DEBAT CSL DAN LGE
Saya mempunyai pandangan yang berbeza dari pandangan saya yang lepas tentang debat politik di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (CSL) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) yang memasuki pusingan yang keduanya pada hari Ahad, 8 Julai 2012{Lihat Entri saya tentang hal ini sebelum ini}.
Saya mendapat gambaran yang amat negatif dari debat mereka yang pertama sehingga saya mencadangkan supaya debat itu tidak perlu diteruskan kerana beberapa sebab tertentu yang memberikan kesan tidak baik kepada rasa perkauman, sensitiviti agama dan Melayu pada umumnya dari kedua-dua mereka.
Tetapi mendengar debat kali kedua diantara mereka, sungguh pun saya masih berpendapat bahawa debat itu tidak perlu diadakan lagi, tetapi kali ini bukan kerana hujah dan pandangan serta keritikan mereka berdua yang memberi gambaran buruk kepada majoriti orang Melayu dan Islam yang sederhana serta terbuka pemikiran mereka, tetapi kerana nampaknya LGE tidak bersifat profesional dan tidak mempunyai data serta fakta yang dapat menonjolkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang berwibawa.
CSL sekurang2nya telah dapat menonjolkan dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak amat mementingkan rasa perkauman dan benar2 menggambarkan dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik kepada negara dan bangsa serta berpaksikan kepada hala tuju pimpinan negara ini yang dilihatnya secara yang amat objektif dan menguntungkan semua rakyat sejak beberapa lama lagi.
Hakikat yang sering cuba disembunyikan oleh ahli politik kaum Cina bahawa kaum Cina masih menguasai pertumbuhan ekonomi, pemilikan harta, dan pendapatan dibandingkan dengan kaum lain, telah berani didedahkan oleh CSL sebagai satu kenyataan di dalam negara ini. Malah satu hakikat yang diketahui ramai dalam negara ini iaitu kadar kemiskinan dan pengangguran yang lebeh rendah di kalangan kaum Cina dibandingkan dengan kaum lain diterangkan juga oleh CSL untuk menyatakan hakikat kedudukan kaum Cina dalam negara ini, yang sering dipersoalkan oleh rakyat yang tidak mahu mengakuinya.
Hakikat yang sering cuba disembunyikan oleh ahli politik kaum Cina bahawa kaum Cina masih menguasai pertumbuhan ekonomi, pemilikan harta, dan pendapatan dibandingkan dengan kaum lain, telah berani didedahkan oleh CSL sebagai satu kenyataan di dalam negara ini. Malah satu hakikat yang diketahui ramai dalam negara ini iaitu kadar kemiskinan dan pengangguran yang lebeh rendah di kalangan kaum Cina dibandingkan dengan kaum lain diterangkan juga oleh CSL untuk menyatakan hakikat kedudukan kaum Cina dalam negara ini, yang sering dipersoalkan oleh rakyat yang tidak mahu mengakuinya.
CSL telah membawa banyak fakta tentang hakikat pembangunan ekonomi, bidang pendidikan, hak dan tanggung jawab semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Tetapi LGE telah membawa fakta kempen pilihan raya dan retorika politik yang merupakan teori omong serta kempen pilihan raya untuk membangkitkan lagi semangat perkauman, khususnya kaum Cina, untuk meraih undi kaum Cina, yang saya rasa amat tidak releven dengan debat diantara dua pemimpin politik negara Malaysia.
LGE banyak mempersoalkan isu2 yang telah dibangkitkan selama ini oleh Pakatan Rakyat, sedangkan hal itu tidak seharusnya dikemukakan kepada CSL, kerana CSL sewajarnya hanya menumpukan kepada perjuangan MCA untuk kepentingan kaum Cina, bukan isu2 lain yang tidak seharusnya ditujukan kepada Presiden MCA itu, tetapi LGE banyak menggunakan perjuangan parti sekutunya, PKR, untuk menggambarkan perjuangan DAP, sedangkan mereka sesama mereka sering berselisih pendapat.
Benarlah seperti kenyataan CSL bahawa LGE banyak mengemukakan hujah dari persiapan "home work" nya sebelum datang berdebat, sehingga akhirnya tidak menjawab pokok persoalan yang dibangkitkan dalam pertanyaan awam, atau isu2 yang dibangkitkan olehnya (CSL).
Saya rasa selepas ini debat ini tidak perlu diteruskan, kerana debat yang sepatutnya dapat mendidik orang awam, dan memberikan banyak ilmu kepada orang ramai itu, tidak dapat dipergunakan sebaik2nya untuk mencapai tujuan yang mulia ini, sebaliknya pentas debat ini merupakan satu lagi pentas kempen pilihan raya yang agak murah, yang tidak langsung berbeza dari pentas kempen pilihan raya umum di hadapan penyokong sendiri, dan dengan itu merupakan satu polemik politik yang menghapuskan langsung tujuan unggul debat politik yang kononnya hendak kita contohi debat diantara calon2 Presiden Amerika Syarikat!
Mentaliti dan sikap ahli politik kita pada umumnya masih jauh berbeza dari ahli politik matang di negara maju, dan mereka nampaknya masih mengamalkan dasar menjatuhkan lawan "by hook or by crook" sebab itulah segala hujah dan idea merupakan hujah dan idea yang kadang2 sama saja seperti orang bersembang di kedai kopi.
Akhirnya saya bersama dengan CSL sekiranya beliau tidak mau lagi berdebat dengan LGE. Itulah pendirian yang paling baik, bukan kerana takutkan hujah LGE, tetapi bimbang dengan kempennya yang semakin serius membawa persepsi negatif rakyat kepada kesetabilan, kesejahteraan, keamanan dan kedaulatan negara.
Comments
Post a Comment