MASIH NAK BELA SEKSUALITI MERDEKA?

Pihak polis telah mengambil tindakan mengharamkan seksualiti merdeka. Semua pengikut agama Islam menentang aktiviti ini tanpa mengira fahaman politik kepartian, kerana aktiviti ini jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai2 murni serta budaya kita.

Namun dalam kesepakatan umat Islam ini, terbit pula suara2 sumbang dari para pejuang hak asasi manusia yang mengutuk pengharaman ini, dan menganggap bahawa tindakan polis itu adalah menandakan satu hari yang tragik kepada kebebasan manusia di negara kita.

Pembelaan ini memanglah telah dapat diduga dan ditelah, kerana para penganjurnya bukanlah terdiri dari NGO atau orang perseorangan yang kecil dan tidak berpengaruh. NGO dan orang inilah juga yang menganjurkan protes jalanan yang besar, dan disokong oleh banyak Ngo serta parti politik, termasuk parti Islam dan Melayu sendiri.

Bagaimana pun saya menganggap bahawa bantahan dan gerakan menentang aktiviti songsang dan keji ini telah mendapat kemenangan dengan campur tangan pengawal undang2 negara, iaitu Polis.

Kepada yang menentang pengharaman ini, maka mereka pun seharusnya menyedari, ketika mereka menganjur Bersih 2.0 dulu, Polis juga menentangnya atas alasan yang sama, iaitu menganggu ketenteraman awam, tetapi mereka meneruskan juga aaktiviti itu dan mengkeritik pihak Polis yang mengharamkannya.

Akviti luar tabi'e yang digambarkan dalam seksualiti merdeka ini akan diadakan dalam masa tiga empat hari selepas umat Islam meerayakan Hari Raya Aidil Adha, iaitu hari raya korban, menandakan kejayaan musim yang penting dan asasi bagi umat Islam, iaitu musim menunaikan rukun Islam yang kelima, ibadat Haji.

Mungkin penetuan waktu yang dilakukan ini mempunyai hubungan dengan niat yang tidak baik terhadap perasaan dan suasana keheningan umat Islam ketika menyambut hari perayaan suci itu. Tetapi saya tidak menuduh begitu, kerana hati manusia hanya Allah saja yang tahu.

Cuma dalam menganjurkan aktiviti ganjil ini, kenapakah Majlis Peguam seharusnya mengambil bahagian, dan kenapa pula bekas presiden Majlis tersebut Ambiga seharusnya bermati-matian membela penganjurannya itu?

Kelakuan ganjil manusia dalam aktiviti seks yang bercanggah dengan fitrah manusia, memang berlaku di sana sini, di dalam tempat persendirian dan tidak dianjurkan kelakuannya di hadapan umum, atau dirayakan dengan rasmi seolah2 merayakan perkahwinan yang sah.

Tindakan menarik perhatian umum kepada kelakuan terkutuk ini, tidak kira latar belakang p[engikut agama apa sekali pun, dan tidak hirau lagi berapa umur pesertanya, adalah satu pencabulan maruah dan kehormatan diri manusia, rakyat negara kita, yang selama ini amat berhati2 dalam membicarakan perbuatan sumbang ini.

Kalau terdapat orang atau NGO yang masih membela aktiviti ganjil ini, maka rakyat umum seharusnya dapat lah memahami siapakah mereka, dan apakah tujuannya, dan mereka seharusnya di tolak dalam sebarang pembanagunan bangsa dan negara kita mulai da kitari sekarang. Jangan hiraukan mereka, anggaplah mereka bukan sebahagian dari kita, dan mereka adalah ejen2 perosak yang ingin melihat kehancuran bangsa dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....