KESIMPULAN KENYATAAN MPAM
The Malaysian Insider semalam telah menyiarkan kenyataan Majlis Perunding Agama2 Malaysia: Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao tentang isu yang saya tuliskan semalam dalam ruangan ini, iaitu kenyataan Majlis tersebut mengenai perlaksanaan ibadat Korban dengan melakukan penyembelihan di beberapa tempat awam yang dianggapnya menyinggung sesitiviti kaum lain. Saya cuba simpulkan di bawah kefahaman saya tentang kenyataan Majlis itu, iaitu tentang isu sensiviti kaum yang ditimbulkannya :
Sensitiviti pertama ialah kerana lembu yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut agama Hindu tidak seharusnya disembelih dihadapan penganut Hindu.
Sensiviti kedua ialah acara penyembelihan dilakukan ditempat awam seperti di sekolah atau IPT dan sebagainya bukan hanya terbatas di masjid dan seumpamanya,
Sensiviti ketiga Majlis tersebut merasa kurang senang kerana upacara itu dijalankan di tempat awam, di hadapan pelajar dan orang awam pengikut berbagai agama.
Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Majlis tersebut seperti yang saya fahami daripada kenyataan yang disiarkan oleh Malaysian Insider kerika mengemukakan jawapan TPM tentang isu ini, yang mengikut TPM bahawa hal ini bukanlah merupakan isu yang seharusnya dibangkitkan, kerana selama ini orang Islam sendiri tidak pernah membangkitkan sebarang isu tentang amalan agama lain di dalam masyarakt Malaysia, seperti kebebasan orang bukan Islam dengan makanan daging babi dan sebagainya.
Saya perturunkan di bawah ini sebahagian dari kandungan kenyataan Majlis tersebut yang saya ungkapkan semula untuk mudah difaham, iaitu yang diberitakan oleh Malaysian Insider 8 November 2011:
"Pemimpin-pemimpin Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata pihaknya menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu, yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu akan diadakan di premis awam.
Sempena sambutan Aidiladha, upacara penyembelihan lazimnya dijalankan di pekarangan masjid, tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain seperti sekolah dan dewan orang ramai.
Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menekankan bahawa pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk dan pelajar yang berbilang kaum dan budaya kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.
Justeru, majlis itu merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain."
Demikianlah rungutan dan perasaan tidak puas hati yang diluahkan oleh Majlis tersebut seperti yang disiarkan untuk umum pada hari dan ketika umat Islam di seluruh dunia merayakan hari raya korban dan melakukan penyembelihan besar-besaran sempena peerayaan tersebut.
Saya merasakan bahawa kenyataan umum ini amat bercanggah dengan suasana dan ketika serta semangat penganut agama Islam di Malaysia, iaitu dikeluarkan secara terbuka ketika umat Islam seluruh dunia sedang menumpukan perhatian dan amalan mereka kepada ibadat penting setahun sekali yang mereka lakukan, dan mempunyai hubungan dengan ibadat penting dalam hidup orang Islam, iaitu ibadat haji yang sedang dilakukan oleh jutaan umat Islam di tanah suci Makkah.
Disamping menghormati perasaan penganut agama lain, maka Majlis tersebut juga pada pandangan saya seharusnya menyedari bahawa dalam musim perayaan ini, masa penyembelihan hanya beberapa hari yang terhad saja, dan oleh kerana banyak pihak yang hendak mengadakan korban, maka mungkin pekarangan masjid dan surau telah menjadi sesak dan sempit, sebab itulah terdapat penyembelihan yang diadakan di kawasan lain, seperti dewan orang ramai dan sebagainya, bukan dengan niat untuk menyinggung perasaan orang lain.
Penyembelihan yang diadakan di tempat awam biasanya tidak disaksikan oleh orang bukan Islam, terutamanya yang diadakan di sekolah dan dewan orang ramai, kerana sekolah bercuti Hari Raya Haji, iaitu pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin yang lalu.
Orang bukan Islam juga saya rasa tidak menghadiri upacara keagamaan itu, kerana mereka tidak dikehendaki hadir ke upacara itu, malah kalau mereka sukarela menghadirinya, maka mereka sendiri seharusnya memahami bahawa ibadat korban adalah ibadat menyembelihkan binatang ternakan, dan di Malaysia ini binatang ternakan lembu merupakan yang terbanyak disembelih.
Kalau di India umpamanya binatang ini dianggap suci oleh penganut agama Hindu, maka majoriti penduduk Malaysia tetap memakan daging lembu dan menganggap bahawa lembu adalah sama sahaja dengan binatang ternakan lain. Malah dalam hal ini penghormatan yang diberikan kepada penganut agama Hindu sering dilahirkan di dalam majlis jamuan berbagai kaum dengan hidangan makanan untuk "vegetarian" dan hidangan makanan lain selain dari daging lembu.
Oleh itu pihak Majlis juga haruslah menyedari tentang sensiviti orang Islam sendiri dalam hal ini, dan tidak seharusnya perspektif ini hendak dipaksakan ke atas masyarakat Islam di Malaysia, kerana perspektif di negara lain, terutamanya negara majoriti pengikut agama Hindu tentulah tidak seharusnya dipaksa ke atas masyarakat majoriti Islam, sedangkan penganut Islam sendiri selama ini amat menghormati ibdadat agama Hindu yang dilakukan di Batu Cave semasa perayaan Thaipusam dan sebagainya.
Inilah sebenarnya nilai 1Malaysia yang menekankan tentang nilai Penerimaan atau "acceptance" yang memberikan nilai kepada semua penganut agama di Malaysia bahawa mereka semua haruslah menerima amalan agama2 lain tanpa membangkitkan rasa kurang senang yang melampau dan menimbulkan kegelisahan yang tidak seharusnya di kalangan masyarakat berbilang kaum ini.
Ibadat korban hanya berjalan dalam masa 2 atau 3 hari saja dalam masa setahun, apakah kerana amalan 2, 3 hari itu, kita harus berkerisis dan bersengketa sebegitu mudah untuk selama2nya, seolah2 apa2 saja yang dilakukan oleh penganut agama tertentu seharusnya kita pertikai dan persoalkan?
Sebab itulah dalam hal ini telah saya sebut dalam tulisan saya semalam, bahawa Majlis itu sendiri haruslah memberikan penjelasan yang kuat selanjutnya, iaitu dengan berfikir dua kali dan mengambil jalan tengah dalam hal ini diantara penganut agama terbesar di Malaysia iaitu agama Islam, dan penganut agama minoriti iaitu Hindu, supaya para penganut agama2 lain seperti Kristian, Budha, Sikh dan Tao dapat mengelakkan sebarang kenyataan yang amat sensitif kepada agama Islam. Penganut Sikh yang amat kecil itu pun dilindungi oleh undang2 kita dalam isu agama mereka seperti memakai serban yang tidak menjadi kesalahan dalam undang2 lalu lintas ketika mereka menunggang motosikal umpamanya.
Kita seharusnya melihat kepada senario amalan agama yang lebeh besar dan luas daripada mempersoalkan perkara2 yang hanya menimbulkan kerisis tanpa sesuatu jusstifikasi yang utuh. Kita juga seharusnya melihat kepada niat dan objektif sesuatu amalan itu tanpa membuat sebarang tafsiran sendiri tentang amalan penganut agama lain.
Oleh itu, saya rasa pihak Majlis tersebut haruslah segera surut ke belakang dan membetulkan persepsi mereka sendiri tentang acara korban ini, dan segera juga membetulkan persepsi awam tentang kenyataan mereka itu.
Ketika mengetuai Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dari tahun 1992 sehingga 2002, kami pernah mengadakan perbincangan dan dialog dengan Majlis ini, dan pada umumnya bersetuju supaya menumpukan perhatian kami bagi perpaduan dan keharmoniaan masyarakat Malaysia kepada perkara2 yang disepakati, tanpa membesar2kan titik perbezan di antara agama dan kaum, dalam falsafah "agree to disagree" dan "unity in diversity".
Hal ini sepatutnya hingga sekarang dan seterusnya hingga ke masa yang akan datang, menjadi pegangan semua kaum dan penganut agama di negara kita yang aman damai ini. Janganlah lautan yang berombak besar itu hendak dijadikan lautan yang lebeh bergelora lagi. Cukuplah.
Kini Hari Raya Korban telah pun berlalu dan selesai. Semuanya telah selesai dalam masa beberapa hari sahaja yang tertentu dalam setahun. Apakah kerana amalan orang Islam dalam masa yang amat terhad itu hendak kita panjang2kan sehingga menjadi duri dalam daging buat selama2nya? Hal ini tentulah tidak menjadi amalan bagi orang yang bertamadun dan berperadaban pada bila2 masa sekali pun.

Comments
Post a Comment