MENJELANG 2015
SEMOGA SEJARAH BURUK UMAT ISLAM AKAN BERAKHIR Tahun 2014 menyaksikan perpecahan ummah Islam seluruh dunia. Tanpa mencuba untuk menuding jari kepada pihak lain, umat Islam sendiri sebenarnya yang menyebabkan perpecahan dan kerisis sesama mereka sendiri. Kerisis sesama umat Islam berlaku dalam satu keadaan yang amat parah dan serius, iaitu dengan berlakunya sejarah baru yang berlarutan dengan pertarungan kuasa dan pengaruh, perpecahan kerana aliran mazhab, aliran puak, etnik dan sebagainya, yang membawa kepada pertumpuhan darah, pembunuhan, penculikan dan seribu satu macam keganasan yang amat mencabar nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak Islamiah itu sendiri. Dunia Islam tidak setabil. Ekonominya tercabar. Peperangan antara rakyat dan pemerintah, malah rakyat sesama rakyat, menutup sama sekali arena politik yang sihat, pembangunan ilmu dan pendidikan, semuanya hancur dalam kehancuran gedung ilmu, sekolah dan universiti, bangunan dan industri, pertanian d...