BERHIKMAH DAN BERFIKIR KETIKA MENGIKUTI MEDIA


Rakyat kita terikut2 dengan trend dunia yang kini lebeh bersikap kasar dan liar dalam tindakan memperjuangkan sesuatu yang dikatakan sebagai hak individu dan kelompok masing2. Kita tidak sangat didedahkan tentang trend ini mengikut kajian dan penyelidikan ilmiah dengan segala data dan faktanya. Tetapi sepintas lalu ternyata bahawa perjuangan menegakkan kepentingan diri dan kelompok semakin menjadi2 mutakhir ini.

Memanglah secara umumnya trend mempertahankan hak dan kepentingan ini nampaknya berlaku dengan hebat di kalangan ahli politik yang mempertahankan, sekali gus menonjolkan perjuangan parti masing2, tetapi nampaknya media, termasuk media baru, nampaknya telah memainkan peranan yang amat penting dalam menonjolkan kes "perjuangan" kelompok2 tertentu dalam politik, sama ada politik pemerintah bagi kerajaan yang berkuasa, atau pihak pembangkang.


Medialah yang sebenarnya pada masa kini yang menjadi medium utama memindahkan segala konflik dalam politik kepada masyarakat semua kalangan, dan media juga yang sebenarnya banyak meracuni pemikiran orang ramai tentang kepelbagaian isu yang menimbulkan konflik di kalangan rakyat umum, dengan laporan yang mengelirukan, dan menonjolkan konflik serta anasir negatif lebeh banyak dari penonjolan positif, atau meninggalkan sahaja laporan negatif yang mungkin tidak mempunyai kebenarannya.

Pemberitaan isu2 sensasi, konflik perkauman, keagamaan, keadilan masyarakat, pendidikan dan isu2 yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat berbagai etnik, sering disiarkan oleh media, kadang2 secara yang melampaui batasan, kalau pun tidak secara menghasut, tetapi terdapat unsur2 hasutan tersembunyi di sana sini, kecaman peribadi dan batang tubuh watak2 tertentu, termasuk segala laporan negatif terhadap individu tertentu dari kalangan pemerintah dan pembangkang, dan berbagai2 laporan lain, yang semuanya menimbulkan kemarahan, kebencian dan kadang2 permusuhan di kalangan pembaca terhadap individu itu, sama ada dari kalangan politik, pasukan keselamatan, korporat dan sebagainya.

Media kadang2 mejadi saluran yang tidak bertanggung jawab terhadap laporan mereka, atau menjadi penghasut melampau dalam mempertahankan mana2 pihak yang mereka "wakili" seolah2 segala2nya yang mereka laporkan itu adalah benar, betul dan tepat, sedangkan ada kalanya terdapat bahawa pemberitaan mereka amatlah tidak bertanggung jawab, merupakan spekulasi, atau pandangan peibadi tertentu sahaja.

Dalam situasi inilah masyarakat kita menjadi berpecah belah, dipenuhi dengan prasangka dan perasaan marah yang tidak berasas, kebenaran menjadi sesuatu yang salah, sedangkan sesuatu kesalahan menjadi perkara yang benar. Hal ini terjadi kerana keghairahan media melaporkan sesuatu yang dikira sebagai menyokong aliran politik tertentu, sama ada dalam isu perkauman, keagamaan, taksub melulu terhadap parti politik sehingga bersifat partisan yang kental, dan kecenderungan untuk menjatuhkan pihak lain, dan dalam masa yang sama menonjol kalangan tertentu yang mahu dilebelkan sebagai pihak yang "baik"

Oleh itu saya rasa bahawa konflik yang berlaku dengan hebatnya di dalam masyarakat kita pada hari ini di dalam negara kita adalah berpunca dari politiking yang melampau, taksub dan perjuangan partisan yang tidak mengenal sempadan, perasaan individualistik yang tebal di kalangan individu dan kaum, penganut agama atau ahli parti, gerakan anti "establishment" anti Raja, anti Perlembagaan, dan sebagainya, sama ada dicetuskan oleh golongan pelampau politik, atau media, peribadi tertentu yang mempunyai kepentingan ekonomi atau pengaruh dalam negara kita, dan sebagainya.

Oleh itu, rakyat umum yang sebenarnya harus berilmu dan berfikir secara rasional dan berhikmah ketika membaca berita2 atau karya2 tulisan penulis yang tertentu di dalam media, termasuk media alternatif, portal dan internet, yang malangnya terdapat kebanyakan media baru itu mengambil sikap berat sebelah dan sering menyiarkan komen2 yang berbentuk sinikal, fitnah, persepsi salah dan sebagainya, semata2 untuk mencari keuntungan politik bagi parti yang tertentu, atau kepentingan2 lain, termasuk perasaan dendam peribadi, sakit hati, malah saja2 seronok dalam kejahilan..

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....