HARI JUMAAT - MARI DEMONSTRASI !
Nampaknya telah menjadi amalan dalam masyarakat Islam seluruh dunia bahawa demonstrasi akan dilakukan pada hari Jumaat. Selepas menunaikan sembahyang Jumaat, maka jemaah ramai-ramai akan keluar ke jalan raya, tanah lapang, atau ke bangunan "musuh" yang tertentu, untuk mengibarkan sepandok, berpekik melolong, atau berucap dengan penuh semangat dan emosi, untuk sesuatu tujuan yang tertentu. Hal ini telah lama bermula, dan semakin marak serta berleluasa ketika negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, iaitu rata-ratanya negara Islam, mulai menjadikan waktu lepas Jumaat ini sebagai waktu untuk keluar beramai-ramai bagi menunjukkan kemarahan, bantahan dan sebaginya kepada sasaran yang tertentu, mulai dari Tunisia, Mesir membawa kepada Yaman, Syria, Bahrain, Moroko dan lain-lain lagi.
Ibadat solat jumaat diikuti dengan pekikan Allah Akbar, dan kadang-kadang, di ikuti dengan tembak menembak antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan, lalu berlakulah kematian, kecederaan dan sebagainya. Semalam Syria menyaksikan kematian orang awam dan tentera, Libya juga mengalami kematian kedua belah pihak, Yaman dan lain-lain, bermandi darah, cedera dan patah, kanak-kanak dan orang dewasa, tua dan lelaki perempuan.
Kadang-kadang saya bertanya apakah selepas kita berada dalam masjid menunaikan solat Jumaat, mendengar khutbah yang menyeru kepada persaudaraan antara orang Islam, bertaqwa kepada Allah SWT, berpegang teguh kepada "tali" Allah, dan jangan mati kecuali dalam Islam , apakah harus selepas semuanya itu kita akan keluar bergaduh, berperang, berbunuh dan berlaku ganas? Mungkin orang Islam dapat memahami kes yang diperjuangkan, walau pun ada kalanya kita tidak dapat mengatakan bahawa kes yang diperjuangkan itu harus membawa kepada berbunuhan seperti berperang sabil. Bagi orang bukan Islam, terutamanya yang sering mencari permusuhan dengan orang Islam, dan mencari kelemahan kita, maka mereka akan mengambil hal ini sebagai modal dan senjata mereka untuk menyerang Islam itu kembali sebagai agama kekacauan dan permusuhan.
Tidak tahu sebenarnya kita bagaimanakah segala permusuhan dan pertentangan diantara orang Islam itu dapat diselesaikan secara aman, perundingan, dialog dan seribu satu cara lagi, termasuk SYURA yang sering di slogankan sebagai cara Islam?? Dalam hal ini sepatutnya ulamak akan dapat memainkan peranannya, mufti harus aktif, dan kalau di negara kita Raja-Raja dapat menegur (Tetapi di negara kita tidak ada lah peperangan yang menyebabkan kematian (?) selepas Jumaat, syukur kepada Allah. Tapi tak taulah pada masa akan datang ..!) Saya rasa sebelum apa-apa terjadi di negara kita juga, maka umarak dan ulamak haruslah bersatu, atau berhubungan rapat, untuk mencari formula yang terbaik agar segala perselisihan dan pertentangan dapat di selesaikan secara yang lebeh bertamadun, bukan dengan menggunakan undang-undang rimba yang tidak di izinkan oleh agama kita.
Kita sering menemui jalan buntu ketika berbicara tentang penyatuan parti politik Melayu-Islam, oleh itu berhentikan bercakap tentang hal itu. Berbicaralah pula tentang menyatukan ulamak dan umarak yang tidak ada kepentingan politik, yang tidak taksub dan bermusuh, kita cari jalan damai, dan kalau dapat kita menjadi contoh terbaik kepada orang lain, Pak Arab, atau Pakistan, Nigeria dan lain2, bagaimana mencari jalan damai, jalan Islam.

Comments
Post a Comment