Lihat apa kata Clinton ?


 

Inti International University di Nilai menyaksikan Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat, yang berubah perangai dan cakapnya, dibandingkan semasa dia datang ke Malaysia semasa masih menjadi Presiden AS menyeru kepada "reformasi" dan membelakangkan pihak berkuasa Kerajaan lebeh sedekad yang lalu.


 

Kini dia menjadi "mantan" President, dan memberikan nasihat kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia dalam nada yang amat positif dan penuh "hikmah". Itulah perubahan yang dialaminya ketika dia tidak lagi menjadi Presiden, dan tidak lagi tertekan dengan pandangan politik dan dasar luar negaranya AS yang merupakan sebuah negara yang menjadi "polis dunia". Kini dia menjadi orang bebas yang boleh bercakap atas nama peribadinya. Dia menjadi lebeh mesra dan bebas.


 

Dia menyeru Kerajaan dan para ahli politik dunia supaya menumpukan usaha kepada politik yang penuh harapan, tidak kepada politik yang penuh dengan rungutan dan rasa tidak puas hati, sekiranya mereka ingin bergerak ke hadapan dalam mencipta dunia yang lebeh baik dan aman damai.


 

Dia menyambung ucapannya dengan berkata bahawa adalah lebeh penting bagi mereka meneruskan kerja-kerja yang baik dan berusaha ke arah mencapai kemakmuran yang dikongsi bersama dengan rakyat untuk mendapatkan kerjasama mereka yang berterusan.


 

Clinton berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan salah seorang pelajr di dalam majlis ucapannya di INTI 12 November 2010 yang bertanya bagaimanakah caranya untuk mencapai keamanan dunia yang lebeh baik lagi pada masa hadapan.


 

Jawapannya memang amat positif, dan Clinton menjadi seorang yang berpandangan jauh ketika dia mengatakan bahawa sebuah negara yang ingin maju kehadapan dengan baik haruslah sentiasa menumpukan kepada kerja-kerja mengenai politik yang penuh harapn, politik membina dan membangun, daripada hanya menumpukan kepada politik resah gelisah, sungutan, tidak berpuasa hati dan terlalu banyak "rungutan".


 

Inilah yang saya fahami dari ucapannya itu melalui berita akhbar yang saya baca hari ini. Dan inilah yang ingin saya tonjolkan untuk difahami oleh ketua-ketua politik di negara kita, fokus kepada Politics of hope rather than grievances. Aliran politik yang terlalu tidak berpuas hati dan menyalahkan orang lain inilah yang sering melanda dunia pada hari ini, termasuk di negara kita, dan aliran terlalu banyak "aduan" inilah yang menimbulkan demonstrasi, bantahan, marah-marah dan berbagai-bagai agenda bantahan yang sering diadakan di sana sini termasuk juga terlalu banyak kes yang dibawa ke mahkamah.


 

Kerana terlalu sebok dengan politik tidak puas hati dan politik kerisis inilah maka banyak politik membangun dan konstraktif yang terabai, dan tertinggal, kerana pihak yang berkuasa terpaksa menumpukan kepada politik negatif dan "pengaduan" ini, yang kadang-kadang menyentuh hal yang remeh temeh sahaja.


 

Kurang-kurang pun Clinton yang pernah datang marah-marah kepada kita satu masa dulu, kini dia datang dengan ruh yang baik dan membina. Lihatlah semua apakah kata Clinton itu, dan apakah faedahnya ? Islam mengajar kita menilai apa-apa yang dihamburkan, jangan melihat kepada siapa yang menghamburkan kata-kata itu. Lihat dan ambillah iktibar dari isi kata-kata yang baik, tidak kiralah dari mana datangnya sekali pun, sebaliknya tolaklah kata-kata yang tidak baik, walau pun datangnya dari orang yang baik !


 


 


 

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....