JANGAN MEMANDU LAJU
Amat menyayat hati insiden kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa masih berlaku sehari dua ini. Nampaknya kemalangan jalan raya yang membabitkan bas masih berlaku, dan selain dari itu kemalangan kereta juga turut berlaku, meragut beberapa nyawa, termasuk kemalangan maut yang menimpa pelajar-pelajar universiti, juga orang-orang muda.
Orang muda yang kehilangan jiwa dalam kemalangan jalana raya itu amat menyedihkan, mereka baru sahaja selesai membina karier mereka, atau baru sahaja memulakan kerjaya mereka, tiba-tiba mereka ditimpa kemalangan maut, yang berarti bahawa segala persiapan pendidikan yang mereka lalui sebelum ini, dan kejayaan yang bari dicapai, akhirnya berkecai.
Disamping menyedari akan suratan takdir yang telah ditentukan Allah SWT, maka pelajaran yang diambil dari kemalangan maut itu haruslah juga dipelajari. Mengikut pihak berkuasa, ternyata bahawa kesilapan manusia merupakan salah satu sebab yang utama, yang menyebabkan kemalangan jalan raya ini.
Kesalahan manusia yang menyumbang kepada kemalangan ini diantaranya ialah sikap para pemandu yang MEMANDU DENGAN LAJU, memandu laju dan tergopoh-gopoh, mengejar masa tanpa rasional.
Memang pun apabila kita memandu di atas jalan raya, kita dapat memerhatikan bagaimana kah sikap pemandu kita yang memandu dengan laju sekali, masing-masing berkejaran, memotong kiri kanan, untuk semata-mata memecut laju ke hadapan.
Oleh itu saya fikir, sekiranya kita ingin mengelakkan daripada terjebak di dalam kemalangan jalan raya, kita haruslah memandu dengan kadar yang perlahan, jangan tergopoh gapah memotong kenderaan lain, dan menahan sabar sekiranya kereta kita dipotong orang lain.
Cubalah belajar bersabar ketika memandu, pandu perlahan, sentiasa berada di lorong sebelah kiri, memotong dengan berhati-hati.
JAGALAH HAD LAJU KENDERAAN, PANDU PERLAHAN DAN CERMAT, INSYA'ALLAH SELAMAT.
Comments
Post a Comment