PERLU PENJELASAN LANJUT MPAM (Majlis Perunding Agama2 Malaysia)

Majlis Perunding Agama2 Malaysia mengeluarkan kenyataan tentang ibadat korban yang membabitkan penyembelihan binatang korban di negara kita. Mengikut Majlis tersebut bahawa perbuatan menyembelih binatang korban di lakukan dalam kawasan yang kononnya amat sensitif kepada penganut agama lain.

Persoalan ini seingat saya tidak pernah dibangkitkan dalam negara kita sebelum ini, dan sekiranya ditimbulkan sekarang ini maka kita perlu mendapatkan penjelasan yang lebeh terpeinci dan jelas lagi apakah maksud mereka tentang hal ini, dan bagaimanakah tiba2 perkara ini menjadi sensitif pada hal sebelum ini tidak pernah terdengar komen atau pandangan demikian, sedangkan bilangan rakyat Malaysia samalah juga dari sudut komposisi kaumnya, keadaan kepadatan penduduknya di bandar dan di luar bandar, kepatuhan berbagai kaum tentang ajaran agamanya, malah dasar dan peruntukan dalam Perlembagaan tentang kedudukan agama Islam dan kebebasan agam2 lain dalam menjalankan acara agama masing2. semuanya tidak mengalami perubahan yang radikal.Kenapakah tiba2 saja dalam keadaan yang sedang meruncing dengan kebangkitan rasa perkauman dan keagamaan ketika ini, Majlis tersebut juga nampaknya ingin menambahkan satu lagi isu yang mereka bangkitkan itu?

Saya tidak mahu memberikan komen yang panjang tentang hal ini, kerana saya sebenarnya tidak terbaca komen itu keseluruhannya, dan tidak memahami apakah isu sebenarnya.

Insya'Allah saya akan kembali menulis di sini sekiranya terdapat sesiapa yang dapat menghantar e-mail terus kepada saya tentang hal ini, atau terdapat mana2 media yang dapat saya ikuti nanti.

Sementara itu keadaan tidak haruslah dijadikan semakin tegang dan lebeh besar lagi, malah kita haruslah bersabar dulu dalam perkara ini.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....