BOS IMF LETAK JAWATAN

BOS IMF AKHIRNYA MELETAKKAN JAWATAN, WALAU PUN DIA, MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG DILAKSANAKAN DI SESETENGAH NEGARA, MASIH DI ANGGAP TIDAK BERSALAH SEHINGGA DIBUKTIKAN DIA BERSALAH OLEH MAHKAMAH SETELAH MELALUI PROSES UNDANG-UNDANG KE PERINGKAT YANG TERAKHIR.

TETAPI ITULAH SIKAP YANG SERING DITUNUJUKKAN OLEH RAKYAT NEGARA MAJU, IAITU APABILA TERDAPAT TUDUHAN YANG MENCEMARKAN IMEJ DAN KEPEIBADIANNYA DI MATA UMUM, MAKA ORANG ITU AKAN BERUNDUR, TIDAK AKAN MENGATAKAN DIRINYA TIDAK BERSALAH, ATAU MATI-MATI MEMPERTAHANKAN DIRINYA SEBAGAI ORANG YANG TIDAK BERSALAH.

DENGAN MASUK SAHAJA KESNYA KE MAHKAMAH, MAKA HAL ITU TELAH DIANGGAP MENYENTUH KREDIBALITINYA SEBAGAI SEORANG TERNAMA, PENTING DAN MEMPUNYAI HARGA DIRI, WALAU PUN DIA BERHAK BERJUANG MEMPERTAHANKAN DIRINYA SEHINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR.

DIA MUNGKIN MEMIKIRKAN BAHAWA PENGUNDURAN DIRINYA ADALAH LEBEH BAIK UNTUK KEPENTINGAN UMUM, KEPENTINGAN ORGANISASINYA DAN KEPENTINGAN NEGARANYA SENDIRI, MAKA DIA HARUSLAH BERKORBAN DIRINYA DEMI KEPENTINGAN AWAM, IAITU SEBAGAI MELAKSANAKAN SATU TANGGUNG JAWAB SOSIALNYA SENDIRI.

HAI, MANALAH ADA ORANG KITA YANG MAHU BERBUAT DEMIKIAN ? KITA YANG MEMPUNYAI KESEDARAN DAN TANGGAANG JAWAB KEPADA TUHAN PUN MAHU MELAWANNYA, APA LAGI JIKA DIFIKIRKAN HAL ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI KESEDARAN KETUHANAN LANGSUNG?

BOS IMF NAMPAKNYA LEBEH WARAK !

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....