HARI KE 12 PUASA - 17. 6. 2016
Kita di dalam negara ini sering merasakan bahawa masa itu amat cepat berjalan. Mungkin kerana kehidupan majoriti orang kita dalam keadaan yang agak senang. Makan, pakai, kerja, perjalanan, pengangkutan dan sebagainya masih agak selesa, walau pun dari segi ekonomi bagi sebahagian keluarga agak tertekan disebabkan harga barang, pakaian dan sebagainya lebih mahal dari biasa.
Kerana itu secara cepat pula nampaknya kita melalui bulan puasa ini, sehingga pada hari ini kita telah berpuasa masuk ke hari yang ke dua belas. Dua belas hari berpuasa dan dua belas malam pula kita bersembahyang terawih, membaca Al-Quran, bertadarus dan beramal.
Memang telah menjadi rutin kebanyakan orang Islam yang merasakan bahawa dalam bulan puasa inilah mereka menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat, menjauhkan umpatan dan maksiat yang lain, seolah2 hal itu hanya perlu dijauhkan hanya di dalam bulan puasa, dan dengan itu terfikir pula mereka bahawa di luar bulan Ramadhan mereka akan kembali bebas seperti biasa.
Inilah sebenarnya kesilapan besar yang di lakukan oleh manusia, bukan hanya bagi orang Islam yang berpuasa, tetapi di dalam masyarakat manusia umumnya, mereka sering berbuat kebajikan dan kebaikan mengikut musim2 yang tertentu, selepas itu mereka kembali kepada tabiat asalnya.
Sebab itulah orang Islam seharusnya menjadikan bulan Ramadhan sebagai titik permulaan untuk memperbaiki diri, iaitu sekiranya seseorang itu merasakan dia telah baik, maka dia haruslah berusaha menjadi terlebih baik lagi sepanjang masa. Dan sekiranya banyak kelemahan yang ada pada dirinya dari sudut ketaatan kepada Allah dan meninggalkan apa2 yang di larang oleh agama, maka dia haruslah merasa insaf supaya berusaha meninggalkan segala perkara yang terlarang itu, dan memulakan satu sejarah baru dalam hidupnya. Inilah maknanya supaya mereka menjadi orang2 yang bertaqwa.
Puasa memerlukan sikap dan sifat iklas dan insaf akan keadaan diri, mengaku di depan Allah, sama seperti dia bersifat amanah kepada Allah dengan berpuasa di depan dan di belakang manusia, kerana dia mengetahui bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sebab itulah apa bila seseorang itu berpuasa maka dia tidak akan membatalkan puasanya walau di mana sekali pun dia berada kerana dia telah berikrar dengan Allah bahawa dia benar2 berpuasa, walau pun orang tidak melihatnya, maka dia tetap tidak akan mencuri2 minum dan makan
Inilah latihan dan kekuatan dalaman yang perlu ada dalam hati dan minda orang berpuasa, sebagai permulaan menjadi orang yang baik seterusnya di dalam kehidupan mereka.

Comments
Post a Comment