HARI KEDUA PUASA
Hari Ahad 22 Julai merupakan hari kedua berpuasa di Malaysia. Nampaknya tahun demi tahun, masa beredar dengan cepat. Masa saya kecil2 dulu, terasa amat panjang masa berlalu. Nak tunggu sampai jam 12 tengahari pun rasa2nya macam telah dua hari, leteh, panas, lapar dan dahaga. Emak selalu menyedari hal ini, dia suruh saya pergi mandi. Pergi mandi air telaga, sejuk sampai ke tulang sumsum, naik lagi ke atas rumah, baring, perut terasa kempis sampai ke belakang, apa lagi masa itu badan kurus, tulang serangka saja yang nampak, emak suruh buka, kerana saya masih kecil, tak wajib lagi puasa, tapi tak mau pula, sayang. Buah jambu batu semalam ada simpan lagi.
Namun pada hari ini, zaman kurun 21 ini, nampaknya masa berjalan dengan amat cepat, dah masuk dua hari dah pada hari ini. Agaknya matahari berjalan cepat sikit pada masa sekarang, zaman ICT dan global ini. Puasa pun tak rasa leteh sangat, apa lagi nampaknya banyak kemudahan di sekeliling yang menyebabkan orang berpuasa merasa selesa, ada kipas angin, hawa dingin, ke sekolah naik bas, mandi dalam bilek air dalam rumah, tandas pun dalam rumah, petang2 habis sangat ke pasar Ramadhan naik kereta, dulu naik basikal ke sana sini, dulu tak ada peti sejuk, malah tak ada letrik pun, tunggu Cina jual ikan tengah panas, ais kena beli, tunggu orang yang jual tu bawa keluar gaji untuk gaji papan ais yang disimpan dalam habuk papan untuk tahan lama.
Sebab itulah dulu puasa nampaknya makin mencabar dibandingkan dengan masa sekarang. Tetapi orang yang tidak berpuasa pun ada pada masa itu, dan mereka bernasib baik, kerana pada masa itu di pekan2 orang yang tak puasa boleh menyelinap masuk kedai kopi, atau kedai makan, sebab dalam bulan puasa pada masa itu, kedai kopi dan restoran telah siap pasang tabir di pintu tingkap sebelum tiba bulan puasa lagi, orang luar tak nampak, siapa2 nak masuk makan pun, sarapan ke, makan tengahari ke, atau minum2 petang, masuklah saja, orang tak peduli, makanlah sekenyang2nya, tak ada orang kacau, masa itu tak ada penguatkuasa, tak ada tangkapan, kerana tak ada undang2 melarang orang makan di khalayak ramai pada siang hari. Yang pentingnya orang ramai tak nampak, malu juga kalau orang tenguk, oleh itu tak mengapalah makan kerana kedai ada pasang tirai, orang luar tak nampak, tak lah rasa malu!
Sekarang saja ada undang2, makan tengah khalayak ramai pada siang hari kena tangkap, bawa mahkamah, denda, atau satu ketika dulu di bawa orang yang tak puasa itu di dalam lori yang terbuka, sangkut periok belanga di leher menunjukkan orang ini kena tangkap sebab tak puasa, habis semua orang tahu siapa yang tak puasa itu, masa itu baru rasa malu, kerana malu pada masa itu ialah malu pada orang!
Di Saudi Arabia pun sekarang ini ada undang2 yang sama, tetapi di sana pihak Kerajaannya pergi lebeh jauh lagi, semua orang tak boleh makan di khalayak ramai, termasuk orang bukan Islam. Saya nampak satu hari di kawasan Kedutaan di Riyadh, polis adab masuk ke kawasan kedutaan asing dari sebuah negara Barat, Mat Salleh, tangkap orang itu, kerana dia sedang hisap rokok di luar pintu kedutaannya, sedangkan dia itu mat saleh, bukan Islam.! Kalau di negara kita dibuat begitu, mungkin kiamatlah dunia ini nampaknya.
Jadi nampaknya orang Malaysia lebeh kuatlah imannya kerana di sini orang bukan Islam boleh makan depan kita sedangkan kita berpuasa. Saya selalu beritahu orang2 kedutaan asing di Riyadh, puasa orang Islam di Malaysia lebeh banyak pahala kerana kami puasa dan dalam masa yang sama dapat menahan nafsu makan walau pun di depan orang lain yang sedang makan. Orang bukan Islam di Malaysia tak tertakluk kepada undang2 Syariah, orang Islam kena tangkap kalau makan di khalayak, tetapi orang bukan Islam nak berpesta makan pun tak ada siapa yang boleh tangkap mereka.
Inilah hati budinya orang Islam Malaysia, dan sebenarnya inilah adat dan budaya kita, tambahan pula dalam bulan puasa ini, ketika orang Islam disuruh dan seharusnya berkelakuan lebeh baik dari biasa. Kalau orang kata2 kat kita sikit pun, tak usahlah lawan, elok lah tahan saja. Katakanlah : Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini berpuasa, aku sesungguhnya sedang berpuasa ! "Allahumma Inni Sha-im" Pesan Nabi kita Muhammad SAW "Tuhanku, sesungguhnya aku ini berpuasa..."
Esok hari ketiga puasa, nak cari modal sikit...Insya' Allah setiap hari puasa akan dipersembahkan entri..gurau2 dan serius sikit2...
Terima kasih atas perkongsian doanya... semoga dapat diamalkan bersama.. :)
ReplyDelete