IKIM 20 TAHUN..TELAH DEWASA .............!
Ketika Perdana Menteri Dr Mahathir dalam tahun 1991 berbincang dengan saya tentang penubuhan IKIM, saya memberikan pandangan bahawa nama institut "think-thank" yang dicadangkan sebagai Institut Kefahaman Islam Malaysia kedengaran amat cetek, tak memberikan kesan dan impak yang mendalam. Kenapa tidak namakan saja "Institut Penyelidikan Islam" atau "Institut Strategik Islam" dan sebagainya yang kedengaran sebagai sebuah institusi ilmiah yang agung?
Dr Mahathir menjawab: "Bukankah masalah kefahaman tentang agama Islam yang merupakan masalah besar dalam dunia Islam dan dunia Barat ketika ini, iaitu yang menjatuhkan imej Islam dan menjadikan masyarakat dunia mempunyai persepsi yang amat salah tentang Islam? Oleh itu kita haruslah memberikan kefahaman yang jelas tentang Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam dalam dunia ini, supaya Islam dapat difahami dengan sebaik2nya sebagai satu agama yang merupakan sistem hidup menyeluruh bagi kehidupan dunia dan akhirat, bukan hanya untuk umat Islam malahan untuk umat2 lain juga"
Dengan itu tertubuhlah IKIM pada tahun 1992, mula2 bertempat di kompleks JPM Jalan Dato' Oon, kemudian berpindah ke sebuah bangunan di Pusat Bandar Damansara, akhirnya ke kompleks bangunan tetapnya sekarang di Langgak Tunku.
Umur 20 tahun bagi IKIM merupakan satu jangka masa umur yang agak panjang. Bagi seorang insan, umur 20 tahu telah memberikan kematangan yang sewajarnya dalam pengalaman dan perancangan masa hadapannya. Maka IKIM yang telah bertukar pucuk pimpinan dan sistem pentadbirannya silih berganti seharusnya telah cukup matang untuk meneruskan agenda "kefahaman Islam" nya.
Radionya yang telah beroperasi semenjak tahun 2001 dengan pertukaran DJ dan pengarahnya juga seharusnya membangun dengan lebeh matang, maju ke hadapan, bukan surut ke belakang. Sasaran pendengarnya mungkin dapat dibanggakan dengan pertambahan bilangannya yang ketara, tetapi haruslah difikirkan juga apakah kualiti dan kategori pendengarnya itu?
Yang ketara pada waktu ini pendengar radio amat terpisah2, pendengar Radio Era, Sinar dan sebagainya mungkin berbeza dari para pendengar Radio yang dikendalikan oleh RTM, dan mungkin juga pendengar IKIM FM juga terpisah dari saluran radio lain, iaitu yang mungkin hanya terdiri daripada pendengar yang sememangnya meminati siaran agama, yang agat berumur dan dewasa.
Oleh itu IKIM FM haruslah memikirkan bagaimanakah hendak menarik para pendengar muda dan tua yang mengikuti siaran radio lain, termasuk siaran radio dalam bahasa Inggeris, dan para pendengar yang minat kepada agama atau tidak, supaya semuanya meminati untuk mengikuti IKIM FM. Hal ini memerlukan perancangan dan sedikit kajian yang seharusnya dilakukan oleh para penyelidik IKIM sendiri.
Mungkinkah siaran tengah malam, yang ditujukan kepada anak2 muda dan mahasiswa yang tidur lambat, atau yang bangun mengulang kaji pelajaran, diteruskan dalam bentuk lama atau dikaji semula sesuai dengan peredaran masa sekarang ini supaya dapat menarik lebeh ramai peminatnya?
Ini semua merupakan imbasan pemikiran saya saja, kerana orang2 yang menendalikan IKIM tentulah mempunyai lebeh banyak pemikiran dan perancangan yang lebeh besar dalam agenda memberikan kefahaman Islam yang menyeluruh kepada seluruh masyarakat tempatan dan antarabangsa, Islam dan bukan Islam, melalui radio, persidangan, penyelidikan, penerbitan dan kursus serta latihan yang menjadi geerak kerja IKIM ini.
Dua puluh tahun seharusnya dapat meningkatkan geraf kefahaman dan penghayatan Islam ke tahap yang lebeh tinggi dari dulu, memahami Islam secara syumul, tidak hanya dalam peringkat amalan peribadi fardu ain dan ritual, zikir, doa, nasyid dan sebagainya yang merupakan spiritual life, yang sememangnya penting dalam kehidupan manusia, tetapi bukanlah bahagian itu sahaja yang merupakan segala2nya tentang Islam. Malah haruslah difikirkan dan dilihat ke dalam masyarakat Islam pada masa kini, yang pada saya kadang2 pengalaman menunjukkan bahawa geraf kefahaman Islam kelihatan menurun semula, bukan meningkat.
Syabas dan tahniah kepada KP, TKP, Para pegawai dan pengendali IKIM atas kematangan IKIM, yang kelihatan dewasa dan membesar dengan kacaknya setelah berumur 20 tahun, yang bagi manusia mungkin telah berada diambang pintu kehidupan untuk meneruskan hidup berkeluarga dan menyumbang dengan lebeh banyak lagi kepada masyarakat di sekelilingnya.
Selamat menyambut ulang tahun yang ke - 20 kepada IKIM, tahniah kepada Pengerusi barunya Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi disamping tidak melupakan jasa pengasasnya Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad............. yang tentunya memerhati perkembangan IKIM ini dari jauh...
Saya amat terhibur dengan peersembahan konsert malam 14 Julai 2012 oleh penyanyi rock dan dangdut Ramli Sarip dan Iwan Syahman yang berhijrah kepada lirik ketuhanan, walau pun iramanya masik rock dan dangdut. Mungkin irama dan lirik begini dapat menarik semua orang kepada seni suara untuk menghayati kehidupan beragama dan kerohaniah yang boleh mensucikan kalbu seperti yang disasarkan oleh konsert Alunan Kalbu 14 Julai itu, sehinggakan isteri saya yang duduk di sebelah saya dalam ratusan penonton itu pun turut menyanyai dalam suara yang agak nyaring ketika Ramli Sarip memberikan peluang kepada para penonton menyumbangkan nyanyian mereka dalam lagunya....
Ketika IKIM FM mula2 ditubuhkan dulu, saya cadangkan juga supaya lagu2 begini yang mempunyai lirik yang baik dapat disiarkan, tetapi banyak mendapat bantahan dari pendengar yang menyifatkan diri mereka pendengar "Islamik" malah mereka hanya mahukan lagu2 nasyid, atau lagi Arab, walau pun tidak dapat difahami, disiarkan sepenuhnya...Tetapi saya cuba juga menentang arus ini....
Comments
Post a Comment