HARI KE-13 PUASA - 18. 6. 2016
Ledakan pembangunan ilmu manusia dalam komputer dan teknologi serta peralatan yang berhubungan dengannya telah sampai ke peringkat yang tinggi dalam masa yang singkat sahaja, iaitu kira2 dalam jangka waktu lima atau enam puluh tahun terakhir ini. Mereka telah dapat menguasai dunia dan masyarakat manusia keseluruhannya dengan melakar sejarahnya yang tersendiri sebagai rekod pembangunan ilmu manusia jika di bandingkan dengan pembangunan dalam bidang pertanian dan perindustrian yang telah mengambil masa ratusan malahan ribuan tahun dulu, Perkembangan pesat inilah yang mengambil tempat dalam arena kecanggihan teknologi manusia hari ini iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, ICT...
Manusia yang bertamaddun sentiasa memandang ke hadapan dengan penuh harapan untuk meningkatkan kemahiran ilmunya, dan seperti yang saya sebutkan sebelum ini, manusia boleh maju ke hadapan untuk mencapai sasarannya dengan kekuatan dalaman dan keyakinan diri yang tinggi seperti yang di anjurkan oleh ibadat PUASA yang sedang kita kerjakan bulan ini.
Ramai sekali umat Islam yang membuktikan kekuatan dalaman yang mustahil dapat di laksanakannya di luar bulan Ramadhan, ketika mereka dapat menahan diri dengan kekuatan dalaman mereka dari segala cabaran fizikal dan spiritual, kekuatan jasmani dan rohani, nafsu dan iman mereka, dan hal ini dapat mereka lakukan dengan kekuatan kurniaan Allah ketika berpuasa..
Keyakinan diri yang kuat dapat di perolehi dengan berpaksikan keimanan dan keikhlasan kepada Maha Pencipta, Allah SWT. Maka kekuatan ini adalah merupakan kekuatan akal dan roh, jiwa dan hati yang menjelma sebagai kekuatan manusia, satu makhluk Allah yang berbeza dengan makhluk2 yang lain...
Kekuatan dan keyakinan dalaman yang waja ini, merupakan kurniaan Allah kepada manusia yang amat luar biasa, dan kekuatan serta kemahiran inilah juga yang mendorong manusia meningkatkan ilmu dan pemikirannya, termasuklah kemampuan manusia untuk mencipta peralatan2 canggih, seperti peralatan ICT yang kita gunakan pada hari ini.
Dunia Islam di kurniakan Allah SWT dengan kemampuan material, kaya dengan hasil bumi anugerah Allah, minyak, logam, hasil tanaman dan haiwan, namun industri dunia Islam hanya cukup untuk separuh sahaja keperluan mereka sama ada dalam pemakanan, perindustrian berat, pertanian, apa lagi teknologi moden, maka mereka hanya menjadi pengguna sahaja terhadap teknologi canggih, dan bukan pencipta atau pengeluarnya...
Budaya kerja keras dan reka cipta nampaknya di manfaatkan oleh umat lain, dan segala amal ibadat yang sepatutnya memberikan ilmu dan kekuatan penciptaan kepada umat Islam yang mengamalkan ibadat itu, sering di manfaatkan oleh umat lain, lalu ibadat dan pengajarannya hanya tinggal ibadat sahaja, ibadat dalam mencari pahala dan ganjaran Allah SWT pada hari akhirat nanti, bukannya menjadi hasanah di dunia dan hasanah di akhirat, kerana pentafsiran hasanah itu juga hanya di lakukan separuh2 sahaja, hanya untuk tujuan perhubungan dengan Allah tanpa kaitan dengan kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia ini...
Umat Islam memerlukan paradigma yang baru, yang di luar dari kotak sempit pemikiran dan mentaliti umat selama ini, cuma persoalannya yang besra....Bagaimana agaknya...?

Comments
Post a Comment