APAKAH UMNO DAN PAS HARUS BERSATU?
( BAHAGIAN KEDUA) Memperjuangkan Islam sebagai agenda politik kepartian, akan membawa kepada sikap dan sifat taksub partisan diantara ketua-ketua dan pengikut parti politik masing-masing, dan akibatnya ruh dan semangat ukhuwah Islamiah yang di bawakan oleh Nabi kita yang menjadi tulang belakang kekuatan umat tidak mungkin dapat direlisasikan sama sekali. Dan sekiranya falsafah dan perlaksanaan semangat persaudaraan Islam itu telah terhakis oleh agenda politik partisan, maka apakah lagi yang diharapkan dalam perjuangan kita untuk membangunkan Islam sebagai agama dinamik bagi kesejahteraan kita bersama di dunia dan akhirat. Saya melihat pertembungan PAS dan UMNO sekarang ini bukanlah pada dasar perjuangan untuk memahkotakan Islam sebagai agama. Tetapi pertembungan itu lebeh memfokuskan kepada pentafsiran Islam itu sendiri dalam banyak perkara. Pertamanya ialah tentan...