PEMANDU WANITA !!

KALAU DI MALAYSIA, SEORANG AHLI PARLIMEN, YB BUNG MOKHTAR, KALAU TAK SILAP SAYA, MENEGUR PEMANDU WANITA NEGARA KITA SEBAGAI PEMANDU YANG TAK SELAMAT, CERITANYA BERLAINAN DI ARAB SAUDI. DI SANA WANITA HARAM MEMANDU. WANITA TIDAK DIBENARKAN MEMANDU KERETA.

SEBAB ITU, KELUARGA HARUSLAH MEMPUNYAI ANAK LELAKI, ABANG, ADIK LELAKI, DAN SUAMI TENTUNYA, UNTUK MEMANDU KERETA, MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH, ISTERI KE PASAR RAYA, ORANG SAKIT KE HOSPITAL, DAN KEMANA-MANA SAJA, MESTILAH ADA ORANG LELAKI YANG MEMANDU.

SELAIN DARI ITU WANITA YANG BERKEPERLUAN KELUAR RUMAH DENGAN KERETA, HARUSLAH MENAIKI TEKSI. BAS DI KEBANYAKAN TEMPAT, TAK ADA BAS KHUSUS BAGI PENUMPANG WANITA, HANYA MENGAMBIL PENUMPANG LELAKI, ITU PUN BASNYA MASA'ALLAH, UZUR, KECIL, KOTOR DAN SEBAGAINYA.

ORANG KAYA AMBIL PEMANDU LELAKI, GAJI ORANG PILIFINO, BANGLA, INDIA, PAKISTAN, INDONESIA ATAU ORANG AFRIKA JADI PEMANDU, TERMASUK MEMBAWA ANAK ISTERI TUAN RUMAH.

KELMARIN, 22 MEI 2011, SEORANG WANITA SAUDI BERNAMA MANAL AL-SHERIF, NEKAD MEMANDU KERETA DI SAUDI, AMBIL GAMBAR UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM FACEBOOK DAN U TIUB. DIA DI TANGKAP KERANA MELANGGAR UNDANG-UNDANG, TETAPI DIA MEMANDU KERANA PROTES PERATURAN NEGARANYA, LALU DIA MENDAPAT RIBUAN PENYOKONG MELALUI FACE BOOKNYA, DAN MEREKA MERANCANG AKAN MENGADAKAN TUNJUK PERASAAN PADA 17 jUN INI SUPAYA WANITA DIBENARKAN MEMANDU KERETA.

MANAL MEMBERI ALASAN YANG BANYAK, DIANTARANYA KALAU PEMANDU KENA SAKIT JANTUNG, ATAU KETIKA ADA KECEMASAN LAIN SEDANGKAN TAK ADA ORANG LELAKI, SIAPA YANG HENDAK MEMANDU ?

MEMANG SEBENARNYA ISU INI TELAH LAMA JUGA DIBANGKITKAN DI ARAB SAUDI. WANITA-WANITA BERTANYA JUGA, KALAU MEREKA TAK BOLEH BERCAMPUR DENGAN LELAKI MENGIKUT ADAT TRADISI MEREKA SELAMA INI, APAKAH PULA HALNYA WANITA, IAITU SEORANG ISTERI, ATAU ANAK GADIS, BERSEORANGAN DENGAN PEMANDU LELAKI DALAM KERETA, KE SANA KE MARI BERDUA-DUAN SAJA? TAK SALAHKAH BEGITU?

KERANA WANITA TIDAK DIBENARKAN MEMANDU JUGA, KADANG-KADANG TERDAPAT ANAK-ANAK LELAKI YANG BELUM CUKUP UMUR MEMANDU KERETA, MENGHANTAR ADIK ATAU KAKAKNYA KE SEKOLAH, KADANG-KADANG MENGHANTAR EMAKNYA KE HOSPITAL, TANPA LESEN MEMANDU KERANA DIA MASIH KECIL, TETAPI MEMANDU LEBEH LAJU LAGI DARI ORANG YANG ADA LESEN, SEHINGGA TERBANG SERBANNYA.

KITA TENGUKLAH APA YANG DAPAT DILAKUKAN OLEH WANITA SAUDI MENJELANG 17 JUN INI.

SEMENTARA ITU KALAU YB BUNG MOKHTAR MASIH TETAP NAK MENGATAKAN PEMANDU WANITA KITA KASAR ATAU TAK CEKAP, APA KATA KALAU KITA BAWA UNDANG-UNDANG SAUDI KE MALAYSIA, BIAR WANITA KITA TAK PAYAH BAWA KERETA, HARAM ?! TETAPI DI SAUDI WANITA TAK MEMANDU, NAMUN KEMALANGAN JALAN RAYA AMAT BANYAK BERLAKU, APA KATA BUNG?(GURAU SAJA YB)

Comments

  1. Assalamualaikum....
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
    JazakAllahu Khairan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....