HARI KEENAM PUASA


Kita di Malaysia, hari ini memanglah hari keenam berpuasa bagi seluruh negara. Tetapi bagi umat Islam seluruh dunia, ada yang berpuasa hari ini sebagai hari keenam, ada yang berpuasa ketujuh dan ada pula yang berpuasa sebagai hari kelima, bergantung kepada bilakah mereka mula bepuasa. Malah di negara jiran kita, negara yang mempunyai penduduk Islam yang paling ramai sekali di dalam dunia ini iaitu Indonesia, kabarnya terdapat dua kumpulan sekurang2nya yang mula berpuasa pada tarikh yang berbeza, iaitu ada yang mengikut keputusan Kerajaan dan ada yang mengikut fatwa persatuan ulamak mereka sendiri. Satu kumpulan di Indonesia berpuasa awal sehari dari satu kumpulan lain yang berpuasa esoknya sebagai hari pertama berpuasa, jadi nampaknya mereka akan menyambut hari raya pun mungkin pada hari2 yang berbeza.

Diantara negara2 Arab pun begitu juga, dan mengikut pengalaman saya, di Barat pun seperti di negara Inggeris pun umat Islam mula berpuasa pada hari yang berbeaza2, iaitu mengikut pandangan masing2, kadang2 mengikut negara asal mereka, mereka tenguk bilakah negara asal mereka berpuasa, maka mereka akan menurutnya, atau ada juga yang nak mengikut sesebuah negara yang tertentu, umpamanya Saudi Arabia, bilakah Suudi mula berpuasa, maka mereka akan mengikutnya walau pun mereka bukan rakyat Saudi.

Saya rasa hal ini telah lama menjadi topik perbincangan, dan didebatkan begitu lama, malah dirasakan amat mengelirukan, tetapi selama itulah juga isu ini tidak dapat diselesaikan. Masing2 pihak mempunyai hujah dan dalil untuk menyokong pendapat mereka. Kalau keadaan ini berterusan begini, maka saya rasa mungkin sampai hari kiamat pun keadaan ini akan berterusan begini. 

Tetapi sekiranya terdapat kaedah yang tertentu untuk menetapkan awal puasa Ramadan, maka saya fikir hal ini mungkin tidak dapat menyelesaikan keadaan ini, yang bererti bahawa permulaan puasa sememangnya tidak mungkin bermula pada hari yang sama bagi seluruh dunia disebabkan perbezaan waktu. Saudi Arabia umpamanya berbeza waktu dari negara kita selama 5 jam, iaitu mereka lambat 5 jam dari jam kita. Di sesetengah tempat di Amerika Syarikat, perbezaan waktu ialah 24 jam, kita pukul lapan pagi, meereka lapan malam.

Oleh itu saya rasa keputusan sepakat diantara negara2 Asean melalui MABIM bagi menentukan awal Ramadan dengan kaedah rukyah dan hisab, sekurang2nya dapat sedikit menyelesaikan masalah antara negara2 di rantau ini. 

Pada masa yang lalu, orang Islam yang duduk di Patani umpamanya berpuasa lebeh dulu dari umat Islam di Malaysia. Bila mereka berpuasa lebeh dulu sehari, orang Islam di Malaysia bolehlah puasa kurang sehari, iaitu sekiranya umat Islam Thailand beraya sehari lebeh awal dari kita, maka umat Islam di Malaysia yang pergi kesana, mungkin turut raya sama.

Bagaimana pun saya tidak pasti benar atau tidak, kabarnya negara Brunei Darussalam sejak beberapa tahun ini telah mengambil keputusan berasingan, iaitu permulaan puasa di sana ditetapkan dengan rukyah sahaja, dan hal ini memungkinkan berlakunya perbezaan pemulaan puasa diantara negara kita dan Brunei. 

Menyedaari akan hal itu, maka saya rasa semua umat Islam di Malaysia merasa lega juga kerana kita bersatu dalam memulakan pegang puasa (istilah orang utara bagi hari pertama puasa_: pegang puasa!) dan yang kita lebeh bersyukur lagi sungguh pun parti2 politik Melayu berpecah dan sentiasa mempolitikkan banyak perkara, dan parti2 politik Melayu itu berada dalam dua pihak BN dan PR, tetapi dalam isu permulaan puasa ini mereka bersatu, solid, tanpa khilaf. Kalau ditakdirkan mereka berpolitik sama seperti mempolitikkan isu air di Selangor umpamanya, beratlah kita. Orang Kedah, Kelantan, Selangor, dan  Pulau Pinang mungkin akan mula puasa berbeza dari negei2 lain seperti Perak, Trengganu, Johor, Malaka, Pahang, Perlis, Sabah dan Sarawak, atau ada pula oang Islam yang tak mau ikut kedua puak yang bertelagah ini, mereka akan buat keputusan sendiri (!) dan akan mula puasa berbeza lagi, jadi kita ada tiga puak yang mempunyai fatwa sendiri. Kalau jadi macam tu, orang macam saya tak pe kerana hari raya saya balik Kedah atau Pulau Pinang atau Kelantan, tiga buah negeri ini sekurang2nya akan raya sama hari, tetapi mungkin susahlah sikit kalau saya nak pergi raya rumah keluarga saya di Perak, atau Johor, apa nak buat?

Tetapi saya tidak fikir umat Islam di Malaysia sampai begitu dangkal sikapnya,  taksub atau sentimen sekali, kalau dah jadi begitu alamatnya kita pun akan jadi umat yang rendah akal fikirannya, dan terlalu beku pandangannya, maka kita berbanggalah kerana umat Islam di Malaysia nampaknya amat tamadun, berhikmah dan berilmu, serta berakal budi, dalam hal lain mereka berpolitik habis, tetapi dalam isu mula puasa dan bila nak raya, mereka belum lagi berkelahi...alhamdulillah.

Cuma mungkin kita nak bertanya juga, kalau sampai Hari Raya ini isu air di Selangor tak selesai, macam mana kita nak mandi sunat hari raya, takut tangki semua kering, bagaimana?? Bulan puasa ni cepat berlalu. Pejam celik, pejam celik, tiba2 datanglah Hari Raya...! Kalau tangki kering, siapa yang salah?

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....