HARI KE-14 PUASA - 19. 6. 2016




Ibadat puasa yang kita masuki ke hari yang ke empat belas pada hari ini merupakan ibadat seumur hidup yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan kita di dunia dan akhirat. Ibadat ini mempunyai kaitan rapat dengan pemupukan nilai2 ketuhanan, taqwa, sabar, keteguhan iman dan tanggung jawab yang penuh amanah dengan Allah SWT. Namun dalam masa yang sama puasa  juga penuh dengan ajaran kemanusiaan dalam menjaga lidah dan perbuatan, tutur kata dan pengucapan dengan orang lain, bantuan serta pertolongan sesama insan yang lemah, miskin dan menderita, menjauhkan buruk sangka, fitnah dan umpatan sesama insan. 

Puasa juga melatih manusia menjadi makhluk yang berakal, berilmu, berdisiplin, bersih luaran dan dalaman, berbudi pekerti mulia, bertanggung jawab sosial dan sentiasa peka kepada kepentingan umum.

Inilah ertinya penghayatan ilmu yang di perolehi melalui akal fikiran iaitu ilmu aqli, dan yang di perolehi melalui kitab suci Al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW yang di namakan ilmu naqli.

Agama Islam memastikan bahawa agama sentiasa merupakan kuasa positif untuk kebaikan dan kecemerlangan individu dan umat serta manusia umumnya secara kolektif dan jemaah

Oleh itu cabaran adalah terletak di atas bahu setiap orang Islam secara individu dan Jemaah, kerana ibadat dan urusan dunia lainnya sentiasa melibatkan individu dan jemaah. Cabaran haruslah dipelajari dan diatasinya dengan berkesan.


Di antara cabaran pembelajaran dan pengajaran agama yang utama pada masa kini ialah pemahaman Al-Din dalam konteks fardu ain dan fardu kifayah, budaya Iqra’, ilmu wahyu dan ilmu aqli, taqwa, hijrah, jihad, tamadun dan kesejahteraan atau al falah



Kesatuan dan kekuatan umat Islam sentiasa terjamin apabila terdapai ramai pemikir dan cendiakawannya yang mampu berfikir dan berhikmah ketika menghadapi dan melewati urusan agama dan dunianya, terutama dalam masa kritikal.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....