Barat vs Timur, Kristian vs Islam ??
Manusia menjadi semakin ganas dan buas dalam era yang sepatutnya manusia menjadi semakin bertamadun. Di mana-mana saja dalam dunia ini kita dapat membaca dan melihat di kaca tv, manusia bertindak di luar peri kemanusiaan, membunuh, mengamuk, menggunakan roket, meriam, parang, dan membunuh dengan bom yang diikat pada diri sendiri, kemudian meletupkannya di tengah-tengah orang ramai, membunuh dirinya dan orang lain di sekelilingnya yang tidak diketahui siapakah mereka.
Diantara dunia manusia yang bertindak ganas itu, nampaknya dunia Arab dan Islam menjadi juaranya. Hari ini kita melihat di Libya, Syria dan Yemen, bunuh membunuh sesama sendiri menjadi "ibadat" harian. Mesir dan Tunisia menyaksikan pembunuhan yang kecil, kerana ketua negara kedua-dua buah negara itu segera mengundurkan diri, lalu pertumpahan darah dapat di minimumkan.
Tetapi Libya mempunyai ketua negara yang keras, degil dan pejuang yang tak tahu kalah, lalu berlakulah pertempuran antara kedua belah pihak, rakyat yang menentang dan askar kerajaan atau askar upahan di sebelah pihak, para pemberontak dan, sekarang ini, Nato yang mewakili dunia Eropah dan U.S. berjuang bersama pemberontak.
Syria dan Yemen menyaksikan kedegilan Gadhafi dan kekuatannya yang berjaya bertahan sekian lama, maka kedua-dua buah negara itu pun mahu melakukan seperti Libya, lalu berlangsunglah pertempuran bersenjata, peperangan sesama saudara sebangsa dan seagama, yang menyaksikan pertumpuhan darah yang banyak dan penderitaan rakyat yang tidak berdosa begitu meruncing sekali.
Inilah secara kasaarnya senario dunia Islam itu. Hal ini tidak termasuk lagi Pakistan, yang terlalu galak dengan pengebom berani mati. Sehari dua ini, untuk mengutuk pembunuhan Bin Laden, dan mengecam Kerajaan yang "membenarkan" U.S "mencabuli" bumi Pakistan kerana menjejaki Osama bin Ladin, maka rakyat ekstremnya juga bertindak membunuh, menumpahkan darah, dan yang menjadi mangsanya termasuklah kanak-kanak dan wanita serta warga emas sama sebangsa dan seagama.
Di Mesir selepas permberontakan yang berjaya menjatuhkan ketua negara, berlaku tragedi lain, iaitu pertembungan Kristian dan Islam, berakhir dengan pembakaran dan pembunuhan lagi.
Agak hairan kita sebagai orang Islam, apakah Islam membenarkan pembunuhan sebagai jalan untuk mencapai tujuan dan matlamat yang tertentu? Apakah Islam perlu menunjukkan contoh buruk dan keji ini kepada dunia tamadun lainnya sehingga dunia tamadun itu terpaksa "masuk campur" untuk menyelesaikan masalah orang Islam?
Kalau di ibaratkan Barat, iaitu Eropah dan Amerika Syarikat membawa mesej agama Kristian, dan Arab serta negara Islam lain membawa panji-panji Islam, maka ternyatalah bahawa sekarang ini Kristian sedang menjajahi dunia Islam untuk mencari "keamanan" bagi umat Islam itu.
Dunia dapat mengambil kesimpulan, malah mungkin pemberontak di Libya terutamanya, akan melihat bahawa Barat dan Keristian itulah yang menjadi "hero" dan wiranya sebagai "penyelamat" dari kezaliman ketua negara atau rakyat Islam yang "zalim" dan "kejam".
Pelarian Tunisia, Mesir, Libya dan negara Islam lain itu pun, kemana mereka melarikan diri dari "api neraka" dan kekejaman yang berlaku di negara mereka sekarang? Ke Eropah, yang sempat sampai di tolong dan di selamatkan, yang terkandas, tenggelam serta terkorban di telah ombak laut yang mengganas sama seperti berada di negara sendiri juga.
Manakah "Islam" ? Di manakah letaknya slogan dan pekikan yang selalu dijerit-jeritkan di dunia Islam tentang keadilan, kesejahteraan dan kebahgiaan dunia akhirat? Retorika dan tinggal slogan saja??
Manakah slogan dan retorika kita tentasng Barat yang seolah-olah semuanya buruk dan tidak bermoral? Siapakah yang sedang mencari keamanan untuk orang Islam di negara umat Islam itu sendiri? Siapakah yang sedang berusaha memberhentikan pembunuhan manusia yang tidak berdosa di bumi Islam itu sendiri? Barat kan? (Meski pun bagi orang yang celek dan mempunyai visi, Barat mempunyai agenda sendiri) tetapi siapakah yang sedang berusaha untuk mencari keamanan dan memberhentikan penyembelihan manusia sesama Islam di bumi "para anbiyak" itu?
Generasi yang tidak banyak bicara, yang mengambil pendirian pragmatik dan kenyataan yang dapat di lihat di depan mata kasar, akan segera melihat bahawa dunia tamadun, dunia yang cintakan perdamaian dan kesejahteraan manusia ialah dunia Barat, Eropah dan Aamerika Syarikat yang sering "dikutuk" itu. Disebalik orang Barat itu agama mereka ialah agama Kristian. Dunia kacau bilau, kerisis dan bermandi darah ialah dunia Islam, dan disebaliknya ialah dunia yang beragama Islam.
Akhirnya orang milihat pertembungan dan kerisis ini bukan dari kaca mata yang satu, malah termasuk dari ketinggian agama ke atas agama yang lain, Islam dan Kristian.
Umat Islam dan Kerajaan Islam sering ditentang sesama sendiri. Pentadbirannya lemah, tidak ada musyawarah dan dialog seperti yang diperintahkan oleh al-Quran, tidak bertolak ansur, emosional, sentimen melulu, biar bergaduh sesama sendiri, baik bersengkongkol dengan musuh untuk kepentingan tertentu.
Inilah yang berlaku di dunia Islam, di Asia Barat dan Afrika Utara. Tidak sebut lagi apa yang berlaku di Sudan, Somalia, Nigeria dan lain-lain. Tidak termasuk lagi umat Islam yang sering dibunuh seperti perbuatan membunuh lipas dan semut, iaitu yang nyawa mereka sebagai manusia, lebeh hina dan lebeh murah dari nyawa haiwan melata, seperti yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat.
Kalau kita di negara kecil yang bernama Malaysia ini masih tidak celek mata melihat contoh buruk di negara seagama kita itu, alamatnya kita pun tidak bermata dan tidak berhati nurani yang murni. Kita pun mungkin akan menghadapi cerita yang sama, contoh yang serupa.
Nampaknya negara kecil kita inilah satu-satunya negara Islam yang tinggal, masih dapat mempertahankan integreti dan maruah sebagai negara yang membangun dan sedang menuju matlamatnya untuk menjadi negara maju. Negara lain yang sebangsa dan satu etnik itu pun nampaknya berlaku kekacauan dan pembunuhan, tetapi negara kita yang berbilang kaum ini masih dapat mengawal emosi dan perasaan, "menerima" perbezaan dan kelainan.
Kita haruslah berjaga-jaga dari segala cabaran murahan itu. Fikir dengan rasional, lihat masa depan yang jauh, jangan rakus dan mengikut nafsu "ammarah" jangan mengikut emosi dan sentimen melulu. Kita orang Timur yang berperadaban kan? Orang Islam yang mempunyai "complete way of life" agama yang "syumul" kan??
Ambillah pelajaran dan contoh kejatuhan dan kelemahan orang lain untuk membangunkan diri kita sendiri menjadi kuat dan bertamadun!

Comments
Post a Comment