HARI KE-21 PUASA - 26. 6. 2016
Beberapa hari yang lalu, saya membaca dalam akhbar on-line tentang beberapa orang Barat bukan Islam yang ingin mencuba berpuasa di dalam bulan Ramadhan ini. Mereka secara sukarela mencuba untuk berpuasa seperti orang Islam. Hal ini berlaku di beberapa buah negara Arab yang mempunyai hubungan rapat dalam bidang perniagaan dengan negara2 Eropah, seperti Qatar, dan UAE.
Tetapi semalam saya mendengar dari cucu saya yang sedang belajar di Kolej Tuanku Jaafar, Mantin N.S., menceritakan kepada saya bahawa Kolejnya membuka peluang kepada para pelajarnya bukan Islam untuk berpuasa pada hari Ahad dan Rabu sekiranya mereka ingin mencuba secara sukarela.
Kata cucu saya, Ziad, 16 tahun, terdapat juga di antara pelajar Malaysia dan bukan Malaysia yang bukan Islam mencuba untuk berpuasa, terutamanya pada hari Rabu, kerana pada hari Ahad mereka tidak bersekolah, yang mungkin agak sukar berpuasa kerana Ahad mereka tidak ke sekolah.
Ziad menceritakan kepada saya bahawa ada di antara mereka yang mengatakan agak berat untuk berpuasa, tak makan dan tak minum begitu lama.
Saya membuat catatan ini kerana bagi saya amat baik juga sekiranya orang bukan Islam mencuba berpuasa untuk mendapat pengalaman berlapar dan dahaga bagi jangka waktu yang agak panjang, dan dalam cuaca negara kita yang panas ini. Malah dengan berpuasa, seseorang itu akan dapat merasai cabaran nafsu dan bagaimanakah kemampuannya melawan cabaran itu.
Ketika Ziad menceritakan kepada saya bahawa terdapat kebanyakan pelajar bukan Islam yang merungut tentang kepayahan berpuasa, saya katakan kepadanya bahawa orang Islam kuat berpuasa kerana mereka telah melafazkan niat untuk berpuasa kerana Allah, sebab itu lah mereka merasa bahawa mereka mempunyai kekuatan untuk melawan apa2 saja cabaran ketika berpuasa ini, seolah2 mereka telah mendapat satu kekuatan kerohanian dan fizikal yang luar biasa dengan niat yang menunjukkan keyakinan mereka kepada Tuhan.
Saya rasa peluang yang diberikan oleh Kolej Tengku Jaafar (KTJ) ini merupakan satu model yang baik bagi institusi2 yang lain untuk memberi peluang bagi bukan Islam merasakan kelebihan puasa sekurang2nya dari segi kesihatan, dan merasakan keenakan serta nekmatnya apa bila dapat berbuka dengan makanan dan minuman yang hanya dapat di rasakan setelah berpuasa sepanjang hari...

Comments
Post a Comment