HARI KESEMBILAN PUASA

Puasa Ramadan tahun ini memasuki hari kesembilan pad hari ini, Ahad 29 Julai 2012, dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dalam msayarakat dan negara kita, selain dari beberapa isu kontraversial yang terus melanda kalangan politik kepartian negara seperti isu hudud dan lain2 yang rasanya bagi masyarakat yang tidak menghiraukan sangat pertelingkahan politik parti, hal ini tidak perlu dirisaukan, malahan meneruskan ibadat puasa seperti biasa, sungguh pun terdapat sedikit kekeruhan suasana yang menyentuh isu agama, seperti kenyataan beberapa pihak yang seolah2 mengeruhkan suasana keharmonian agama di negara kita ini.

Balik kepada puasa kita yang memasuki hari kesembilan pada hari ini, kebetulan saya berpuasa pada hari ini bersama2 dengan beberapa orang cucu saya yang turut menghabiskan cuti hujung minggu ini dengan kami. 

Ketika hendak masuk tidur ke dalam bilik masing2 pada malam tadi, ada dua tiga orang yang masih kecil, umur antara 6 dan 8 tahun berpesan sangat2 supaya mereka dikejutkan bangun sahur. Seorang berkata supaya dipekikkan apa saja ke telinganya untuk mengejutkannya bangun. Seorang lagi mengatakan ambil air sapu mata dan mukanya supaya dia senang bangun. Yang lain mengatakan angkat saja dia duduk di atas kerusi, meneruskan tidur sambil duduk, dan suapkan saja makanan ke dalam mulutnya.

Tetapi semuanya ini hany menjadi telatah dan angan2 saja, kerana apabila tiba jam 4.30 pagi ketika orang dewasa bangun untuk bersahur, habis satu rumah dengan suara orang dewasa mengejutkan mereka bangun, namun tidak seorang pun bangun mengikut seperti yang mereka rancangkan. Sebenarnya mereka apabila berkumpul adik beradik pada hari cuti ini, sering tidur lambat, hingga jam 12 atau 1 pagi baru tidur, tenguk tv, kartun, atau main segala macam permainan.

Hari ini, si kecil  yang memasuki umur 7 tahun berkata dia akan terus berpuasa meskipun tidak bersahur, kerana sahur baginya minum air sudah mencukupi, dan malam tadi dia diberikan air untuk minum pukul 5 pagi, dan dia minum.

Terfikir saya bahawa inilah kekuatan mental dan fizikal yang dijadikan Allah dalam setiap makhluk kejadian-Nya, khususnya manusia. Kekuatan jiwa inilah sebenarnya yang dikurniakan Allah kepada kanak2 untuk berpuasa. Mereka belum faham sangat dosa pahala, hikmat dan rahmat dari berpuasa, yang mereka tahu hanyalah mereka kena berpuasa seperti orang dewasa, kerana puasa menjadi amalan dan budaya ibu bapa dan keluarga seta orang2 Islam di sekeliling mereka, sehingga kadang2 ketika cuaaca terlalu panas, dan mereka tidak bersahur, ramai juga diantara kanak2 yang mahu meneruskan puasa walau pun diberi peluang kepada mereka untuk berbuka sebelum masa berbuka menjelang maghrib.

Inilah sebenarnya unsur positif ketika disebut agar ajaran agama dibudayakan dalam kehidupan kita seharian, yang pada mulanya mungkin tidak dimengertikan sangat tujuan dan falsafah atau hikmah ajaran syara' itu, tetapi dengan pendedahan, pendidikan dan pengajaran dalam masyarakat secara baik, mereka akan dapat memahami ajaran ini dengan peredaran  masa dan umur mereka.

Oleh itu saya melihat bahawa agama Islam adalah merupakan satu cara hidup lengkap bagi umat Islam keseluruhannya. Ajaran Islam yang tulen dan yang berasaskan ilmu serta hikmahnya haruslah dipelajari secara teratur, serius dan sistematik. Mempelajari Islam haruslah dilakukan dalam institusi yang diasaskan di atas prinsip dan dasar Islam mengikut sumber aslinya, iaitu Al-Quran dan Sunnah, kaedah para imam dan sarjana keislaman yang sebenarnya, berdasarkan fakta dan data yang dihasilkan dari kajian dan penyelidikan menyeluruh tentang agama, terlepas dari sebarang sentimen sempit mengikut etnik, ideologi politik kepartian dan sebagainya.

Hal ini membawa saya berfikir juga tentang anjuran sesetengah kalangan yang bercadang untuk menubuhkan majlis ulamak dalam parti politik, iaitu UMNO. Bagi saya setiap parti berhak membuat apa2 saja perancangan untuk Islam, kerana PAS sendiri mempunyai majlis atau apa saja yang dipanggil yang mengumpul ulamak mereka dalam parti tersebut. UMNO juga tentulah mahu menubuhkan kumpulan ini dalam partinya.

Pada pandangan saya memanglah politik merupakan satu platfom yang baik untuk memperjuangkan hal ehwal agama dan meletakkan Islam pada landasannya yang betul. Cuma apabila ulamak berada dalam satu majlis atau jawatankuasa dan kumpulan yang berlebalkan parti politik, maka besar kemungkinan parti yang tertentu itu akan menggunakan agama mengikut falsafah perjuangan kepartiannya, dan amat dibimbangkan bahawa ulamak yang berbicara tentang agama dengan menyarung baju partinya akan sedikit sebanyak berat sebelah kepada agenda partisan parti politiknya, dan akan bergerak dengan kaki yang terikat kepada didiplin kepartian, tidak bebas dan mungkin tidak ikhlas lagi bagi memperjuangkan kepentingan agama itu sendiri.

Malah saya merasakan bahawa kita seharusnya memberikan pendapat yang bebas dan jujur dalam hal ini. umpamanya tentang pandangan umum yang menyarankan supaya sebarang AJK atau Lembaga dan Majlis yang dicadangkan itu hendaklah ditubuhkan dalam bentuk yang bebas, malah terdapat suara2 yang mencadangkan agar sebarang institusi keagamaan haruslah ditubuhkan di bawah institusi Raja2 sebagai institusi rasmi agama Islam di negara kita ini, dengan keahliannya yang terdiri dari orang2 yang berwibawa dan berpandangan jauh, bebas dari ikatan ideologi politik kepartian.

Hal ini tidak menafikan hak parti politik untuk mempunyai badannya sendiri yang berperanan bagi kemajuan agama, tetapi diatas segala badan, pertubuhan dan sebagainya, maka seharusnya ditubuhkan sebuah Lembaga yang lebih tinggi, yang dalam masa yang sama mungkin dapat berperanan memperkukuhkan lagi institusi Raja sebagai otoriti agama Islam yang unggul di negara kita ini.

Keadaan di negara kita sememangnya agak unik sekali, iaitu sebarang gerakan, aktiviti, agenda dan sebagainya amat sering sangat dipolitikkan dengan fahaman politik sempit partisan, dan amat malang sekali sekiranya agama itu sendiri pun akan menjadi agenda sempit partisan parti politik yang akan menambahkan lagi komplikasi kefahaman dan arah tuju kebangkitan Islam di negara kita ini.

Dalam zaman moden, ICT dan persaingan kebendaan dan kuasa yang sempit dalam politik dunia pada hari ini, umat Islam seharusnya dapat memahami situasi ini, terutamanya di negara kita yang juga unik ini, kerana masyarakat akan menjadi lebeh mudah dan senang difahami sekiranya umat Islam ini berfikir dan bertindak seperti kanak2 kecil yang teus saja berpuasa tanpa sebarang prejudis dan banyak masalah,sehingga memasuki sembilan hari berpuasa pada hari ini. Namun begitu kita tidak pula mahu orang dewasa yang masih berfikiran seperti kanak2 kecil itu...

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....