FIRST DAY IN ANKARA
DARI ISTANBUL SAYA KE ANKARA DENGAN PESAWAT TURKI, MAKAN MASA 1 JAM 5 MINIT TETAPI SEMPAT MAKAN HIDANGANNYA : AYAM TURKI KUKUS DAN SALAD. ANKARA IALAH IBU KOTA TURKI. DIANTARA NAMA-NAMA LAMANYA IALAH ANKUWASH, ANKYRA, ANGORA....DAN LAIN-LAIN LAGI. SEJARAH PENDUDUKANNYA KEMBALI KEPADA ZAMAN PENDUDUKAN PHRYGIANS, DIIKUTI OLEH LYDIANS, PERSIANS, GALATIANS, ROMANS, TURKS, SELJUKS DAN EMPIRE OTHMANIAH.
MASA BELAJAR DI MAAHAD MAHMUD ALOR STAR DULU DALAM PELAJARAN SEJARAH ISLAM, SAYA PERNAH BELAJAR TENTANG SEJARAH SELJUK (AL-SALJUQQIAH) DAN EMPIRE OTHMANIAH. TETAPI TAK FAHAM SANGAT DI MANAKAH JAJAHAN TAKLUK SALJUK DAN OTHMANIAH INI.
MUSTAFA KEMAL ATATURK IALAH ORANGNYA YANG TELAH MENGISYTIHARKAN NEGARA TURKI SEBAGAI SEBUAH NEGARA REPUBLIK PADA TAHUN 1923. PADA MASA ITU ANKARA MERUPAKAN SEBUAH KOTA KECIL, HANYA DIHUNI OLEH KIRA-KIRA 30,000 ORANG PENDUDUK YANG MASIH TIDUR DAN MIMPI, TETAPI KINI ANKARA MERUPAKAN KOTA KEDUA TERBESAR DI TURKI SELEPAS ISTANBUL, DENGAN PENDUDUKNYA BERJUMLAH LEBEH KURANG 4.5 JUTA.
KOTA INI MEMANGLAH AGAK TENANG. SAYA SAMPAI KE LAPANGAN TERBANG ANKARA YANG SEOLAH-OLAH KOSONG, TAK ADA PENUMPANG YANG DATANG, TAMBAHAN PULA TIDAK BANYAK TANDA ARAH TUJU DI DALAM LAPANGAN TERBANG ITU, DAN SAYA TERBABAS UNTUK MEMUNGUT BEG SAYA, KERANA SAYA TURUT KE TEMPAT MENGAMBIL BEG DI TEMPAT KETIBAAN DOMESTIK BERSAMA-SAMA DENGAN PENUMPANG LAIN DALAM PESAWAT YANG SAMA, LAMA SAYA MENUNGGU, BEG SAYA TAK TIBA, NAK PAKAI APA , SEMUA PAKAIAN ADA DALAM BEG, DAN HAMPIR-HAMPIR NAK BUAT LAPORAN KE TEMPAT BARANG HILANG KERANA TELAH HAMPIR SETENGAH JAM LEBEH MENUNGGU BEG TAK DATANG-DATANG JUGA, SEDANGKAN ORANG LAIN DAN HABIS KELUAR DENGAN BERMACAM-MACAM BEG MEREKA.
TANYA SANA SINI, TAK ADA PULA YANG TAU CAKAP ORANG PUTEH, CAKAP TURKI SAJA, ARAB PUN TAK BOLEH, MELAYU JAUH SEKALILAH. AKHIRNYA SEORANG PEGAWAI KARGO YANG LENGKAP DENGAN WALKIE TOKINYA MENGHAMPIRI KAMI DUA ORANG, KEBETULAN PADA MASA ITU ADA SEORANG PENUMPANG BUDAK LELAKI MUDA DARI THAILAND, SEDANG TUNGGU BEG JUGA, DIA PUN TAK BOLEH INGGERIS, MELAYU PUN TAK BOLEH, PAKAI SEBUT NAMA NEGARA SAJA, THAILAND, KATANYA.
PEGAWAI KARGO INI BOLEH CAKAP MAT SALEH, DIA TENGUK TEG BARANG KAMI, OH, KATANYA, BARANG INI SAMPAI DI TERMINAL ANTARABANGSA, SEBAB DATANGNYA DARI PESAWAT ANTARABANGSA, SAYA KATA KAMI NAIK PESAWAT DOMESTIK TURKI, DIA KATA ORANG SAJA SAMPAI DOMESTIK, BARANG ANTARABANGSA SAMPAI DI TERMINAL ANTARABANGSA! SAYA CAKAP MELAYU LOGHAT KEDAH KEPADANYA "AWAT TAK HABA' AWAI !!" DIA TERCENGANG-CENGANG, DAN BERTANYA "WHAT?" SAYA KATA "NEVER MIND THANK YOU" DIA PUN AMAT GEMBIRA DAN BERJABAT TANGAN SAYA DENGAN ERAT SEKALI, KERANA DIA FIKIR SAYA BERIKAN UCAPAN TERIMAKASIH BANYAK TADI.
SAYA ISYARAT LAGI KEPADA PEMUDA SIAM ITU, AJAK DIA PUKUL KAKI KE SANA, HAMPIR SAETENGAH KM BERJALAN, DAHLAH LETEH EMPAT BELAS LIMA BELAS JAM DALAM PESAWAT DARI KL KE ANKARA, KINI KENA JALAN KAKI KE SANA. NASIB BAIK BAWA BEG TOLAK PAKAI RODA, TROLI DI SINI KENA BAYAR 1 EURO KALAU NAK PAKAI, DUIT KECIL TAK ADA, JADI TOLAKLAH BEG BAWA KELUAR TERMINAL, DAN SYUKUR BILA KELUAR SAJA, SAYA NAMPAK SEORANG PEMUDA TURKI YANG TAMPAN, MEMEGANG KERTAS NAMA SAYA, DAN SAYA IKUT DIA NAIK KERETANYA, TETAPI DIA PUN TAK CAKAP INGGERIS, DUK SAJALAH DI TEPINYA ,DIAM SEPANJANG JALAN, HAMPIR SEJAM BARU SAMPAI HOTEL, YANG SAYA TAHU DARINYA SATU SAJA IAITU NAMANYA, SETELAH SAYA KATA "I ISMAIL, YOU?" SAMBIL TUNJUK KEPADA BADANNYA, DIA MENGAMBIL MASA KIRA-KIRA 2 MINIT BARU JAWAB "O,O, ZEKERIYYA" SAYA FIKIR NAMANYA TENTULAH ZAKARIYA, TETAPI TURKI SEBUT ZEKERIYYA !
DI HOTEL BARULAH SEMUA YANG BERKENAAN CAKAP INGGERIS, TETAPI DI RESTORAN TIDAK, KALAU KEBETULAN TANYA SESUATU DALAM BAHASA INGGERIS KEPADA SESEORANG YANG HANYA TAHU BAHASA TURKI, DIA KELAM KABUT CARI TEMANNYA YANG FAHAM INGGERIS. AGAKNYA DI MALAYSIA PUN KALAU SEMUA ORANG TAK USAH CAKAP INGGERIS, JADI MACAM INILAH JUGA. SEMANGAT KEBANGSAAN !
ANKARA SEBENARNYA ADALAH SEBUAH KOTA RAYA UNIVERSITI, SEBAB ITULAH KOTA INI DIPILIH UNTUK MENJADI TEMPAT PERSIDANGAN YANG SAYA HADIRI INI, IAITU DALAM SIRI INTERNATIONAL CONFERENCE ON HIGHER EDUCATION (ICHE). PERSIDANGAN KALI INI ADALAH SIRI YANG KE 22, DAN PERNAH DIADAKAN DI UKM DUA TIGA TAHUN DULU.
ANKARA MEMPUNYAI SEPULUH UNIVERSITI, DENGAN BILANGAN PELAJAR KIRA-KIRA 200,000 ORANG DARI DALAM DAN LUAR NEGARA. SEBUAH UNIVERSITINYA YANG TERKENAL, GAZI UNIVERSITI, MEMPUNYAI BILANGAN PELAJAR BERJUMLAH 60,000 ORANG.
SAYA MENANTI SAAT PERSIDANGAN INI DENGAN PENUH HARAPAN, KERANA INGIN JUGA BERTEMU PARA AKADEMIK DAN PIMPINAN UNIVERSITI TURKI DAN LUAR NEGARA BAGI MENINJAU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MEREKA DI INSTITUSI MEREKA SENDIRI. MEREKA TGENTULAH BOLEH CAKAP MAT SALEH !

Comments
Post a Comment