HARI KE-18 PUASA - 23. 6. 2016
Bagi orang yang biasa berpuasa, tentulah puasa dengan menahan nafsu ini tidaklah terasa amat payah dan berat. Itulah hikmat puasa, iaitu untuk melatih diri supaya mempunyai adat dan budaya hidup yang tertentu.
Nafsu tamak haloba, menabur fitnah dan mengumpat orang, kalau telah menjadi kebiasaan, tentulah amat susah untuk di tinggalkan. Demikian juga segala sifat2 buruk yang telah menjadi tabiat seseorang, memang akan menjadi kebiasaan, dan tidak terasa bahawa hal2 itu adalah merupakan satu tabiat buruk bagi manusia ini.
Oleh itu puasa merupakan satu didikan rohani dan jasmani untuk di biasakan sehingga menjadi budaya dan peraturan hidup yang mudah sekali di amalkan.
Membentuk budaya berdisiplin, mengurus waktu dengan baik, menjaga perbualan dan pertuturan, malah menjaga hati dari buruk sangka dan berperasaan negatif semata2 dalam hidup ini, merupakan satu tabiat manusia yang tidak dapat di perbaiki tanpa latihan yang praktikal.
Hal ini menjadi bertambah kuat dan kukuh lagi apa bila manusia itu mempraktikannya berpandukan ajaran agamanya, dan menyedari akan keimanannya kepada Allah yang maha esa.
Kita amatlah memerlukan tabiat dan budaya serta disiplin hidup ini dalam masyarakat kita sekarang, ketika kita berada dalam kerisis moral dan kerohanian, kegawatan mental dan hati, dan ketika banyak sekali teknologi moden seperti ICT yang mengajar kita menjadi individu yang ego, sombong diri dan serba tahu, mengatasi segala ajaran agama sendiri.
Oleh itu hal ini merupakan satu kaedah bagi mendidik generasi muda kita, agar bangsa kita benar2 menjadi bangsa yang kukuh dengan nilai2 moral dan spiritualnya, menjaga akhlak dan budi bicara serta tingkah laku yang baik dan ideal, seperti yang mungkin banyak terdapat di dalam masyarakat Timur dan Barat di kalangan bangsa dan negara maju, walau pun mereka tidak mempunyai agama seindah agama kita, kerana mereka telah membentuk budaya hidup yang positif, beretika dan berpandukan disiplin hidup yang baik.
Tahun demi tahun kita memasuki bulan Ramadhan dan melalui asuhan serta pendidikan disiplin ini, tetapi kesannya tidak sangat menjadi tabiat serta budaya hidup kita orang2 Islam. Malah di dalam bulan puasa inilah berlakunya tabiat buruk, seperti pergaduhan, pertumpahan darah, peperangan dan sebagainya yang dapat kita saksikan di dalam negara2 Asia Barat sana.
Kita memerlukan satu metodologi yang berbeza untuk mendidik generasi baru kita supaya meninggalkan gejala buruk umat kita itu, dan puasa merupakan satu cara yang baik untuk di bangunkan modul2 pendidikan yang berkesan, yang seharusnya di kaji dan di praktiskan oleh umat kita....
Comments
Post a Comment