PELAMPAU AGAMA ? AMBILLAH IKTIBAR
KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG YANG MENDAPATI MP JELUTONG, JEFF OOI, BERSALAH KERANA MEMANGGIL SEORANG BEKAS AHLI PKR, MOHD. RAZALI ABDULLAH, SEBAGAI "ORANG GILA" DAN "PELAMPAU AGAMA" SEHARUSNYA MENJADI IKTIBAR DAN PELAJARAN YANG AMAT BERGUNA UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA.
MUNGKIN GELARAN "ORANG GILA" TIDAK SEHEBAT TUDUHAN "PELAMPAU AGAMA" YANG TELAH DIUCAPKAN OLEH YB MP ITU, KERANA MENUDUH ORANG LAIN SEBAGAI "GILA" MERUPAKAN CACIAN DAN MAKI HAMUN BIASA YANG HANYA MELANGGAR ADAB SOPAN DAN NILAI MORALORANG YANG MENUDUH DAN ORANG YANG DITUDUH ATAS SIFAT PERIBADI MEREKA,DAN PENYAKIT "GILA" MERUPAKAN PENYAKIT YANG BOLEH DIHIDAPI OLEH SESIAPA SAHAJA,TANPA MEMILIH BANGSA, BUDAYA DAN ADAT SESEORANG MANUSIA ITU DAN HANYA MERUPAKAN CACIAN PERIBADI KEPADA ORANG ITU.
TETAPI MENGATAKAN SEORANG ITU "PELAMPAU" ATAU ""EKSTREMIS AGAMA" MAKA HAL INI ADALAH MENYENTUH KESELURUHAN ORANG LAIN YANG SAMA AGAMANYA DENGAN ORANG YANG DITUDUH ITU, DAN BOLEH MENGAKIBATKAN MALA PETAKA YANG BESAR SEKIRANYA MASYARAKAT SEAGAMA ITU TIDAK SABAR ATAU BERTIDAK MENGIKUT EMOSI.
HAL INILAH YANG SERING BERLAKU DI NEGARA LAIN, IAITU KETIKA BERLAKU PERTEMPURAN YANG KADANG-KADANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PERTUMPAHAN DARAH KERANA KENYATAAN SENSITIF DAN AMAT MENYENTUH KEPERCAYAAN ORANG LAIN SEPERTI INI.
KITA DI NEGARA INI TELAH BIASA SANGAT MENGHAYATI SEMANGAT MUHIBBAH DAN BERSIKAP LEMBUT TERHADAP PERKARA-PERKARA SEPERTI INI. KITA DI SINI SUDAH TERDIDIK DENGAN SIFAT BERADAB SOPAN, BERTOLAK ANSUR DAN SERING BERSANGKA BAIK SESAMA KITA, DAN SALAH SATU DORONGAN YANG MENYEBABKAN KITA BERKELAKUAN DEMIKIAN IALAH KERANA KESAN AJARAN DAN AKHLAK ISLAM ITU SENDIRI, BAGI ORANG YANG BERAGAMA ISLAM. MALAH SEBAGAI ORANG MELAYU JUGA, KITA SEBENARNYA TELAH DIASUH SEJAK KECIL LAGI SUPAYA TIDAK BERMUSUHAN DAN BERKELAKUAN KASAR DENGAN ORANG LAIN. INILAH FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM PEMBANGUNAN BANGSA KITA SEJAK SEKIAN LAMA.
RAMAI ORANG MENGETAHUI, BAHAWA MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA KITA INI ADALAH BERBEZA DARI SESETENGAH MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA ISLAM ATAU NEGARA BUKAN ISLAM YANG LAIN. KITA BERSIKAP POSITIF DAN BERHIKMAH KETIKA ORANG LAIN BERSIKAP GANAS, KITA BERLEMBUT KETIKA ORANG LAIN MELAKUKAN KEKASARAN, KITA MAAF MEMAAFKAN KETIKA ORANG LAIN LEBEH SUKA MENGAMBIL SIKAP BERDENDAM.
ISLAMIC RESURGENT ATAU ISLAMIC REVIVALISME (SEMANGAT KEBANGKITAN ISLAM) PADA ORANG ISLAM DI NEGARA INI BUKAN BERERTI BERSIKAP KONFRANTASI DENGAN ORANG BUKAN ISLAM, BUKAN BERARTI BANGUN BEJIHAD SECARA TIDAK BERTAMADUN MEMERANGI ORANG LAIN SEPERTI YANG DITAFSIRKAN OLEH SEGELINTIR ORANG ISLAM DI TEMPAT LAIN, YANG KITA SENDIRI PUN TIDAK MEMPERTAHANKAN PERBUATAN GANAS MEREKA ITU.
HAL INI TIDAK PERNAH TIMBUL DI NEGARA KITA, GERAKAN PELAMPAU ISLAM TIDAK TIMBUL DI KALANGAN MASYARAKAT KITA. MALAH SEKIRANYA TIMBUL GERAKAN PELAMPAU AGAMA ITU, SEPERTI YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH SEGELINTIR INDIVIDU DI DALAM KUMPULAN YANG MENGGELARKAN DIRI MEREKA SEBAGAI "AL-MAUNAH" SATU KETIKA DULU, UMAT ISLAM DI MALAYSIA TIDAK BERSAMA MEREKA, MALAH KERAJAAN TELAH BERTINDAK SEGERA MENGHAPUSKAN MEREKA.
KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA ADALAH KEBANGKITAN YANG POSITIF, BERILMU DAN BERHIKMAH, BERERTI PENGHAYATAN ISLAM YANG MENYELURUH, TANPA MENYENTUH HAK ORANG LAIN, AGAMA LAIN, DAN TANPA MELIHAT SEMANGAT KEMBALI KEPADA ISLAM INI DARI SUDUT YANG NEGATIF.
INILAH SEBENARNYA KEBANGKITAN DAN PENGHAYATAN ISLAM DI NEGARA KITA, KITA TIDAK MELATIH GORELA UNTUK MEMBUNUH ORANG LAIN, TIDAK MENANAMKAN RASA BENCI ATAU SEMANGAT ANTI AGAMA LAIN DAN KAUM LAIN MALAH KITA TIDAK MENGAMBIL JALAN GANAS UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK DAN KES KITA, TETAPI SEMUANYA ITU DILAKUKAN DALAM KERANGKA AJARAN AGAMA ISLAM YANG MENUNTUT UMATNYA SENTIASA BERTANGGUNG JAWAB DAN MENURUT TATA SUSILA NILAI-NILAI AKHLAK ISLAM ITU SENDIRI.
INILAH HAKIKATNYA SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NEGARA KITA, SEBAB ITULAH SAYA RASAKAN BAHAWA SEGALA KENYATAAN, TUDUHAN DAN SEBAGAINYA BAGI KITA RAKYAT MALAYSIA INI, TIDAKLAH SEHARUSNYA MERUPAKAN TUDUHAN TERHADAP AGAMA, SAMA ADA AGAMA ISLAM, KRISTIAN, HINDU, BUDHA DAN SEBAGAINYA, ATAU CACIAN KE ATAS PERIBADI SESEORANG ITU YANG DIKAITKAN DENGAN AGAMANYA, SEPERTI YANG DILAKUKAN DI DALAM DUNIA PADA HARI INI YANG SERING MENUDING JARI KEPADA ISLAM KETIKA BERLAKUNYA SESUATU YANG BURUK, YANG SEBENARNYA DILAKUKAN OLEH ORANG YANG MENAMAKAN DIRI MEREKA ISLAM, SEDANGKAN ISLAM SENDIRI TIDAK MERESTUI PERBUATAN MEREKA YANG TIDAK BERPERI KEMANUSAAIN ITU.
KITA HARUS TAHU MEMBEZAKAN DIANTARA TINDAKAN PERIBADI, DAN TINDAKAN YANG DILAKUKAN ATAS NAMA AGAMA SESEORANG ITU, KERANA DI DALAM DUNIA INI MEMANG BANYAK TERDAPAT ORANG YANG ROSAK MORALNYA, YANG SENTIASA MENGGANAS DAN SEBAGAINYA, DAN ORANG-ORANG ITU ADALAH TERDIRI DARI BERBAGAI-BAGAI AGAMA, BUKAN ORANG ISLAM SAHAJA.
HARAP KEPUTUSAN MAHKAMAH ITU DAPAT MENJADI IKTIBAR YANG BAIK KEPADA KITA DALAM NEGARA BERBILANG ETNIK DAN BERBILANG AGAMA INI, SUPAYA KITA SEMUA AKAN TERUS BERADA DALAM TANAH AIR YANG AMAN DAMAI INI. JAGALAH LIDAH KERANA LIDAH ITU TIDAK BERTULANG, JAGALAH MULUT, PEPATAH MENGATAKAN "SEBAB MULUT BADAN BINASA".

Comments
Post a Comment