Saturday, June 4, 2011

ULAMAK DAN POLITIK

SAYA MEMBACA DALAM MEDIA HARI INI TENTANG KENYATAAN PRESIDEN PAS "ULAMA BACKING UMNO DON'T UNDERSTAND ISLAMIC POLITIC' ATAU TERJEMAHANNYA "ULAMAK YANG MENYOKONG UMNO IALAH MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI POLITIK ISLAM"

BAGI SAYA KENYATAAN INI PERLU KEPADA PENJELASAN YANG LEBEH MENDALAM, ILMIAH DAN HIKMAH, KERANA SAYA TETAP DENGAN PENDIRIAN SAYA BAHAWA POLITIK DALAM PERJUANGAN PARTI BUKANLAH MERUPAKAN KONSEP MUTLAK SAMA ADA PERJUANGAN ITU MERUPAKAN SATU KONSEP AGAMA ATAU PUN TIDAK.

ULAMAK YANG MENYOKONG UMNO BUKANLAH MENYOKONG SECARA TAKSUB, IAITU YANG MENYOKONG MEMBUTA TULI, SAMA JUGA RASA SAYA ULAMAK YANG MENYOKONG PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI, RASANYA BUKANLAH MEREKA MENYOKONGNYA SECARA TOTAL, KERANA SEBAGAI ULAMAK, MEREKA SEHARUSNYA MENYOKONG AGENDA DAN PERJUANGAN PARTI POLITIK HANYALAH DALAM DASAR DAN AGENDA KERJA YANG TERTENTU, DAN MEREKA MASIH MEMPUNYAI PANDANGAN YANG KADANG-KADANG BERBEZA DARI PANDANGAN PARTI, ATAU PEMIMPIN PARTI ITU SENDIRI.

ULAMAK YANG MENYOKONG PAS ATAU UMNO, IAITU ULAMAK YANG SEBENAR-SEBENARNYA IKHLAS KEPADA AJARAN ALLAH DAN RASUL-NYA, TETAP MASIH BERPANDUKAN KEPADA AJARAN ISLAM SEPERTI YANG TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN DAN HADIS, SERTA YANG MEMPUNYAI DASAR UNTUK MENEGAKKAN KESEJAHTERAAN AGAMA, UMAT DAN NEGARNYA BERASASKAN ISLAM.

OLEH ITU SAYA RASA AMAT TIDAK WAJAR BAGI SESIAPA PUN MENGHUKUM SESUATU GOLONGAN ULAMAK ITU SAMA ADA MEREKA MEMAHAMI ISLAM ATAU TIDAK HANYA BERDASARKAN SOKONGAN DAN KECENDERUNGAN MEREKA KEPADA SESEBUAH PARTI POLITIK YANG TERTENTU.

SAYA TIDAK SETUJU SEKIRANYA ORANG MEMBERIKAN HUKUMAN KEPADA PARA ULAMAK YANG MENYOKONG PAS ATAU UMNO SECARA UMUM SEBAGAI ORANG YANG MEMAHAMI ISLAM ATAU TIDAK SEMATA-MATA BERDASARKAN SOKONGAN DAN SIMPATI KEPADA SESEBUAH PARTI POLITIK, YANG PADA UMUMNYA KEDUA-DUA PARTI ITU ADALAH PARTI UMAT ISLAM, BERJUANG UNTUK ISLAM, DAN MEMPUNYAI AGENDA ISLAM YANG TELAH PUN DILAKSANAKAN DENGAN BAIK, MENURUT CARA DAN KAEDAH MASING-MASING, YANG TIDAK MENENTANG DASAR AGAMA ITU SENDIRI.

SAYA AMAT TIDAK BERSETUJU DENGAN UMAT ISLAM DI NEGARA KITA INI YANG MASIH MEMPERSOALKAN ATAU MEMANDANG REMAH KEPADA KUMPULAN UMAT ISLAM, TERUTAMANYA GOLONGAN ULAMAK, TENTANG "KEISLAMAN: MEREKA SEMATA-MATA ATAS DASAR PENGLIBATAN MEREKA KEPADA PARTI POLITIK.

Pageviews last month