNYA RAKYAT MALAYSIA MENYAKSIKAN KEPELBAGAIAN TEKTIK DAN TELATAH AHLI-AHLI POLITIK DAN PARTI-PARTI POLITIK NEGARA INI YANG SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MENYUSUN STRETEGI UNTUK MEMENANGI PRU13 ITU DAN MEMBUKA JALAN BAGI MEREKA UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN, ATAU DENGAN UNGKAPAN LAIN, MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA BAGI BARISAN NASIONAL, ATAU MERAMPAS PUTRAJAYA BAGI PAKATAN RAKYAT.

PEREBUTAN KUASA INI NAMPAKNYA YANG MENJADI FOKUS BAGI BN DAN PAKATAN. MALAH DALAM KEGHAIRAHAN MEREBUT KUASA INI NAMPAKNYA BANYAK PRINSIP DAN DASAR PERJUANGAN BEBERAPA PARTI KOMPONEN, SAMA ADA DALAM BN ATAU PAKATAN YANG MERUPAKAN AGENDA PERJUANGAN ASALNYA, KINI NAMPAKNYA TELAH MULAI DILUNAKKAN MENGIKUT PERKEMBANGAN SEMASA, TERMASUK MELAYANI SENTIMEN PERKAUMAN DAN KEAGAMAN SENDIRI, ATAS NAMA MEWUJUDKAN PERUBAHAN BARU, SEDANGKAN PERUBAHAN BARU SEPATUTNYA BERLAKU DALAM ISU-ISU PERJUANGAN SAMPINGAN, BUKAN AGENDA ASASI PERJUANGAN.

ISU YANG PALING KETARA DALAM HAL INI ADALAH MENYENTUH PERJUANGAN UMAT ISLAM SENDIRI DI NEGARA INI YANG INGIN MELIHAT KEDUDUKAN AGAMA, KEDAULATAN INSTITUSI RAJA, KUASA AGAMA NEGERI-NEGERI, YANG SEPATUTNYA LEBEH DIPERKASAKAN, TETAPI DALAM BEBERAPA HAL, NAMPAKNYA ISU-ISU INI MENGALAMI SEDIKIT KELONGGARAN, KERANA FAKTOR DALAMAN BN ATAU PKR, ATAU KERANA TEKANAN LUAR DARI MASYARAKAT RADIKAL YANG SEMAKIN MENGHIMPIT AGENDA PERJUANGAN POLITIK SEDERHANA DAN SEIMBANG YANG DIAMALKAN SELAMA INI.

PENGARUH MEDIA BARU JUGA SEBENARNYA MEMAINKAN PERANAN YANG BESAR KE ARAH KEHADIRAN ALIRAN MENENTANG ARUS DAN TEKTIK YANG BERUSAHA UNTUK MENJATUHKAN DASAR KESEDERHANAAN DALAM POLITIK NEGARA INI. BLOG DAN MEDIA ALTERNATIF TERBESAR DALAM NEGARA KITA INI NAMPAKNYA MEMAINKAN PERANAN YANG BESAR DALAM MENANAMKAN KEBENCIAN KEPADA POLITIK KESEDERHANAAN INI, DENGAN USAHANYA MEMBURUK-BURUKKAN DASAR YANG SELAMA INI MEMBERIKAN RASA SELESA KEPADA SEMUA KAUM DAN AGAMA, DAN MEMBESAR-BESARKAN PERSEPSI YANG SALAH TENTANG SEGALA SESUATU YANG POSITIF DI DALAM NEGARA KITA INI.

KECENDERUNGAN BERMAIN POLITIK UNTUK BERKUASA INI, YANG MENIMBULKAN SLOGAN ROAD MAP TO PUTRAJAYA SAYA RASA ADALAH MERBAHAYA. KERANA BERPOLITIK UNTUK MEREBUT KUASA, TIDAK SEMESTINYA MERUPAKAN BERPOLITIK UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. POLITIKING KOTOR ADALAH MERUPAKAN SATU DIRTY GAME, YANG KADANG-KADANG HANYA MERUPAKAN POLITIK RETORIK DAN SIMBOLIK YANG TIDAK BERISI, TERUTAMANYA YANG MENYENTUH POLITIK ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI NEGARA KITA INI.

SAYA TIDAK BEERMAKSUD UNTUK MENYOKONG ATAU MENENTANG MANA-MANA KUMPULAN POLIITIK YANG SEDANG MEREBUT JALAN KE PUTRAJAYA INI. TETAPI SAYA LEBEH SUKA MELIHAT RAKYAT SENDIRI, ORANG MELAYU DAN ORANG ISLAM SENDIRI, YANG SEPATUTNYA DALAM PERCATURAN POLITIK PADA HARI INI, DAPAT BERFIKIR DENGAN RASIONAL DAN PENUH HIKMAH, TANPA EMOSI DAN SENTIMEN MELULU.

DALAM MASYARAKAT MAJMUK SEPERTI NEGARA KITA INI, BANYAK LAPISAN PEMIKIRAN YANG HARUS KITA GUNAKAN DALAM BERPOLITIK, KHUSUSNYA DALAM MEREBUT KUASA MEMBENTUK KERAJAAN, KERANA KALAU DI LIHAT KEPADA CONTOH PEMERINTAHAN RASULULLAH SAW SENDIRI KITA DAPAT MELIHAT KESANNYA BAGAIMANA GOLONGAN MUNAFIK, GOLONGAN YAHUDI, YANG TELAH MENIKAM DARI BELAKANG MENGKHIANATI PERJUANGAN ISLAM, SEHINGGA RASULULLAH SAW TERPAKSA MENGAMBIL TINDAKAN KERAS KE ATAS MEREKA, KHUSUSNYA KAUM YAHUDI YANG MENGKHIANATINYA, PADA HAL MEREKA TELAH MENGIKAT PERJANJIAN DENGAN BAGINDA SEBELUM INI.

BERSORAK SURAI MEMANGLAH MUDAH DAN MENYERONOKKAN, BERSEMUKA DENGAN "MUSUH" YANG TIBA-TIBA MENJADI RAKAN BAIK KITA, MEMANGLAH TERPUJI. TETAPI MEREALISASIKAN SORAK SURAI KITA ITU DENGAN KEMENANGAN YANG HAKIKI BAGI KITA ADALAH AMAT SUKAR, DAN MEYAKINI HATI MUSUH LAMA KITA YANG TIBA-TIBA BERALEH MENJADI KAWAN SEJATI ITU JUGA ADALAH AMAT PAYAH UNTUK BERTAHAN LAMA, KERANA PEPATAH KITA JUGA MENYEBUT ALAH BISA MENANG BIASA, ANJING YANG SERING MEMAKAN NAJIS, MAKA JIKA TIDAK DAPAT DIMAKAN PUN, MENGHIDU BAUNYA SAJA SUDAH MENCUKUPI.

SAYA MAT BERHARAP BAHAWA ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU MESTILAH BERFIKIR DENGAN PENUH HIKMAH DAN BERPANDANGAN JAUH DALAM DUNIA POLITIK YANG BERCELARU PADA HARI INI, BUKAN BERTUJUAN UNTUK MEMUSUHI SESIAPA, JAUH SEKALI DARI MEMUSUHI KAUM DAN AGAMA LAIN, TETAPI DALAM MEMPERTAHANKAN HAK KITA SENDIRI DALAM NEGARA KEPUNYAAN KITA BERSAMA INI. MEMPERTAHANKAN HAK TANPA MENGAMBIL HAK ORANG LAIN ADALAH MERUPAKAN SESUATU YANG AMAT DITUNTUT.

Pageviews last month