Bila Mufti Membuat Fatwa
Saya tidak menyebut siapakah mufti yang saya maksudkan, kerana hal itu mungkin tidak penting, malah yang pentingnya ialah tentang fatwanya yang memperssoalkan tentang ibadat haji yang dilakukan oleh PM kita, iaitu yang dikatakan sebagai haji ekspress yang menimbulkan persoalan sama ada haji itu sah atau tidak.
Jawapan kepada persoalan itu telah diberikan sendiri oleh Menteri di JPM, Dato' Seri Jamil Khair bahawa PM telah berwukuf di Arafah dan menunaikan keperluan haji yang tidak seharusnya dipertikaina tentang ibadat nya itu sama ada sah atau tidak.
Isunya di sini ialah tentang fatwa seorang mufti dalam masyarakat Malaysia yang terlalu banyak bilangan muftinya, sehingga dengan itu mungkin menyebabkan sesetengah umat Islam merasa keliru dan tertanya2 juga mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh seorang yang berpengaruh dalam masyharakat Islam, iaitu seorang mufti, bukan seorang biasa di dalam masyarakat kita.
Dalam hal ini saya rasa mufti ialah seorang yang mempunyai otoriti yang tinggi, dan segala fatwanya seharuslah dikeluarkan setelah mendapatkan fakta yang sahih dan mukatamad, bukan atas andaian, dan tekaan semata2, atau juga mendengar kenyataan yang samar2. Mufti seharusnya meneliti semuanya ini sebelum mengeluarkan fatwa. Malah sekiranya beliau benar2 mahu mempertahankan fatwanya itu, maka ia haruslah tampil ke hadapan mengikut saluran2 yang tertentu, sepertu Majlis Fatwa Kebangsaan, dan biarlah semua para mufti serta ahli Muzakarah Fatwa Kebangsaan membuat keputusan yang muktamad sebagai fatwa kebangsaan yang rasmi.
Disamping itu oleh kerana negara kita mempunyai sistem dan peraturan yang tertentu, termasuk dalam bidang fatwa, yang seharusnya melalui jawatankuasa fatwa negeri, atau Muzakarah Fatwa Kebangsaan, maka mengikut etika dan peraturannya, fatwa hendaklah dikeluarkan setelah melalui proses negeri atau peringkat kebangsaan. Mufti tidak seharusnya tiba2 mengeluarkan pandangan peribadinya tentang perkara2 yang besar seperti ini, terutamanya apa bila menyentuh ibadat seseorang, sama ada sah atau tidak. Masyarakat kita masih berpegang kepada prinsip apa bila Mufti bercakap sama ada atas kedudukan rasminya sebagai mufti, atau pandangan peribadinya, maka apa2 yang diperkatakannya itu adalah merupakan fatwa.Inilah etika yang seharusnya dipatuhi oleh pihak yang mempunyai otoriti yang besar dan berpengaruh itu.
Saya pernah menulis di ruangan ini dulu tentang fatwa mufti yang bercanggah diantara satu dengan yang lain, seperti isu ESQ atau tarian Poco2, yang mengakibatkan masyarakat Islam menjadi kebingungan, dan akan tertanya2 manakah satu fatwa yang harus diikuti dalam situasi ini.
Mungkin pihak JAKIM akan dapat melihat semula tentang etika para mufti ini yang keseluruhannya adalah anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, supaya fatwa dan pandangan para Mufti tidak hanya menjadi bahan perbualan masyarakat yang mungkin menjatuhkan imej dan kehormatan institusi agama yang berwibawa itu.
Keajaiban 11/11/11 ?

Comments
Post a Comment