PERSIDANGAN HAMBURG.
Universiti Hamburg yang menganjurkan persidangan antarabangsa seperti yang telah saya tuliskan sebelum ini, mempunyai Institut Asia Afrika yang menawarkan pengajian Islam dan Asia Tenggara. Persidangan yang dianjurkan itu memfokuskan kepada tiga buah negara Islam dalam bidang perbincangannya, iaitu negara kita Malaysia, Tunisia dan Iran, disamping peserta jemputan lainnya yang terdiri dari sarjana Islam dan Barat, dari Oman, England, Denmark dan Jeerman sendiri..
Kami semuanya lapan orang pembentang dari Malaysia yang mengambil bahagian dengan membentangkan kertas kerja, iaitu peserta yang paling banyak dari sebuah negara yang hadir sebagai penyumbang kertas, dan peserta Malaysia pula terdiri dari  latar belakang ilmu yang berbeza-beza. iaitu selain dari para doktor perubatan dan bioteknologi yang membentangkan kertas dalam bidang mereka masing2, kertas kami juga menyentuh isu fatwa, isu2 keislaman, peranan IKIM dan Jakim, serta para pelajar, juga media di Malaysia.
Para intelek dari IPT Barat bukan Islam melahirkan minat yang tinggi untuk mengkaji isu2 moden dari pandangan Islam, sebab itulah Persidangan ini dianjurkan iaitu untuk mengkaji bagaimanakah pandangan Islam dalam urusan kehidupan dan kematian, atau secara lebeh khususnya apakah fatwa agama Islam tentang isu2 kesihatan dan rawatan atau pemulihan hasil dari kelahiran teknologi moden seperti pemindahan organ, dialisis, pemindahan darah, DNA, isu klon manusia dan sebagainya. Tegasnya mereka ingin mempelajari apakah kaedah pemiliharaan nyawa dan kelahiran manusia itu mendapat perhatian agama Islam, iaitu segala2nya yang berlaku dalam kelahiran dan perkembangan manusia bermula dari bayi di dalam perut ibu sehingga manusia itu dewasa dan seterusnya meninggal dunia, iaitu segala2nya yang  dialami manusia ketika belum lahir ke dunia sehinggalah manusia itu meninggal.
Kita tidak hairan jika pada satu masa nanti, orang Barat akan menambahkan lagi penyelidikan mereka tentang Islam yang pada kini pun nampaknya kajian mengenai isu2 global dan universal tentang kesihatan, perekonomian, politik, dan isu2 kehidupan manusia seluruhnya yang dikenali sebagai urusan hidup manusia selengkapnya dalam istilah Al.Din telah semakin bertambah di Barat, sedangkan dalam dunia Islam kajian2 seperti itu tertinggal di belakang, kerana kita dalam dunia Islam mungkin hanya leka  berbincang tentang ibadat yang di penuhi dengan perbezaan mazhab dalam isu2 ijtihad, khilafiah, perbezaan pandangan ulamak dalam ibadat dan perkara2 cabang, isu membaca zikir, doa qunut dalam sembahyang subuh, talqin mayat, doa selepas sembahyang cara beramai2, dan sebagainya saja, sedangkan orang lain telah pun merantau jauh ke dalam dunia intelektual dan fundemental manusia yang mempunyai kaitan dengan agama Islam sendiri sebagai agama yang lengkap dan dinamik, dan agama yang mempunyai kaitan dengan kematian dan kehidupan manusia, yang mempunyai prinsip untuk memelihara akal, keturunan, harta, agama, maruah dan sebagainya..
Sekurang2nya hal inilah yang dapat saya pandang dari penganjuran Persidangan ini oleh orang Jerman, bukan orang Islam, bukan orang Arab dan bukan orang Melayu!
Bagaimana pun semoga Jakim dan IKIM yang turut serta dalam Persidangan ini akan mendapat banyak manfaat tentang isu2 yang dibincangkan untuk kita pula mengkaji dan menyelidiknya dengan lebeh mendalam lagi, apatah lagi peserta dan penyumbang kertas pula adalah kita sendiri, dan Malaysia sendiri telah dijadikan contoh terbaik dalam Persidangan ini dalam tajuk2 perbincangannya, maka kenapakah kita teruk2 merantau ke Jerman, sedangkan orang Malaysia sendiri tidak memanfaatkan sumbangan kita itu di sini? Dan orang Islam di Malaysia tidak pun diberikan pendedahan tentang isu2 yang dibincangkan itu? Malah mungkin kebanyakan orang Islam kita sendiri tidak pun memahami maksud istilah bioetik itu sendiri?


Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....