Posts

Showing posts from July, 2012
HARI KESEBELAS PUASA Selasa 31 Julai merupakan hari kesebelas puasa tahun ini. Semalam saya ke sebuah masjid di KL untuk sembahyang terawih, dan saya merasa terkejut kerana sewaktu imam mengangkat takbiratul-ihram, Allahu Akbar, rupa2nya Imam Masjidul Haram yang terkenal itu yang datang mengimamkan sembahyang di sini, iaitu Imam Sudais. Gaya takbirnya dan bacaannya yang menekan tentang ayat2 tertentu dalam surah al-Fatihah, juga sebutan Allahu Akbar ketika ruku' dan sujud, sahlah dia ini imam Sudais.    Tetapi apabila masuk rakaat yang kedua, bacaan nya mulai berubah, tidak membawa identiti Imam Sudais lagi, baru saya dapat meneka, bahawa imam ini ialah salah seorang ustaz kita sendiri, yang dapat meniru gaya Imam Sudais pada rakat yang pertama tadi, tetapi pada rakaat yang kedua telah bertukar lagunya pada beberapa bahagian bacaannya yang tertentu, tidak ori lagi !. Bagaimana pun saya angkat tabik kepada Ustaz kita Imam ini, kerana dia tadi benar2 menjelma sebagai I...
HARI KESEPULUH PUASA Orang2 tua kampung selalu berkata, terutamanya untuk mendorong anak2 yang agak tak tahan berpuasa, bahawa puasa ini apabila masuk hari kesepuluh maka yang bakinya 20 hari lagi itu amat cepat akan berakhir! Oleh itu saya pun terfikir juga bahawa hal ini mungkin betul bagi kita orang dewasa ini, memandangkan bahawa masa beredar amat pantas sekali sekarang ini, maka kita pun berharap agar puasa tahun ini akan cepat berlalu, dan kita akan dapat menyumpurnakan ibadat puasa ini selengkapnya, cukup segala yang wajib dan sunatnya, dan cukup 29 atau 30 hari kita menunaikan ibadat sebulan itu. Tetapi bila kita menyebut begini, mungkin banyak juga orang yang akan marah, terutamanya dari segi ajaran agama, kita sepatutnya berharap bahawa sepanjang hidup kita ini biarlah berada dalam bulan puasa, kerana bulan puasa adalah merupakan bulan keampunan, keberkatan dan ketaqwaan, sebab itulah sepatutnya orang Islam seharusnya menangis apabila sampai ke penghujung bulan Rama...
HARI KESEMBILAN PUASA Puasa Ramadan tahun ini memasuki hari kesembilan pad hari ini, Ahad 29 Julai 2012, dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dalam msayarakat dan negara kita, selain dari beberapa isu kontraversial yang terus melanda kalangan politik kepartian negara seperti isu hudud dan lain2 yang rasanya bagi masyarakat yang tidak menghiraukan sangat pertelingkahan politik parti, hal ini tidak perlu dirisaukan, malahan meneruskan ibadat puasa seperti biasa, sungguh pun terdapat sedikit kekeruhan suasana yang menyentuh isu agama, seperti kenyataan beberapa pihak yang seolah2 mengeruhkan suasana keharmonian agama di negara kita ini. Balik kepada puasa kita yang memasuki hari kesembilan pada hari ini, kebetulan saya berpuasa pada hari ini bersama2 dengan beberapa orang cucu saya yang turut menghabiskan cuti hujung minggu ini dengan kami.  Ketika hendak masuk tidur ke dalam bilik masing2 pada malam tadi, ada dua tiga orang yang masih kecil, umur antara 6 dan...
HARI KELAPAN PUASA Hari ini umat Islam di Malaysia memasuki fasa baru berpuasa, iaitu permulaan minggu kedua puasa Ramadan tahun ini. Biasanya kami di kampung masa dulu2, nak masuk sepuluh hari puasa masing2 agak kalut cari tempurung kering. Di mana ada orang belah kelapa, dan setelah selesai dikukur isinya maka ketika orang itu membaling tempurung ke tanah, kami berkejaran memungut tempurung itu, masuk dalam guni, kumpul di rumah masing2. Biasanya pada malam 27 Ramadan,tempurung kering yang telah siap diatur dengan mencucukkannya di sebatang kayu yang ditanam di dalam tanah itu akan menjulang tinggi sama tinggi dengan ketinggian orang dewasa, dan siapa yang memacaknya lebeh tinggi, lagi bagus. Pada malam 27 Ramadan itulah, selepas maghrib,kami membakar tempurung itu dari atas, dan api yang membakar tempurung itu akan membakar tempurung di bawahnya hinggalah sampai ke tempurung yang paling bawah, dan apinya akan menerangi malam gelap di kampung yang sememangnya tidak perna...
HARI KETUJUH PUASA Umat Islam yang hendak memuhasabahkan dirinya bolehlah melakukannya hari ini, iaitu setelah genap seminggu berpuasa. Malah kalau memuhasabahkan diri setiap hari pun lebeh baik lagi. Muhasabah diri dalam bulan Ramadan ini mungkin dapat dipusatkan kepada amalan puasa dan kesannya kepada diri sendiri dari segi keimanan, pemikiran, kefahaman tentang nilai agama dan moral yang seharusnya dimanfaatkan dari madrasah Ramadan ini, terhadap jiwa, nafsu, emosi dan perasaan umumnya.  Muhasabah bererti membuat kajian tentang diri sendiri setelah seminggu berpuasa, apakah kita terlalu banyak merosakkan kerohanian dan kelakuan kita dengan membiarkan nafsu kemarahan kita menguasai diri kita sehingga kita sanggup mengeluarkan kata2 kesat dan berbentuk ancaman umpamanya kepada orang lain, seperti bercakap kasar, maki hamun, memfitnah, dan mengumpat atau mengata2kan orang , atau dalam perbuatan kita iaitu seperti memukul, mendera orang lain, membakar rumah seperti yang ber...
HARI KEENAM PUASA Kita di Malaysia, hari ini memanglah hari keenam berpuasa bagi seluruh negara. Tetapi bagi umat Islam seluruh dunia, ada yang berpuasa hari ini sebagai hari keenam, ada yang berpuasa ketujuh dan ada pula yang berpuasa sebagai hari kelima, bergantung kepada bilakah mereka mula bepuasa. Malah di negara jiran kita, negara yang mempunyai penduduk Islam yang paling ramai sekali di dalam dunia ini iaitu Indonesia, kabarnya terdapat dua kumpulan sekurang2nya yang mula berpuasa pada tarikh yang berbeza, iaitu ada yang mengikut keputusan Kerajaan dan ada yang mengikut fatwa persatuan ulamak mereka sendiri. Satu kumpulan di Indonesia berpuasa awal sehari dari satu kumpulan lain yang berpuasa esoknya sebagai hari pertama berpuasa, jadi nampaknya mereka akan menyambut hari raya pun mungkin pada hari2 yang berbeza. Diantara negara2 Arab pun begitu juga, dan mengikut pengalaman saya, di Barat pun seperti di negara Inggeris pun umat Islam mula berpuasa pada hari yang berbea...
HARI KELIMA PUASA Puasa kadang2 tidak mengubah cara hidup dan adat negatif kita, Puasa yang mengajar bersabar nampaknya tidak mengubah cara kita memandu kenderaan umpamanya. Tidak menjadikan kita lebeh beradab terutamanya untuk memberikan tempat di dalam kenderaan awam kepada orang mengandung atau cacat. Malah dalam bulan puasa pun orang masih mencuri, memukul, dan berbagai2 perangai buruk yang dilakukan sesama sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa kita tidak pernah mencuba untuk mengubah dan mendidik diri kita supaya menjadi orang yang lebeh baik. Ki ta tidak mampu mengubah sikap dan perangai lama kita, oleh itu puasa yang diharapkan menjadi medan latihan untuk memperbaiki sifat jasmani dan rohani kita hanya memberikan rasa lapar dan dahaga saja seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW bahawa "Banyak orang berpuasa yang tidak mendapat sesuatu apa pun dari puasanya kecuali lapar dan dahaga". Ramadan yang seharusnya menjadi medan latihan setiap tahun, agar...
HARI KEEMPAT PUASA Duk tak duduk telah masuk hari ke-4 berpuasa. Rasa cepat juga, tetapi terfikir saya bahawa rasa cepat dan lambat ini kadang2 terhenti kepada orang yang mengalaminya. Bagi orang yang susah, kurang rezeki, mungkin dia rasa lambat, dan bagi orang yang berumur, tak makan banyak, atau makanan sentiasa ada, maka mungkin dia rasa cepat. Saya bayangkan orang2 pelarian perang seperti umat Islam di Syria, mereka tentu merasa masa berjalan agak lambat, iaitu ketika terpaksa melarikan diri dari bahang peperangan, malah takut2 pula, manalah tahu tiba2 jatuh roket atas kepala masa dalam melarikan diri ke Turki itu, maka makan ke mana, dan puasa ke mana. Di negara kita rasanya keadaan aman semasa kita pergi ke masjid sembahyang terawih, dan jalan2 ke pasar Ramadan, mungkin masa itu terasa cepat. Bagaimana pun saya nampak satu cara supaya masa ini berjalan dengan laju dan cepat, mungkin dengan memenuhi waktu dengan sembahyang dan baca Quran. Maksud saya sembahyang waktu dal...
HARI KETIGA PUASA Pada malam puasa yang pertama, hari Jumaat, saya dan keluarga pergi cuba nak masuk ke Masjid Wilayah di KL, tak dapat. Kereta bersumbat2 masuk sampai semuanya terhenti, tak berjalan, akhirnya kami teruskan ke luar kawasan lalu parking atas jalan dekat pejabat Kerajaan, dan berjalan masuk, naik tangga dua tiga kali, termengah2,  baru sampai ke Masjid, tak boleh masuk dalam masjid pula, lalu sembahyang di luar atas simen. Sembahyang dengan imam, tambah dua rakaat isyak, rupa2nya orang dah sudah terawih lapan rakaat, apa lagi jemaah pun berpusu2 menyerbu keluar masjid, barulah kami boleh masuk sembahyang di dalam. Di dalam masjid memang glamor, hawa dingin, karpet tebal, sejuk dan selesa. Saya boleh bayangkan dengan sembahyang terawih di kampung saya 30 - 40 tahun dulu, tak glamor macam ini. Kereta jemaah besar2 belaka, imam tu pula yang glamornya, iaitu imam yang diimpot dari luar negara, dari Saudi atau Mesir, saya pun tak pasti. Ada orang kata imam malam i...
HARI KEDUA PUASA Hari Ahad 22 Julai merupakan hari kedua berpuasa di Malaysia. Nampaknya tahun demi tahun, masa beredar dengan cepat. Masa saya kecil2 dulu, terasa amat panjang masa berlalu. Nak tunggu sampai jam 12 tengahari pun rasa2nya macam telah dua hari, leteh, panas, lapar dan dahaga. Emak selalu menyedari hal ini, dia suruh saya pergi mandi. Pergi mandi air telaga, sejuk sampai ke tulang sumsum, naik lagi ke atas rumah, baring, perut terasa kempis sampai ke belakang, apa lagi masa itu badan kurus, tulang serangka saja yang nampak, emak suruh buka, kerana saya masih kecil, tak wajib lagi puasa, tapi tak mau pula, sayang. Buah jambu batu semalam ada simpan lagi. Namun pada hari ini, zaman kurun 21 ini, nampaknya masa berjalan dengan amat cepat, dah masuk dua hari dah pada hari ini. Agaknya matahari berjalan cepat sikit pada masa sekarang, zaman ICT dan global ini. Puasa pun tak rasa leteh sangat, apa lagi nampaknya banyak kemudahan di sekeliling yang menyeba...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK Semasa saya masih kanak2 apabila tiba saja   akhir Sya'ban, iaitu pada malamnya ketika pihak berkuasa akan melihat anak bulan, maka kami semua adik beradik dan anak beranak akan menunggu di depan radio transistor lama  kami untuk mendengar pengumuman sama ada anak bulan Ramadhan kelihatan atau tidak.  Tiba masanya, kadang2 hampir pukul sembilan malam, suasana hingar bangar suara kami adik beradik tiba2 ghaib, sepi dan sunyi, iaitu apabila juruhebah radio membuat pengumuman bahawa "sekarang tibalah masanya Penyimpan Mohor Besar Raja2 Melayu akan membuat pengumuman....." Semua mata terpaku ke muka radio empat segi itu, dan telinga kami terpasang tepat kepada apakah gerangan pengumuman itu akan memberitahu kami, "Puasa ke tidak esok? Atau puasa akan jatuh lusa"? Apabila diisytiharkan bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan di Telok Kemang (tempat yang selalunya anak bulan kelihatan) maka rioh rendahlah pula s...
IKIM 20 TAHUN..TELAH DEWASA .............! Ketika Perdana Menteri Dr Mahathir dalam tahun 1991 berbincang dengan saya tentang penubuhan IKIM, saya memberikan pandangan bahawa nama institut "think-thank" yang dicadangkan sebagai Institut Kefahaman Islam Malaysia kedengaran amat cetek, tak memberikan kesan dan impak yang mendalam. Kenapa tidak namakan saja "Institut Penyelidikan Islam" atau "Institut Strategik Islam" dan sebagainya yang kedengaran sebagai sebuah institusi ilmiah yang agung? Dr Mahathir menjawab: "Bukankah masalah kefahaman tentang agama Islam yang merupakan masalah besar dalam dunia Islam dan dunia Barat ketika ini, iaitu yang menjatuhkan imej Islam dan menjadikan masyarakat dunia mempunyai persepsi yang amat salah tentang Islam? Oleh itu kita haruslah memberikan kefahaman yang jelas tentang Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam dalam dunia ini, supaya Islam dapat difahami dengan sebaik2nya sebagai satu agama  yang mer...
JANGAN POLITIKKAN HUKUM HAKAM ISLAM Saya dapat menghidu baunya kenapakah isu HUDUD dibangkitkan semula dalam dunia politik Malaysia sekarang ini. Sebab2nya pada tanggapan saya ialah seperti berikut: 1. Kerana ahli politik Melayu dan Islam, pada pandangan saya, sedang berlumba2 untuk mencari keuntungan politik dalam masa dan ketika negara menghampiri Pilihan Raya Umum ke 13, dan ketika masing2 parti politik sedang berusaha mengumpulkan seberapa banyak bahan dan modal untuk menarik pengundi Islam. 2. PAS telah pun berlembut dalam hal, iaitu dalam isu Hudud ini kerana masih merasa bahadinya dari DAP dengan ancaman "langkah mayat" yang tercatat dalam sejarah perjuangan politik Islam di negara kita, iaitu ketika PAS berjuang bersendirian dan DAP yang menjadi musuh ketatnya, juga berjuang bersendirian. Oleh kerana kedua-dua parti ini telah bergabung, maka kedua2nya seolah2 mengambil sikap persefahaman dalam isu ini, sekurang2nya  kedua2 belah pihak  ketika dalam PR dan ...
DEBAT CSL DAN LGE Saya mempunyai pandangan yang berbeza dari pandangan saya yang lepas tentang debat politik di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (CSL) dan Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng  (LGE) yang memasuki pusingan yang keduanya pada hari Ahad, 8 Julai 2012{Lihat Entri saya tentang hal ini sebelum ini}. Saya mendapat gambaran yang amat negatif dari debat mereka yang pertama sehingga saya mencadangkan supaya debat itu tidak perlu diteruskan kerana beberapa sebab tertentu yang memberikan kesan tidak baik kepada rasa perkauman, sensitiviti agama dan Melayu pada umumnya dari kedua-dua mereka. Tetapi mendengar debat kali kedua diantara mereka, sungguh pun saya masih berpendapat bahawa debat itu tidak perlu diadakan lagi, tetapi kali ini bukan kerana hujah dan pandangan serta keritikan mereka berdua yang memberi gambaran buruk kepada majoriti orang Melayu dan Islam yang sederhana serta terbuka pemikiran mereka, tetapi kerana nampaknya LGE tid...