JANGAN POLITIKKAN HUKUM HAKAM ISLAM
5. Namun berdasarkan kepada kebijaksanaan dan strategi UMNO serta prinsip perjuangan Islamnya yang lebeh global selama ini, saya tidak pernah terfikir akan terdapat ahli politik UMNO yang melangkah agak jauh ke hadapan sehingga mencadangkan supaya UMNO pula yang bertindak melaksanakan hukum Hudud ini seperti yang disuarakan di Johor baru2 ini.
6. Saya rasa, dan saya mungkin salah, bahawa ahli politik UMNO yang mencadangkan supaya Johor melaksanakan hukum hudud itu barangkali mengandaikan bahawa dengan melontarkan idea perlaksanaan hudud itu maka majoriti pengundi Melayu dan Islam, termasuk ahli PAS sendiri akan menyebelahi UMNO dalam Pru ke-13 nanti. Sayangnya UMNO sendiri tidak menjalankan kajian apakah orang menyokong PAS adalah semata2 kerana PAS ingin menegakkan hukum hudud, atau kerana unsur2 lain lagi. Malah apakah terdapat ramai juga para profesional Melayu yang menyertai PAS, apakah penyertaan mereka itu kerana ingin melihat PAS melaksanakan hudud, atau kerana sebab2 lain lagi?
7. Seandainya asumpsi yang difikirkan oleh politik UMNO itu benar2 begitu, maka saya fikir UMNO haruslah memikirkannya beberapa kali dengan sebaik2nya sebelaum cuba untuk menerima cadangan itu, sehinggakan UMNO pula yang akan bertindak melaksanakan hukum hudud, iaitu dengan memikirkan apakah dengan melontarkan isu perlaksanaan hudud ini maka ahli PAS akan mengundi UMNO?
8. Sebenarnya sebarang perlaksanaan hukum agama, termasuk hudud ini adalah menjadi modal dan senjata politik yang paling tajam dan popular, dan telah lama diperjuangkan oleh para ahli politik yang cuba menonjolkan diri mereka sebagai jaguh perjuangan Islam.
9. Saya tidak fikir memperjuangkan hukum hudud seperti yang dilakukan oleh PAS selama ini akan memberikan banyak "mileage" politik kepada UMNO, kerana prinsip UMNO dalam memperjuangkan kedaulatan Islam dan perlaksanaannya selama ini di negara kita adalah dalam cara dan sistemnya yang tersendiri, iaitu yang merangkumi dasar universal Islam, termasuk isu2 ibadat, fardu ain, syi'ar dan undang2 Islam yang menyeluruh. Malah perjuangan Islam pada UMNO adalah amat syumul, melibatkan ajaran Islam dan nilai2nya dalam pendidikan, ekonomi, sosial, hubungan antara agama, kebebasan beragama yang terkawal, malah dalam isu2 universal dan global seperti isu halal dalam pemakanan, perubatan, kosmatik dan sebagainya.
10. Perjuangan UMNO dalam agama juga melibatkan contoh tauladan umat Islam yang terkemuka dan menonjol dalam dunia antarabangsa dengan kemajuan teknologi tinggi, mengeluarkan kereta, memperjuangkan ilmu dan moral manusia seperti sikap wasatiyyah, mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan aman damai dan sebagainya, yang semuanya ini adalah merupakan agenda Islam yang global dan universal, merangkumi fardu ain dan fardu kifayah.
11. Maka semuanya inilah yang saya rasa perlu ditonjolkan di kalangan umat Islam di negara kita supaya rakyat benar2 dapat memahami agenda mendaulatkan Islam di negara kita, termasuk agenda good governance iaitu pemerintah yang berkualiti.
12. Agenda hudud memanglah boleh dibincangkan dan dianalisis secara ilmu dan hikmah, berdasarkan fegh al-awlawiyyat, siyasah syariah, maqasidur-syariah dan sebagainya yang lebeh banyak berdasarkan kepada hukum dan ilmu, berdasarkan iman dan ihsan, bukan berdasarkan undi dan populariti yang dipersembahkan secara emosi dan sentimen melampau, malah dalam konteks ini hudud bukan lah merupakan isu politik PAS atau UMNO, sehingga apabila PAS nampaknya agak berlembut maka UMNO seharusnya cuba untuk menjadi juaranya, kerana apabila isu ini ditonjolkan sebagai isu politik, bertujuan untuk keuntungan politik, maka perjuangan itu tidak lagi mempunyai kekuatannya sebagai satu isu agama yang universal, yang seharusnya diperjuangkan oleh keseluruhan umat Islam dengan penuh ikhlas, bukan oleh kelompok2, atau parti tertentu..
13. Membangkitkan isu hudud oleh UMNO juga sebenarnya boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, termasuk dengan parti2 komponan BN sendiri, kerana hudud yang tidak di fahami oleh masyarakat umum, dan tidak mendapat kefahaman menyeluruh oleh orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, yang tidak dikemukakan dalam wadah ilmu yang sebenarnya, apa lagi ketika mentaliti umat Islam dan bukan Islam tidak dipersiapkan dengan sebaik2nya untuk menghayati hukum Islam, maka penonjolan yang tiba2 ini hanya akan menimbulkan reaksi yang negatif serta mencipta persepsi yang salah di kalangan masyarakat.
14. Oleh itu, saya sekali lagi, merasakan bahawa isu2 agama seperti ini tidaklah seharusnya dijadikan isu politik kepartian, malah amatlah baik sekali sekiranya isu2 seperti ini dipolemikkan di kalangan para ilmuan, ahli2 agama dan para ulamak yang berilmu serta mempunyai pendirian dan sikap yang bebas, tanpa dipengaruhi oleh kefahaman politik kepartian yang sempit atau hanya ingin bersaing sesama sendiri untuk cuba menonjolkan imej "juara" dalam parti politik.
15. Pandangan ini tidak semestinya ditafsirkan sebagai pandangan yang anti atau pro hudud, kerana hukum Islam itu sememangnya tidak seharusnya bersifat pro atau anti, malah hukum agama tetaplah hukum agama yang seharusnya dipatuhi dan dilaksanakan, tetapi ajaran Islam juga mempunyai kaedah2 yang tertentu dalam melaksanakan hukum agama itu. Hal inilah yang memerlukan ilmu dan hikmah dari para pembicara dan pelaksananya, bukan hanya berbicara tanpa memahami falsafah dan ajaran yang sebenarnya, dan lebeh berbahaya lagi sekiranya kita berbicara sesuatu kerana hendak berlawan2 sesama sendiri.
Oleh itu, saya fikir UMNO tidaklah seharusnya melatah apabila seorang ahlinya membangkitkan isu hudud ini, sehingga keseluruhan parti itu akan menjadi gelabah dan berbicara secara sentimen tentang sesuatu isu yang tidak dapat difahami dengan sebenarnya.
UMNO mestilah meneruskan usahanya dengan prinsip peningkatan Islam secara menyeluruh seperti yang dilaksanakan selama ini, dan mempertingkatkan lagi agenda memperkasakan Islam itu sesuai dengan keadaan semasa, ketika kebanyakan negara Islam di dunia ini menghadapi berbagai2 kerisis dan kemelut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya yang menyebabkan hampir keseluruhan dunia Islam berada dalam keadaan ekonomi dan politik yang amat tidak setabil, yang mengakibatkan berbagai2 kemelut dalam masyarakat Islam itu sendiri.
Negara kita sebenarnya berada di atas landasan yang betul dalam menegakkan Islam di dunia moden dan global yang penuh cabaran ini. Teruskan saja dengan agenda dan kaedah kita itu. Lama kelamaan rakyat kita keseluruhannya akan dapat memahami dan menghargai kerja2 itu, insya'Allah.
Saya dapat menghidu baunya kenapakah isu HUDUD dibangkitkan semula dalam dunia politik Malaysia sekarang ini. Sebab2nya pada tanggapan saya ialah seperti berikut:
1. Kerana ahli politik Melayu dan Islam, pada pandangan saya, sedang berlumba2 untuk mencari keuntungan politik dalam masa dan ketika negara menghampiri Pilihan Raya Umum ke 13, dan ketika masing2 parti politik sedang berusaha mengumpulkan seberapa banyak bahan dan modal untuk menarik pengundi Islam.
2. PAS telah pun berlembut dalam hal, iaitu dalam isu Hudud ini kerana masih merasa bahadinya dari DAP dengan ancaman "langkah mayat" yang tercatat dalam sejarah perjuangan politik Islam di negara kita, iaitu ketika PAS berjuang bersendirian dan DAP yang menjadi musuh ketatnya, juga berjuang bersendirian. Oleh kerana kedua-dua parti ini telah bergabung, maka kedua2nya seolah2 mengambil sikap persefahaman dalam isu ini, sekurang2nya kedua2 belah pihak ketika dalam PR dan sedang berada dalam satu pasukan untuk menghadapi pilihan raya ini, mungkin ketua2nya bersetuju untuk bertolak ansur dan berdiam diri sekejap dalam dasar "agree to disagree".
3. PAS berlembut dalam isu Hudud (walau pun ada sedikit penapian yang agak lemah dalam isu ini) dengan kebijaksanaan PKR yang membawanya masuk berpakat dalam Pakatan Rakyat, dapat duduk bersama dengan DAP, dan telah menunjukkan tanda2 yang cerah untuk PAS dan DAP bagi mendapat undi dari para pengundi berpendirian sederhana (yang dulunya mengenepikan kedua-dua parti yang dianggap ekstrem ini tanpa mengundi PAS atau DAP, sehingga dengan itu PAS atau DAP tidak pernah menunjukkan rekod yang baik dalam sebarang pilihan raya yang telah berjalan selama 11 kali).
3. Tetapi dengan tertubuhnya Pakatan Rakyat, maka PR dalam PRU 12 yang lalu, di samping kesan2 sampingan kerana kepincangan BN dan prestasi buruk para pemimpinnya, maka PR nampaknya telah dapat menggunakan PAS dan DAP membantu PR untuk membahagi2kan undi sehingga telah mencapai rekod kemenangan yang agak baik, menawan lima buah Negeri dan menambahkan bilangan kerusi yang lebeh banyak dalam Parlimen.
4. Maka dalam situasi inilah, iaitu semasa PRU ke-13 telah menjelang tiba di ambang pintu, dan dalam suasana inilah, maka UMNO telah mengambil peluang berhabis-habisan untuk mengecam dan mengkeritik PAS kerana telah berlembut dan seolah2 PAS juga telah menggugurkan agendanya tentang Hudud, sebaliknya menyerah kalah kepada DAP. UMNO dengan itu memikirkan inilah peluangnya mengambil hati rakyat beragama Islam, termasuk pengundi PAS sendiri untuk menyebelahi UMNO dalam memberikan undinya dalam PRU 13 nanti, iaitu dengan percubaannya menjadi juara pula dalam isu hudud!.
5. Namun berdasarkan kepada kebijaksanaan dan strategi UMNO serta prinsip perjuangan Islamnya yang lebeh global selama ini, saya tidak pernah terfikir akan terdapat ahli politik UMNO yang melangkah agak jauh ke hadapan sehingga mencadangkan supaya UMNO pula yang bertindak melaksanakan hukum Hudud ini seperti yang disuarakan di Johor baru2 ini.
6. Saya rasa, dan saya mungkin salah, bahawa ahli politik UMNO yang mencadangkan supaya Johor melaksanakan hukum hudud itu barangkali mengandaikan bahawa dengan melontarkan idea perlaksanaan hudud itu maka majoriti pengundi Melayu dan Islam, termasuk ahli PAS sendiri akan menyebelahi UMNO dalam Pru ke-13 nanti. Sayangnya UMNO sendiri tidak menjalankan kajian apakah orang menyokong PAS adalah semata2 kerana PAS ingin menegakkan hukum hudud, atau kerana unsur2 lain lagi. Malah apakah terdapat ramai juga para profesional Melayu yang menyertai PAS, apakah penyertaan mereka itu kerana ingin melihat PAS melaksanakan hudud, atau kerana sebab2 lain lagi?
7. Seandainya asumpsi yang difikirkan oleh politik UMNO itu benar2 begitu, maka saya fikir UMNO haruslah memikirkannya beberapa kali dengan sebaik2nya sebelaum cuba untuk menerima cadangan itu, sehinggakan UMNO pula yang akan bertindak melaksanakan hukum hudud, iaitu dengan memikirkan apakah dengan melontarkan isu perlaksanaan hudud ini maka ahli PAS akan mengundi UMNO?
8. Sebenarnya sebarang perlaksanaan hukum agama, termasuk hudud ini adalah menjadi modal dan senjata politik yang paling tajam dan popular, dan telah lama diperjuangkan oleh para ahli politik yang cuba menonjolkan diri mereka sebagai jaguh perjuangan Islam.
9. Saya tidak fikir memperjuangkan hukum hudud seperti yang dilakukan oleh PAS selama ini akan memberikan banyak "mileage" politik kepada UMNO, kerana prinsip UMNO dalam memperjuangkan kedaulatan Islam dan perlaksanaannya selama ini di negara kita adalah dalam cara dan sistemnya yang tersendiri, iaitu yang merangkumi dasar universal Islam, termasuk isu2 ibadat, fardu ain, syi'ar dan undang2 Islam yang menyeluruh. Malah perjuangan Islam pada UMNO adalah amat syumul, melibatkan ajaran Islam dan nilai2nya dalam pendidikan, ekonomi, sosial, hubungan antara agama, kebebasan beragama yang terkawal, malah dalam isu2 universal dan global seperti isu halal dalam pemakanan, perubatan, kosmatik dan sebagainya.
10. Perjuangan UMNO dalam agama juga melibatkan contoh tauladan umat Islam yang terkemuka dan menonjol dalam dunia antarabangsa dengan kemajuan teknologi tinggi, mengeluarkan kereta, memperjuangkan ilmu dan moral manusia seperti sikap wasatiyyah, mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan aman damai dan sebagainya, yang semuanya ini adalah merupakan agenda Islam yang global dan universal, merangkumi fardu ain dan fardu kifayah.
11. Maka semuanya inilah yang saya rasa perlu ditonjolkan di kalangan umat Islam di negara kita supaya rakyat benar2 dapat memahami agenda mendaulatkan Islam di negara kita, termasuk agenda good governance iaitu pemerintah yang berkualiti.
12. Agenda hudud memanglah boleh dibincangkan dan dianalisis secara ilmu dan hikmah, berdasarkan fegh al-awlawiyyat, siyasah syariah, maqasidur-syariah dan sebagainya yang lebeh banyak berdasarkan kepada hukum dan ilmu, berdasarkan iman dan ihsan, bukan berdasarkan undi dan populariti yang dipersembahkan secara emosi dan sentimen melampau, malah dalam konteks ini hudud bukan lah merupakan isu politik PAS atau UMNO, sehingga apabila PAS nampaknya agak berlembut maka UMNO seharusnya cuba untuk menjadi juaranya, kerana apabila isu ini ditonjolkan sebagai isu politik, bertujuan untuk keuntungan politik, maka perjuangan itu tidak lagi mempunyai kekuatannya sebagai satu isu agama yang universal, yang seharusnya diperjuangkan oleh keseluruhan umat Islam dengan penuh ikhlas, bukan oleh kelompok2, atau parti tertentu..
13. Membangkitkan isu hudud oleh UMNO juga sebenarnya boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, termasuk dengan parti2 komponan BN sendiri, kerana hudud yang tidak di fahami oleh masyarakat umum, dan tidak mendapat kefahaman menyeluruh oleh orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, yang tidak dikemukakan dalam wadah ilmu yang sebenarnya, apa lagi ketika mentaliti umat Islam dan bukan Islam tidak dipersiapkan dengan sebaik2nya untuk menghayati hukum Islam, maka penonjolan yang tiba2 ini hanya akan menimbulkan reaksi yang negatif serta mencipta persepsi yang salah di kalangan masyarakat.
14. Oleh itu, saya sekali lagi, merasakan bahawa isu2 agama seperti ini tidaklah seharusnya dijadikan isu politik kepartian, malah amatlah baik sekali sekiranya isu2 seperti ini dipolemikkan di kalangan para ilmuan, ahli2 agama dan para ulamak yang berilmu serta mempunyai pendirian dan sikap yang bebas, tanpa dipengaruhi oleh kefahaman politik kepartian yang sempit atau hanya ingin bersaing sesama sendiri untuk cuba menonjolkan imej "juara" dalam parti politik.
15. Pandangan ini tidak semestinya ditafsirkan sebagai pandangan yang anti atau pro hudud, kerana hukum Islam itu sememangnya tidak seharusnya bersifat pro atau anti, malah hukum agama tetaplah hukum agama yang seharusnya dipatuhi dan dilaksanakan, tetapi ajaran Islam juga mempunyai kaedah2 yang tertentu dalam melaksanakan hukum agama itu. Hal inilah yang memerlukan ilmu dan hikmah dari para pembicara dan pelaksananya, bukan hanya berbicara tanpa memahami falsafah dan ajaran yang sebenarnya, dan lebeh berbahaya lagi sekiranya kita berbicara sesuatu kerana hendak berlawan2 sesama sendiri.
Oleh itu, saya fikir UMNO tidaklah seharusnya melatah apabila seorang ahlinya membangkitkan isu hudud ini, sehingga keseluruhan parti itu akan menjadi gelabah dan berbicara secara sentimen tentang sesuatu isu yang tidak dapat difahami dengan sebenarnya.
UMNO mestilah meneruskan usahanya dengan prinsip peningkatan Islam secara menyeluruh seperti yang dilaksanakan selama ini, dan mempertingkatkan lagi agenda memperkasakan Islam itu sesuai dengan keadaan semasa, ketika kebanyakan negara Islam di dunia ini menghadapi berbagai2 kerisis dan kemelut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya yang menyebabkan hampir keseluruhan dunia Islam berada dalam keadaan ekonomi dan politik yang amat tidak setabil, yang mengakibatkan berbagai2 kemelut dalam masyarakat Islam itu sendiri.
Negara kita sebenarnya berada di atas landasan yang betul dalam menegakkan Islam di dunia moden dan global yang penuh cabaran ini. Teruskan saja dengan agenda dan kaedah kita itu. Lama kelamaan rakyat kita keseluruhannya akan dapat memahami dan menghargai kerja2 itu, insya'Allah.
Comments
Post a Comment