Posts

Showing posts from 2013

KENAIKAN HARGA BARANG BAH 2

GAMBARAN MASYARAKAT POLARISASI Memang agak sukar bagi orang yang mencuba untuk mengambil jalur pertengahan dalam sebuah masyarakat yang bersifat polarisasi, iaitu masyarakat "hitam-putih" tidak ada warna lain, masyarakat dua ekstrem, tidak ada pertengahan, wasatiyyah. Orang yang cuba mengambil jalan pertengahan ini akan dilebalkan dengan lebal yang negatif. Polarisasi berlaku dalam kaum, agama, tradisi, budaya. Dan negara kita mengalami polarisasi politik yang amat serius. Mentaliti polarisasi tidak selari dengan hikmah dan adab, membangun dan bertamadun, tetapi mentaliti stereo type, tipikal, menuju sehala tanpa kompromi.    Dalam isu kenaikan harga barang, ramai juga yang cuba mengambil sikap menyesuaikan diri dengan kenaikan itu, kompromi dengan perbelanjaan yang mungkin menjejaskan bajet biasa dengan langkah berjimat cermat dan berhemah, mengambil sikap positif bahawa harga barang dan perkhidmatan akan berubah dan meningkat dari dekad yang lalu, atau lima enam ta...

Kenaikan Harga Barang

ADA YANG PERLU DIBANGKANG Menjelang tahun baru 2014, banyak perkara yang menimbulkan bangkangan masyarakat terhadap kenaikan harga barang, letrik, tol, dan sebagainya.  Tetapi bukan semuanya yang perlu dibangkang, kerana sememangnya menjadi persepsi umum bahawa apa-apa sahaja yang hendak dinaikkan harganya oleh Kerajaan, maka kenaikan itu mestilah dibangkang. Jadi, bangkangan hanyalah disuarakan, diprotes dan dihebuh-hebuhkan ialah kerana kenaikan harga itu adalah dibuat oleh Kerajaan, maka bangkangan adalah semata-mata untuk membangkang Kerajaan. Dari segi ini mungkin agak tidak adil kalau semuanya yang dilakukan oleh Kerajaan itu seharusnya dibangkang. Rakyat seharusnya memberikan pertimbangan dan pemikiran yang saksama terhadap kenaikan harga barang sebelum bertindak membangkangnya. Kenaikan harga barang yang amat minimum seharusnya disambut dengan pemikiran yang terbuka. Umpamanya ketika kita pergi minum di restoran nasi kandar, atau kedai kopi, sering...

MEREALISASIKAN MUZAKARAH

MAMPUKAH MUZAKARAH MENJADI KENYATAAN? Saya telah agak lama membicarakan tentang dialog, perbincangan, wacana, diskusi dan sebagainya, yang merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan sebarang pertentangan fikiran, konflik diantara beberapa pihak, dan penyelesaian bagi sebarang pertikaian. Akhir-akhir ini barulah timbul istilah Arab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu bagi pengertian tersebut, iaitu istilah "muzakarah". Istilah ini timbul, terutamanya ketika dibicarakan tentang keperluan pihak parti Melayu terbesar di negara ini, iaitu UMNO dan PAS, mencari jalan bagi menyelesaikan pertikaian mereka dengan bermuzakarah. Muzakarah dilihat dari sudut nahu dan bentuk kalimat Arab membawa konotasi satu perbincangan yang melibatkan dua belah pihak, atau lebih.  Pihak-pihak yang terlibat di dalam muzakarah mestilah mengambil sikap terbuka, berlapang dada dan ikhlas untuk mencari penyelesaian yang bersesuain dengan dasar dan prinsip yang hendak ditegakkan, ia...

KEPENTINGAN MUZAKARAH PAS - UMNO

UNTUK APA KESATUAN PAS - UMNO? Saya merasakan bahawa matlamat muzakarah PAS dan UMNO haruslah jelas dan terang. Sebagai orang Islam yang memahami falsafah perjuangan Islam, kefahaman Islam yang jelas tentang konsep Islam sebagai agama yang menyeluruh, hubungan sesama Islam dan bukan Islam, tentu ramai yang tidak merasa selesa sekiranya matlamat muzakarah ini hanya untuk tujuan politik semata-mata, iaitu bagi merislisasikan kesatuan untuk melaksanakan hukum hudud sahaja apabila ahli Parlimen dari kedua buah parti ini mendapat dua pertiga suara dalam Parlimen untuk meminda Perlembagaan. Apakah hal itu merupakan tujuan utama ke arah penyatuan dua buah parti tersebut? Bagi saya kesatuan perjuangan umat Islam dalam negara kita dalam semua aspek dan bidang kehidupan mereka itulah yang amat mustahak dan penting sekali. Apakah umat Islam dapat mewujudkan kesinambungan pembangunan ilmu Islam yang mantap? Meningkatkan pembangunan ekonomi dan teknologi serta bidang tamadun lainnya yang pe...

MENDIDIK UMAT

MEDIA DAN PENDIDIKAN Kita maklum bahawa salah satu tugas media, iaitu media cetak, elektronik dan sosial, ialah untuk mendidik pendengar, pembaca dan penonton. Oleh itu amatlah diharapkan bahawa para pengamal media dan semua yang terlibat dengannya hendaklah perihatin dengan tugas ini, dan seharusnya menguasai kaedah dan cara penyampaian pendidikan ini dari segi emosi, psikologi, kepercayaan, adat resam, budaya dan sebagainya. Ketepatan maklumat dan keikhlasan para pengamal media dan yang terlibat dengannya dari segi mendidik orang ramai haruslah dijadikan matlamat akhir dari saluran pendidikan ini, terutamanya yang berhubungan dengan kesihatan jasmani dan rohani, akal dan minda, emosi dan naluri kumpulan sasarnya. Pagi tadi semasa dalam perjalanan saya ke satu tempat, saya sempat mendengar satu saluran radio yang dipancarkan ke seluruh negara menyiarkan satu rancangan tajaan tentang satu produk berasaskan Islam, yang boleh menyembuhkan segala macam penyakit, untuk bayi...

KUASA ALLAH

KUBUR BATU BADAK Saya ingin merujuk kepada berita mengenai kuasa Allah yang dapat di lihat dalam beberapa mayat yang dikeluarkan dari tanah perkuburan yang tersebut untuk dipindahkan ke  kawasan lain kerana tanah perkuburan ini terlibat dengan pembinaan lebuh raya Segamat - Tangkak, seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian on-line 9 November 2013, hari ini. Kisah beberapa mayat yang masih mempunyai kain kapan yang belum reput keseluruhannya walau pun telah lama dikebumikan, dan kisah keharuman bau udara di sekitar perkuburan yang sedang mengalami proses pemindahan itu, sememangnya tidak harus dijadikan bahan khurafat dan sensasi tentang hal tersebut, kerana mengaitkannya dengan cerita-cerita ghaib yang tidak kita ketahui asal usulnya , atau menghubungkannya dengan perkara-perkara yang tidak berasaskan ilmu agama yang sebenarnya, hanya mungkin mencemarkan akidah dan syariah kita sahaja. Namun hal ini amat baik kita jadikan sebagai satu tanda kebesaran dan kekuasaan A...

ISU KALIMAH ALLAH

TELAH ADA TOLAK ANSUR Sepanjang ingatan saya, mungkin saya silap dan kalau saya silap harap tolong betulkan, bahawa isu kalimah Allah ini timbul di Semenanjung ialah apabila penerbitan The Herald bertindak menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan "God". Pada masa itu, kalau saya tidak silap juga, pihak Kementerian Dalam Negeri telah meminta supaya penerbitan tersebut tidak menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan "God" dengan beberapa alasan yang tertentu. Malah sekiranya The Herald terus juga menggunakan kalimah Allah, maka mungkin permit penerbitannya akan ditarik balik. Pihak penerbitan Katholik itu menyatakan bahawa mereka berhak menggunakan kalimah Allah, dan sekiranya kes ini dipanjangkan, maka mereka akan membawakannya ke Mahkamah.  Ekoran dari itulah kes ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi, dan The Herald memenangi kes itu, yakni the Herald berhak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya sebagai t...

PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI LIMAU

KERANA PRK: MORAL TERGADAI Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menyaksikan penglibatan majoriti pengundi Melayu beragama Islam. Terlalu banyak pengucapan dan perilaku yang dilakukan seolah-olah dalam "peperangan saraf" untuk mendapatkan undi maka segala pencabulan nilai moral dan akhlak boleh dilakukan. Pepatah Melayu mengatakan tentang hal ini "baling batu sembunyi tangan" dan tektik perang saraf juga memberikan justifikasi untuk perbuatan itu, seperti yang dilakukan oleh Presiden Bush untuk menyerang Iraq dengan mengatakan bahawa dalam negara tersebut terdapat banyak senjata weapon of mess destruction (WMD) iaitu senjata pemusnah besar-besaran, sedangkan ketika negara Iraq diduduki, ternyata bahawa senjata itu tidak pun wujud. Tujuan Bush ialah supaya mata dunia dapat di rabunkan dengan teori kotornya itu agar PBB dan dunia umumnya mempercayainya. Maka demikianlah yang berlaku ketika kita menghadapi Pilihan Raya, terlalu banyak tektik kotor dan "per...

TPM MEMOHON MAAF

DENGARLAH UCAPAN HATI NURANI SESAMA INSAN Seringkali kita mendengar bisikan perasaan dan hati nurani yang ikhlas dari seorang terhadap seorang yang lain. Banyak kali kita membaca pengucapan yang menyentuh perasaan dan hati kecil kita di dalam akhbar, walau pun kata-kata itu hanya kita dengar dari orang yang tidak kita kenali. SMS seorang suami yang dihantar kepada isterinya memesan supaya memakan ubat sebelum si suami menemui maut akibat dari kemalangan jalan raya, amat mengusik perasaan kita. SMS itu juga memesan supaya isterinya makanlah dulu kerana dia lambat balik. Rupa-rupanya memang dia tidak kembali lagi sebagai seorang yang bernyawa. Sebelum ini seorang wanita yang menjadi mangsa tembakan ngeri dari seorang pengawal keselamatan di dalam bank, juga telah menelefon suaminya bertanyakan apakah suaminya menyangi dia? Suaminya tidak menyangka bahawa pertanyaan itu adalah merupakan pertanyaan terakhir dari isterinya, yang masih boleh disuarakan, kerana kemudiannya sua...

COMANGO

"JIKA KAMU TIDAK MALU, LAKUKANLAH APA-APA SAJA YANG KAMU MAHU" Demikianlah sabda junjungan Rasulullah SAW kepada umatnya. Maksud "malu" di sini banyak tafsirannya, tetapi bagi saya, dalam konteks perkembangan dunia pada hari ini,  termasuklah melakukan sesuatu kerana ingin mengambil hati orang lain yang tidak mahu kita berpegang kepada ajaran asasi agama atas nama "negara demokrasi" dan komitmen kepada "hak asasi manusia", yang di bincangkan di dalam UPR (Universal Periodic Review) oleh UNHRC (United Nation Human Rights Council)  pada 24 Oktober yang lalu. Tajuk berita media menyebut "... .104 countries tell Malaysia to rectify UN Human Rights instrument, it has stubbornly refused, and also to drop reservations on those signed..." Maknanya walau pun 104 negara anggota PBB menggesa Malaysia supaya mengguna pakai instrumen hak asasi manusia Bangsa-Bangsa Bersatu itu, namun Malaysia masih lagi berdegil, dan masih menolakny...

LAST PORT

SASARAN PALING PANAS... Melihat kepada terkaman dan ancaman yang dihadapi oleh negara kita, maka nampaknya Malaysia telah menjelma menjadi sasaran yang paling panas dari segenap penjuru. Isu agama menjadi senjata yang paling tajam sekali yang digunakan untuk menikam dan merosakkan sasaran mereka, iaitu bermula dari ancaman akidah, undang-undang dan cara hidup Islam hingga ke  isu-isu tertentu yang turut di campuri urusannya oleh kalangan luar negara, terutamanya tentang penggunaan nama Allah bagi the Herald , yang dibesar-besarkan begitu rupa seolah-olah isu itu merupakan isu hidup dan mati bagi agama lain dari Islam. Kini di Geneva sedang berlangsung semakan berkala sejagat (Universal Periodic Review - UPR) iaitu satu proses menyemak sejauh manakah kepatuhan semua anggota PBB yang berjumlah 193 negara terhadap ketetapan majlis hak asasi manusia (UNHCR) yang dijalankan setiap empat tahun. Malaysia diantara negara yang akan menjawab beberapa perkara yang telah d...

KALIMAH ALLAH DALAM ETIMOLOGI BAHASA MELAYU

KALIMAH ALLAH : PENGGUNAAN DAN RESAM BAHASA MELAYU Penggunaan bahasa haruslah difahami oleh setiap orang dari segi idiomatik dan konotasinya, budaya dan seninya , Demikianlah dengan penggunaan nama Allah dalam bahasa Melayu, yang seharusnya dilihat dari segi budaya dan tradisi penggunaannya, serta tabiaat dan resam bahasa kita itu. Bahasa Melayu banyak sekali mengambil kalimah dan istilah Arab di dalam penggunaannya, terutamanya dalam bidang agama. Namun begitu penggunaan kata-kata pinjaman Arab ini sering mengalami perubahan konsep dan maknanya apabila digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu dari segi etomologinya. Kata pinjaman Arab "Ulamak" umpamanya telah digunakan dalam bahasa Melayu dalam bentuk tunggal (Singular - seoramg)) sedangkan kata nama itu dalam bahasa Arab adalah kata jamak (Plural- banyak) iaitu jamak dari kata tunggalnya 'Alim'. Kita sering menyebut di dalam bahasa Melayu "Dia itu ialah seorang ulamak yang terkenal" yang sek...

KEPUTUSAN MAHKAMAH TENTANG KALIMAH ALLAH

ISU KALIMAH ALLAH: CARI PENYELESAIAN MELALUI DIALOG Keputusan mahkamah rayuan mengenai pemakaian kalimah Allah pada 14 Oktober 2013 nampaknya menimbulkan banyak kekecohan dalam masyarakat. Pertembungan diantara penganut agama menjadi bertambah genting. Media baru banyak menimbulkan isu ini menurut pandangan penganut Kristian, iaitu tidak berpuas hati atas beberapa alasan yang tertentu. Pihak penganut Islam pula dalam bersyukur atas keputusan terebut, telah pergi lebih jauh dari kes penggunaan nama Allah dalam the Herald, penerbitan Katholik di Sabah itu, iaitu dalam konteks yang labih menyeluruh dari kes asal mengenai penggunaan kalimah Allah di dalam the Herald. Reverend Father Lawrence Andrew, editor the Herald telah menyatakan bahawa pihaknya akan membuat rayuan tentang keputusan tersebut ke mahkamah yang lebih tinggi. Satu ulasan oleh Ketua Hakim Mahkamah Rayuan yang amat penting ialah ketika beliau berkata bahawa dalam konteks negara kita satu ancaman kepada ...

KALIMAH ALLAH UNTUK SIAPA?

KALIMAH ALLAH UNTUK ISLAM 14 Oktober 2013 merupakan satu sejarah bagi penggunaan kalimah Allah, iaitu khusus untuk penganut agama Islam. Penerbitan agama lain tidak seharusnya menggunakan istilah ini untuk sebarang tuhan mereka. Itulah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini tentang kes yang tersebut. Keputusan itu cukup jelas dan terang. Hanya apabila terdapat rayuan tentang keputusan ini, maka kita menunggu pula proses undang-undang seterusnya dan keputusan rayuan tersebut di mahkamah yang lebih tinggi. Kelmarin saya menulis supaya semua pihak dapatlah menerima keputusan mahkamah rayuan pada hari ini dengan dada yang terbuka. Tidak ada pihak yang seharusnya segera bersifat defensif dan emosional tanpa pertimbangan yang rasional. Mahkamah mengambil kira implikasi perundangan terhadap maslahat umum dan kepentingan awam serta kesejahteraan rakyat di negara ini yang mungkin berbeza dari situasi di negara lain, dan berbeza dari latar belakang budaya, baha...

Tarikh Penting.

14 OKTOBER BUKAN BERMAKNA "THE END OF THE WORLD"   Tarikh 14 Oktober 2013 merupakan tarikh yang penting, iaitu tarikh yang telah ditetapkan untuk mahkamah rayuan membuat keputusan tentang rayuan mengenai keputusan mahkamah yang terdahulu bahawa nama "Allah" boleh digunakan oleh penerbitan Kristian bagi nama "God" yang selama ini digunakan sebagai nama Tuhan mereka. Mereka mahu menggunakan nama "Allah"" juga bagi Tuhan mereka, yang bakal mereka hujahkan bahawa "Allah" adalah juga nama Tuhan mereka, tidak hanya khusus untuk nama Tuhan bagi penganut Islam. Apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah pada 14 Oktober ini adalah berdasarkan rule of law dan point of law yang  seharusnya diterima dengan hati yang terbuka, dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang kegelisahan yang tidak menentu, atau kebanggaan yang melampaui batasan. Dibenarkan atau tidak dibenarkan penggunaan nama Allah bagi agama yang lain dari agam...