KITA PERLU MASA BERTENANG.....

DALAM KEADAAN KETIKA PERASAAN PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN AMAT KENCANG DIBANGKITKAN SEKARANG INI OLEH BEBERAPA PIHAK YANG TERTENTU, MAKA SAYA RASA SEMUA RAKYAT HARUSLAH BERTENANG DAN BERHIKMAH, BERPANDANGAN JAUH, DAN YANG PENTINGNYA BERHATI-HATI MENERIMA BERITA DAN SEBARANG MAKLUMAT YANG MERUPAKAN PROVOKASI UNTUK MEMBANGKITKAN PERASAAN PERKAUMAN ATAU KEAGAMAAN.

SATU DUA BLOG YANG MEMBAWA BERITA, TIDAK SEMESTINYA DIBERIKAN REAKSI YANG MENDAHULUI FAKTA DAN KENYATAAN YANG MUNGKIN BERLAKU DI SEBALIKNYA. REAKSI YANG DIBERIKAN ADA KALANYA MENAMBAHKAN LAGI KEKOSOTAN SUASANA POLITIK NEGARA KITA, TERUTAMANYA DARI SUDUT MEMBANGKITKAN SENSITIVITI PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN MASYARAKAT KITA.

ISU TENTANG "MENJADIKAN KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA" BARU-BARU INI UMPAMANYA, HARUSLAH DISIAST KENYATAANNYA TERLEBEH DAHULU DAN DIPERIKSA AKAR UMBI KEBENARANNYA SECARA TELITI, SEBELUM DISENSASIKAN ISU ITU SEHINGGA BOLEH MENIMBULKAN KERESAHAN DALAM MASYARAKAT KITA, TERUTAMANYA APABILA PIHAK POLIS SENDIRI TELAH PUN MEMBERI KENYATAAN UNTUK MENGAMBIL PERHATIAN BERAT TENTANG PERKARA INI DAN AKAN MENYIASATNYA.

BAGAIMANA PUN, DI SAMPING ITU, SAYA TIDAK BERMAKSUD SUPAYA GERAKAN-GERAKAN YANG MERBAHAYA SEPERTI INI SEHARUSNYA DIPANDANG RINGAN DAN ENTENG, KERANA AKHIR-AKHIR INI NAMPAKNYA TERDAPAT GERAKAN-GERAKAN KEAGAMAAN YANG CUBA MENCABAR PERLEMBAGAAN DAN KEDUDUKAN AGAMA RASMI SERTA KEDAULATAN RAJA-RAJA.

TETAPI MAKSUD SAYA SEKIRANYA HAL INI TIMBUL DI ATAS PERMUKAAN BERITA, MAKA PENYIASATAN HARUSLAH DILAKUKAN OLEH PIHAK YANG BERKENAAN DAN REAKSI OLEH AWAM TIDAKLAH MERUPAKAN REAKSI PROVOKASI SEBELUM HAKIKAT YANG SEBENARNYA DI KETAHUI.


BUKAN SEMUA ISU SEHARUSNYA DI RAWAT SECARA EMOSI DAN SENTIMEN MELULU. TETAPI BUKAN PULA SEMUA ISU ITU BOLEH DIBANGKITKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU DALAM BENTUK MENCABAR, TERUTAMANYA TERHADAP SEGALA SESUATU YANG TELAH DIBERIKAN PERLINDUNGAN YANG JELAS OLEH PERLEMBAGAAN NEGARA, RUKUN NEGARA DAN KEDUDUKAN SERTA HAK KEDAULATAN RAJA-RAJA.

PENDEKNYA DALAM SUASANA YANG TEGANG DAN MEMBARA DENGAN API PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN, MAKA SEMUA PIHAK HARUSLAH BERHATI-HATI, DAN MENYEDARI BAHAWA KITA SEMUA BERADA DI BUMI YANG MEMPUNYAI PERATURAN, PUNYA PERLEMBAGAAN, SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.










Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....