KALAU PARTI TIDAK TERURUS, APA LAGI MENGURUSKAN NEGARA ?

Demikian ramai yang menghantar komen dan persoalan kepada saya. Saya tidak menjawab persoalan ini, kerana sememangnya kalau menguruskan parti yang serba terhad itu pun amat rumit, menimbulkan kerisis demi kerisis, malah ada berita yang mendedahkan tentang salah pengurusan, mementingkan kepentingan tertentu, maka apatah lagi untuk menguruskan negara. Itu saja yang dapat saya katakan.

Yang menghantar persoalan kepada saya adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada umum, bahawa parti-parti politik yang mengalami masaalah, maka janganlah diharapkan dapat memerintah negara dengan baik.

Mereka memberi contoh, hal ini lah yang ditimbulkan oleh Datuk Zaid akhir-akhir ini yang meletakkan jawatan dari PKR, disokong oleh teman-temannya yang lain yang sebelum ini mengalami perkara yang sama, dan telah mengambil tindakan yang sama.

Saya menyampaikan hal ini kepada umum, untuk dijadikan bahan pemikiran bagi menentukan nasib negara kita pada masa yang akan datang. Itu saja.

Comments

  1. Yalah, saya yang mengemukakan persoalan ini, tetapi sayangnya tidak dijawab sepenuhnya. Bagaimana pun kita semua fikir-fikirkanlah dengan sebaik-baiknya, apakah kita mahu meletakkan negara kita dalam bahaya pada tangan yang tamak dan gelojok serta berkepentingan seperti yang didedahkan oleh Zaid, atau kita mahu membahagiakan negara dan rakyat kita? Fikirlah dengan baik, kerana keadaan negara dalam pemerintahan sekarang ini telah terbukti bahagia, sejahtera, makmur, aman damai, bersatu dan membangun dalam semua aspek, politik, ekonomi, sosial dan agama. Fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  2. Seharusnya PRU12 dijadikan sebagai ujian Allah kepada kita semua samada pengundi malahan pemimpin. Kita sering mempertikaikan keadaan sedangkan kita sendiri berat mulut untuk bercerita pada kawan-kawan dan saudara mara yang mungkin terpengaruh dengan omongan kosong pihak tertentu. Ada yang langsung tak ambil peduli. Jadi bersamalah kita berusaha mengembalikan keadaan pada asal dan menambah baik bukannya dengan mengambil risiko. Perubahan politik boleh dilakukan tanpa menukar parti politik.

    Blog doktor telah dipautkan.

    Aku Yang Bingai
    1. Satu Ahli Satu Undi di TendangTerajang
    2. Antara Zaid, Pak Lah, Tun Ghafar dan Ku Li

    ReplyDelete
  3. moderate muslim,

    Nampaknya yang nampak dengan jelas orang lain yang buruk, sedangkan dalam rumah sendiri tak nampak.tak kan buta.

    Pada hal ikan buruk kepala dalam rumah sendiri yang berbau busuk tak bau busuk.Yang busuk dalam rumah orang lain.

    wasatiyyahkah itu?

    Yang busuk dan buruk orang duduk dalam rumah lain.

    Atas sebab itulah negara kita tidak boleh bentras kegiatan rasuah musuh negara.

    Musuh negara adalah rasuah. Tapi malangnya pemimpin yang makan rasuah bukan musuh.

    Fikiran seumpama ini adalah fikiran yang jahat sejahatnya, kerana orang lain tak boleh memerintah negara yang boleh memerintah negara kalangannya saja.

    Patut kna nasihat setiap kali tiba musim pilihanraya umum rakyat kena undi orang baik bukan orang jahat.

    sedangkan dah tahu dan kenalpasti mereka terdiri dari golongan ikan buruk di kepala tak patut undi. Jika undi juga masuk neraka, kerana angkat orang jahat jadi pemimpin.


    Jika ikan buruk di kepala masih diangkat menjadi pemimpin negara jangan diharap boleh anam, apa lagi kegiatan rasuah tak dapat dibentraskan, hatta kurang pun adalah mustahil.

    Lebih lebih lagi golongan itu tetap mengatakan itu bukan rasuah, kerana mereka tidak meminta tapi orang yang memberi.

    ReplyDelete
  4. Saya amat benci kepada komen politik yang banyak menghukum, dan yang membeerikan kenyataan umum seolah-olah semua perkara ini buruk saja bagi satu pihak, dan baik saja bagi satu pihak yang lain. Manusia bukannya semua "baik" atau "jahat", mana ada yang kamil dan syamil, kecuali Allah. Nak kata kepala ikan buruk kepada semua orang yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia ini adalah sangat keterlaluan.

    ReplyDelete
  5. Saya menghukum saudara benci tapi saudara menghukum bagaimana?

    Saudara manafi yang jadi pemerintah ada yang tak buruk di kepala.

    Sila nyatakan kepada saya siapakah orangnya yang tak buruk di kepala.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....