HARI KE-23 PUASA - 28. 6. 2016


Negara Turki yang mengalami keadaan yang tidak setabil sejak beberapa bulan ini, hari ini di kejutkan dengan letupan bom di lapangan terbangnya Istanbul. Istanbul merupakan sebuah lapangan terbang yang sebuk di Eropah, dan menjadi pintu masuk ke Turki oleh bilangan pelancong yang ramai.

Bulan lalu dan hari2 yang berikutnya, letupan bom berlaku juga di tengah2 kota Istanbul, khususnya di kawasan pelancungan yang terkenal dan bersejarah.

Serangan bom ini menyebabkan ramai yang terkorban, termasuk pelancung asing, dan keadaan ini memberikan kesan kepada industri pelancungan negara Turki, kerana bilangan pelancung telah menurun dengan ketara.

Turki menjadi sasaran keganasan, yang pada amnya merupakan akibat dari keadaan politik yang mengalami kerisis, terutamanya di antara Kerajaan dengan parti Kurdish. Hal ini menyebabkan keadaan yang tidak setabil dalam politik Turki, iaitu perebutan kuasa dan konflik ideologi politik di antara rakyat yang menyokong kebangkitan Islam dengan yang menolaknya.

Akibat dari keadaan itu maka konflik politik menjadi runcing kerana Perdana Menteri (yang saya kenali ketika beliau menjadi tenaga pengajar UIAM) telah meletak jawatan.

Mungkin keadaan kebangkitan Islam dan dasar kerajaan yang mendokong dasar Islam dalam pemerintahan juga merupakan satu elemen yang mengundang rasa cemburu dan tidak puas hati di kalangan anasir2 yang menentang dasar Turki untuk mendaulatkan Islam di Turki, kerana Perlembagaan Turki adalah perlembagaan sekular, dan kerajaannya kini yang cuba mendaulatkan sistem hidup Islam di kalangan rakyatnya.

Dengan kekacauan dan keganasan yang berlaku di Turki ini, nampaknya negara2 Islam di Asia Barat, Afrika Utara yang telah sedia menghadapi kehancuran keganasan ini, maka Turki pula menerima giliran ini, dan nampaknya modes operadinya sama, iaitu di mulai dengan keadaan negara yang tidak setabil di dalam politik, ekonomi, sosial dan seterusnya hal2 lain, maka bermulalah keganasan, pembunuhan dan akan melarat kepada keadaan peperangan yang akan mengakibatkan kehancuran Kerajaan dan lain2 lagi.

Keadaan ini pula berlaku di dalam bulan Ramadhan yang dengn sendirinya melemahkan penghayatan agama di Turki ini.

Kita hanya dapat menonton apakah yang akan berlaku seterusnya nanti, dan mungkin kah dengan kedatangan kerisis berdarah ini, negara Turki juga akan mengalami kehancuran yang telah berlaku di negara2 Islam lainnya, dan mengundang pula kuasa besar supaya turut campur di dalam urusan negara Islam ini?


Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....