HARI KE-11 PUASA - 16. 6. 2016


Ibadat di fardhukan oleh Allah untuk hamba2-Nya adalah untuk-Nya. Kita juga menunaikan ibadah dengan niat kerana Allah. Namun segala ibadat untuk Allah itu adalah mengandungi hikmahnya yang tersendiri, iaitu yang di sebut sebagai "hikmah al-tasyri" iaitu hikamh syariatnya. 

Ibadat puasa ini mempunyai banyak hikmat dan rahsianya, dan semuanya merupakan latihan yang amat berguna untuk manusia di dunia dan akhirat.

Puasa memberikan kekuatan dalaman yang sering tidak dapat di laksanakan oleh orang yang lemah. Bila kita berniat dan berazam untuk berpuasa, maka kita telah bersedia dengan segala kekuatan dalaman dan luaran, fizikal dan spiritual kita untuk menghadapi sebarang apa saja cabaran dan halangan. Inilah maknanya kekuatan dalaman, hati nurani, kekuatan mental dan kekuatan fizikal serta jasmani yang di punyai oleh orang yang berpuasa kerana Allah SWT.

Berpuasa ertinya berdisiplin dalam pengurusan waktu dan masa, kerana permulaan puasa dan pengakhirannya di tentukah oleh masa. Pertama sekali menentukan bilakah harinya bermula puasa dan berakhirnya puasa di akhir bulan Ramadhan.

Kedua komitmen dengan masa berbuka dan imsak. Setiap saat adalah di kira dalam menentukan masa berbuka, dan imsak. Semuanya menepati masa dan ketikanya, yang memberikan kemahiran menguruskan waktu yang baik. 

Sabar menghadapi cabaran dan dugaan, maka balasannya ialah kegembiraan menerima pulangan yang di hasilkan oleh kepenatan dan kepayahan menahan nafsu itu, sebab itulah salah satu kegembiraan orang yang berpuasa ialah ketika tiba saatnya dia berbuka, maka ketika itu terasalah nikmatnya kemenangan dan kesabaran menahan nafsu dan dugaan sepanjang hari....

Banyak perkara lain yang dapat di selami dari segala macam hikmah dan nikmah berpuasa, yang sekiranya hal ini merupakan satu latihan yang insentif untuk diri dan jasmani serta rohani manusia, dan seterusnya di praktikkan di dalam kehidupannya sepanjang hayat, maka hidup manusia ini amatlah teratur, berdisiplin, menjaga waktu, menghurmati dan menghargai nikmat Allah dan kesenangan hidupnya, dan akan timbul juga rasa keinsafannya bagaimana penderitaan orang2 yang tidak punya makanan, yang miskin dan menderita hidup.

Inilah di antara hikmah dan rahsia berpuasa. Namun ibadah puasa adalah untuk Allah, dan kita lakukan adalah kerana Allah, segala hikmah yang kita dapat adalah untuk diri kita, untuk kehidupan kita....

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....