KEMANAKAH ORGAN MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA ?

Dalam Persidangan kami di Hamburg itu, kalau tak salah saya Dr Anis ketika bercakap tentang keperluan pendermaan organ untuk menghidupkan pesakit yang memerlukannya bagi menyelamatkan nyawanya, telah menerangkan bahawa Malaysia adalah termasuk dalam kategori salah sebuah negara di dunia yang paling banyak memakan mangsa kemalangan jalan raya, iaitu Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak kemalngan maut di jalan raya.

Oleh itu dalam konteks ini kita merasakan bahawa Malaysia tidak seharusnya mengalami krisis dalam mendapatkan organ manusia untuk digunakan kepada para pesakit yang memerlukannya ! kerana mangsa jalaan raya itu banyak, dan organ mereka seharusnya dapat dimanfaatkan.

Saya rasa hal ini perlu pendedahan kepada orang awam, dan perlu juga penjelasan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan organ mangsa kemalangan jalan raya yang meninggal dunia itu, kerana tidak semestinya asalkan ada kemalnagn maut di jalan raya, maka pihak berkuasa boleh terus membedah mayat itu untuk mengambil organnya, kerana hal ini tidaklah semudah itu, tetapi urusan ini memerlukan banyak prosidur bagi waris yang hidup, dokumen yang perlu ada, implikasi undang2 dan sebagainya, walau pun fatwa membenarnkan pendermaan organ untuk menyelamatkan jiwa manusia, berdasarkan ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa "Barang siapa yang menghidupkan satu nyawa, maka dia seolah2 telah menghidupkan jiwa manusia seluruhnya..sama juga bagi sesiapa yang membunuh satu nyawa tanpa hak, maka seolah2 dia telah membunuh semua jiwa manusia..."

Hal ini saya serahkan kepada pihak yang berkenaan untuk menjelaskannya kepada masyarakat kita, dan cuba membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat kita bahawa organ adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam dunia moden yang berteknologi canggih ini, dan mengapakah mangsa kemalangan maut itu tidak dapat di ambil oragannya.

Bagaimana pun satu perkara yang amat menyentuh hati nurani kita dari kenyataan Dr Anis itu, bahawa Malaysia merupakan negara "top ten" atau "top five" agaknya yang paling tinggi  mengalami kemalangan maut di jalan raya, satu hal yang amat menyedihkan. Adakah kerana kebanyakan kemalangan maut sering menimpa para penunggang motosaikal disebabkan penunggang motosikal tidak mempunyai lorong khas di jalan raya ?, tetapi apakah hal ini merupakan sebabnya yang utama, kerana ditempat yang ada lorong khas motosikal pun, mereka berlanggar  sesama mereka pula! Nak kurangkan bilangan motosikal dan menggantikannya dengan basikal seperti yang kami lihat di Hamburg ketika penunggang basikal berkeliaran di jalan raya pun tentulah mustahil juga di negara panas dan tempat kerja kebanyakan orang yang tidak mampu berkereta itu berjauhan dari rumah.

Selain dari itu bagaimana pula dengan budak2 yang menunggang motrosikal dalam keadaan berlumba di jalan raya, sesetengahnya meniarap di atas motosikal yang dipandu laju seperti superman mengejar musuhnya, mencelah sana sini di antara kereta Merz dan BMW, atau Porce dan kancil tu? Macam mana pula dengan mereka ini? Mungkin pihak berkuasa terpaksa membina banyak litar F1 untuk mereka pergi berlumba siang malam di situ?

Orang yang memandu kereta pun terlibat juga dalam kemalangan maut ini. Malah yang paling menyedihkan ialah pemandu bas dan lori, mereka tak kira had laju lagi, apa lagi pada zaman teknologi tinggi ini, bas dan lori dilengkapi dengan enjen turbo dan kuasa kuda yang kuat, lalu tekan minyak sajalah siang malam, tak kira orang dalam bas itu kecut perut atau hampir pengsan takut berlaku kemalangan!

Oleh itu congak punya congak, nampaknya "orang" atau makhluk yang bernama "manusia" itulah yang banyak menyebabkan kemalangan jalan raya. Masing2 berlumba nak cepat, kita nak potong dia, lagi kuat dia tekan minyak, kita dah laju pun dia celah masuk depan kita macam nak kejar nyawanya, panjang macam mana pun barisan orang menunggu untuk jalan kehadapan di jalan sempit, tiba2 dua tiga kereta lain muncul di tepi kita, masuk celah dengan lajunya, tanpa berhati perut sikit pun, potong garisan "double line" pula tu! Sebab itulah orang Malaysia ini kebanyakannya dikatakan menjelma menjadi gorela atau monster ketika duduk saja di depan steering keretanya, walau pun sebelaum tu dia kelihatan macam malaikat, pijak semut pun tak mati!

Kalau bas ikut belakang, cepat2lah bagi jalan, kerana kalau kita perlahan, dia akan mendekati belakang kita sepeerti hendak menyodok dan  menolak kereta kita supaya jalan laju lagi, dan akan berkilaulah kelipan lampu besarnya di belakang kita, lip lap lip lap suruh kita ke tepi pada hal kita dah laju dan tenguk meter kita  telah lari selaju 120 km sejam, dah pun melanggar undang2 jalan raya! Apakah meter kita rosak ke?

Di jalan raya tiga lorong yang dibina untuk kemudahan para pemndu pun orang tak tau guna. Kalau tak berjalan di lorong kanan, semua orang duduk di lorong tengah. Lorong kiri kelihatan lengang seperti jalan kampung atau lorong batas bendang, siapa pun tak mau masuk. Duduk lorong tengah tulah, sampai ada orang yang frust, apa lagi terus potong sebelah kira dengan lajunya, dan jika kebetulan di lorong kiri didepannya ada kereta lain teersengguk2 berjalan, lalu dia terpaksa tekan minyak nak masuk celah lorong panjang di tengah, silap2 hari bulan, akan berlanggarlah.

Oleh itu tak usahlah susah2 Dr Anis, atau Dato Dr Zaki Morad, atau Dr. Datin Laila di hospital, tak payahlah sebut macam mana nak kurangkan kemalangan jalan raya, kerana selagi sikap pemandu yang tak senonoh itu tidak diperbaiki, maka makin banyaklah kemalangan maut akan berlaku.

Oleh itu saya rasa pandangan kita di Jerman itu yang seharusnya kita semua sepakat, iaitu macam manakah agaknya supaya para mangsa kemalangan maut dijalan raya itu dapat kita  ambil organnya, supaya penuh bank oragan kita, dan orang2 yang memerlukan buah pinggang umpamanya, tak payah lah pergi ke Cina atau India dengan perbelanjaan puluhan ribu kerana nak beli buah pinggang.

Mungkinkah boleh kita minta JAKIM atau IKIM yang menyertai persidangan Jerman itu supaya mereka tolong  kempen kerana Allah bagi membuka jalan bagaimanakah dapat kita manfaatkan organ mangsa jalan raya itu, walau pun sebenarnya kita bukan hendak sangat kemalangan maut itu berlaku, tetapi apabila telah berlaku, bagaimanakah organnya itu dapat dimanfaatkan, kerana tuan tubuhnya memanglah telah mati, tetapi organnya yang didermakan itu berada dalam badan yang masih hidup, masih bernyawa, maka diharapkan oragan itu terus hidup dan bertasbih untuk tuannya yang telah kembali kepada Allah.

IKIM, JAKIM dan badan2 lain boleh kah  tolong para doktor kita yang bertungkus lumus, kadang2 tak tidur malam kerana nak menolong orang yang memerlukan organ itu, sedangkan organnya tak ada.


Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....