HARI KE-16 PUASA - 21. 6. 2016


Pengalaman peribadi saya sendiri menunjukkan bahawa para pengikut kepelbagaian agama di dunia ini amat mengharapkan supaya nilai etika agama dan ciri-ciri sejagat agama akan dapat menjadi teras pegangan manusia bagi merealisasikan sebuah kehidupan yang aman sejahtera, beretika dan bermoral tinggi, iaitu ketika dalam tahun 1998, semasa menerajui Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) saya turut serta menghadiri satu perhimpunan berbagai agama yang telah diadakan di Chicago dengan dihadiri oleh lebih daripada dua ratus perwakilan yang mewakili semua agama dan kepercayaan seluruh dunia, iaitu perhimpunan yang dinamakan Parliament of the World’s Religions.
Perhimpunan tersebut telah memperakukan empat komitment yang berikut untuk direalisasikan oleh masyarakat seluruh manusia di dunia ini bagi mewujudkan masyarakat manusia yang sejahtera dan aman. Empat komitmen tersebut ialah
I.     Commitment to a culture of non-violence and respect for life
II.   Commitment to a culture of solidarity and a just economic orde
III. Commitment to a culture of tolerance and a life of truthfulness
IV.Commitment to a culture of partnership between men and women.

Dengan ini ternyata  bahawa empat komitmen ini sebenarnya telah ada di dalam ajaran Islam sejak ribuan tahun yang lalu. Lihat saja pengertian Firman Allah di dalam Al-Quran yang mengandungi banyak komitmen lain, yang merupakan nilai2 murni dan akhlak universal seperti jangan bertindak dan bercakap kasar, kawal nafsu marah, maaf bermaafan, tidak mengumpat dan mengutuk orang, jauhkan dari fitnah dan buruk sangka, hormati ibu bapa dan orang lain, bantu yang memerlukan pertolongan dan yang terdesak, hutang perlulah di bayar, malah di catat dengan saksi2 yang tertentu, jangan makan riba, tidak menipu timbangan dan sukatan, janji di tunaikan, cakap benar, amanah di jaga, adil kepada sesama manusia, jangan makan harta anak yatim, damaikan antara pihak2 yang berbalah, jangan membazir apa2 saja, makanan, wang, dan sebagainya.Jaga etika dan amalkan nilai2 murni yang memberikan keamanan serta kesejahteraan kepada semua manusia.

Pendeknya nilai2 moral dan akhlak Islam ini bolehlah di jadikan indeks yang baik untuk mendidik anak2 di rumah oleh ibu bapa, dan oleh guru2 di sekolah, malah boleh di kaji dan dijadikan bahan penyelidikan oleh para pelajar institusi pengajian tinggi, kemudian di pastikan bahawa akhlak yang mulia ini di hayati, di amalkan dan di praktikkan dengan sebaik2nya.

Puasa sebulan merupakan sekolah dan institusi moral yang dapat melatih umat Islam menjadi umat yang terbaik ....Pembicaraan tentang pendidikan adalah merupakan pembicaraan tentang manusia, kerana pendidikan bukanlah hanya merupakan pendidikan yang berhubung dengan akademik, bilik darjah, peperiksaan dan sebagainya sahaja, tetapi pendidikan adalah merupakan pembicaraan tentang manusia keseluruhanya, terutamanya apabila membicarakan tentang pendidikan Islam, maka seperti yang telah disebut dan ditakrifkan oleh Syed Qutub bahawa pendidikan adalah merupakan satu medan yang amat luas dalam membangunkan jasmani dan rohani, akal dan emosi, minda dan ruh, malah isi hati nurani dalaman manusia yang perlu di bersihkan sentiasa...



Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....