UMAT ISLAM SENDIRI HARUS BERHATI-HATI
Saya tidak mahu mempunyai pandangan serong kepada golongan bukan Islam ketika berlaku berbagai-bagai cabaran terhadap Islam dan umatnya, sama ada di dalam negara kita, atau di luar negara kita, iaitu di dalam dunia Islam, dan dunia bukan Islam yang terdapat umat Islam di sana.
Hal ini telah menjadi sikap dan pemikiran saya sejak lama, iaitu ketika saya mulai menerajui Institut Kefahaman Islam Malaysia ((1992) sehingga tamat tempoh khidemat saya di situ pada tahun 2002.
Tetapi segala kecaman terhadap Islam dan gambaran serta imej negatif yang dilabelkan kepada Islam dan umatnya, tidaklah semestinya merupakan kesalahan umat kita sendiri sahaja, malah ketika Islam digambarkan sebagai agama ekstremis dan radikal, dan ketika umat Islam dipandang dengan pandangan permusuhan malah dianggap sebagai pengganas, maka ketika itu sedikit sebanyak sememangnya terdapat sikap bermusuh dan stereotype dari pihak yang bermusuh dengan Islam, dan seterusnya menggambarkan Islam dan umatnya sebagai agama dan pengikut agama yang ganas dan tidak berperi kemanusiaan.
Tetapi cabaran yang dihadapkan kepada agama kita di negara kita sendiri nampaknya semakin memuncak dan agak agresif, maka di sinilah saya rasa sebahagian daripada kesalahannya ialah kerana tindakan dan sikap kita sendiri.
Umat Islam berselisih pendapat dan berpecah belah dalam isu2 agama sendiri, malah kadang2 dari segi hukum hakam agama sendiri. Kelemahan dari segi kesatuan ummah dan kesatuan pandangan ini memanglah tidak dapat dielakkan, tetapi dalam menghadapi cabaran yang ditujukan kepada Islam, seharusnya umat Islam harus bersatu pandangan, dan sekiranya berselidsih pandangan pun maka perselisihan pendapat itu haruslah mempunyai batas2nya yang tertentu.
Kita mulai dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam umpamanya, maka dari awal2 lagi masyarakat Islam berpecah dalam memberikan fatwa atau pentafsiran hukum tentang hal ini. Satu golongan akan mengambil sikap untuk bersama2 dengan pandangan dari bukan Islam yang mengharuskan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai tuhan mereka, sedangkan sebahagian yang lain tidak mengharuskannya.
Perpecahan berlaku lagi ketika pihak JAIS bertindak memeriksa gereja di Damansara Utama keerana terdapat maklumat bahawa terdapat orang2 Islam di dalam gereja tersebut yang menimbulkan syak wa sangka bahawa terdapat gerakan untuk merosakkan akidah mereka. Maka dalam hal ini terdapat dua pihak umat Islam, yang sekali lagi berpihak kepada Jais dan sebahagian yang lain berpihak kepada Geereja tersebut.
Baru2 ini pula terdapat kenyataan Majlis Perunding Agama2 Malaysia, Kristian, Budha, Hindu,Sik dan Tao yang mengeluarkan kenyataan tentang penyembelihan lembu korban yang menurut Majlis tersebut menyentuh sensiviti penganut agama lain, kerana binatang ternakan yang bernama "lembu" itu adalah merupakan binatang suci mereka, dan kononnya menyentuh sensiviti penganut agama lain ketika dilakukan penyembelihan di tempat awam seperti sekolah dan dewan orang ramai.
Isu seksualiti merdeka baru2 ini sekali lagi memecah belahkan pendirian umat Islam di dalam masyarakat kita, iaitu di samping pandangan yang mengutuk penganjuran itu, terutamanya oleh golonag "pelampau" yang menampakkan sikap agresif terhadap pemerintah Melayu, maka terdapat segelintir anggota masyarakat kita yang menyebelahi mereka, atau sekurang2nya menyatakan pandangan yang berasaskan kepada hak asasi manusia secara mutlak bahawa golongan beradat ganjil itu haruslah diberikan kebebasan kepada mereka untuk menyatakan hasrat dan perasaan mereka, termasuk dalam tindakan yang ditonjolkan secara "high profile" yang dirasmikan pula oleh seorang ""pejuang yang high profile" juga.
Kita menyedari bahawa perbezaan pandangan ini pada umumnya adalah disebabkan oleh permusuhan diantara orang Islam sendiri dalam perjuangan politik kepartian masing2. Maka hal inilah yang menjadikan orang bukan Islam tidak lagi merasa silu dan segan untuk mencabar orang Islam malah agama Islam itu sendiri.
Saya tidak cuba memperkecil2kan perjuangan politik kepartian orang Melayu, dan tidak pula mahu mempersoalkan ideologi politik yang dianuti oleh masyarakat Melayu Islam di negara kita, kerana masing2 mempunyai kebebasan untuk menganuti apa2 saja fahaman politik dan ideologi parti mereka.
Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila kita berselisih dan berbalah tentang hukum agama itu sendiri, yang seolah2 Ialam itu sendiri mempunyai kepelbagaian wajah berdasarkan anutan politik partisan para pengikutnya di kalangan orang Islam. Masalah nama Allah umpamanya adalah masalah agama, masalah tabiat ganjil cinta atau kawin sejenis juga merupakan isu hukum, walau siapa pun yang melakukannya, masalah percubaan memesongkan akidah orang Islam juga merupakan masalah agama, yang bukan hanya bertentangan dengan nilai moral dan hukum agama, malah bertentangan dengan undang2 negara kita sendiri, kita berpecah belah.
Dan apabila Sultan Selangor mengambil sikap pertengahan dalam isu Gereja dengan JAIS tanpa mengambil sebarang tindakan, maka nampaknya terdapat orang berilmu yang mempertikaikan hal ini dan menyalahkan tindakan Sultan dalam hal ini.
Oleh itu apakah yang hendak dihairankan sekiranya oang boleh mempersoalkan institusi agama, institusi Raja dan mempersoalkan kedudukan Islam dan Raja itu sendiri dalam masyarakat kita sekarang. Tentulah tidak hairan lagi sekiranya Islam dan orang Islam akan teus menerus dihimpit dan dicabar sepanjang masa, tidak kira dalam bulan mulia dan suci, musim ibadat dan musim perayaan agama, malah apabila terddapat perayaan agama Islam, maka pada masa itulah timbulnya berbagai2 cabaran kepada umat Islam, dan pada ketika itulah orang2 politik Islam akan mengeluarkan fatwa masing2 berpihak2 kepada anutan politik mereka, seolah2 esok akan tiba musim pilihan raya, dan esok akan menentukan siapakah diantara mereka yang akan mendapat undi untuk membawa meeka ke Putrajaya.
Inilah hakikatnya yang berlaku apabila umat Islam senddiri berpecah belah dalam isu2 keagamaan sendiri, dan hal inilah yang dieksploitasikan oleh orang lain untuk mencabar Islam dan menganggu umat Islam dalam menghayati ibadat atau amalan agamanya.
Oleh itu selagi orang Islam hanya mementingkan kepentingan diri dan golongannya sendiri, termasuk menjatuhkan hukum sesama sendiri yang menunjukkan perpecahan mereka, maka selama itulah agama Islam akan terus diganggu dan dicabar serta kalau mungkin dipisahkan dari penganut Islam sendiri.
Islam dinegara2 Islam yang lain mungkin telah goyang dan mengalami kerisis yang banyak akibat daripada himpitan dan desakan musuh2nya. Mun gkin negara kita saja satu2nya negara di rantau ini yang masih mempertahankan ajaran agama yang fundemental dan mantap, tidak tercemar dengan berbagai2 aliran perpecahan mazhab dan ideologi moden dalam beragama. Maka sebab itu Islam di Malaysia juga seharusnya dirosakkan begitu rupa, supaya Islam dalam bentuknya yang asasi dan suci, seharusnya dicemarkan menjadi satu ideologi agama yang liberal, terhakis dari nilai2 ajaran al-Quran dan Sunnah, malah akan mengambil nama Islam liberal, liberty, terbuka dan toleransi secara mutlak dan sebagainya.
Oleh itu seperti yang saya tegaskan di atas, bahawa segala himpitan dan cabaran yang dihadapkan kepada Islam dan Umatnya di negara kita ini, kita haruslah menginsafi, bahawa cabaran dan tekanan yang dikenakan ke atas kita dan agama kita sekarang ini adalah juga kerana tindakan dan tingkah laku, atau sikap dan pendirian kita sendiri, yang nampaknya tidak lagi fokus kepada Islam sebagai agama anutan kita bersama, atau hukum Islam itu adalah satu untuk semua umatnya.

Comments
Post a Comment