EMOSI MENGATASI RASIONAL...!!
Saya tau bagaimana emosi kadang kala amat meledak dalam kepala manusia dan menjadikannya tidak berfikiran rasional. Keadaan ini boleh menjadi budaya bagi sesuatu bangsa dan umat, sehingga di warisi turun temurun.
Saya berada di dunia Arab, sebagai pelajar, selama 4 tahun ketika saya masih remaja, iaitu di Mesir, pada tahun 1963 hingga 1967. Dalam masa empat tahun itu saya memahami tabiat orang Arab, pada umumnya mereka amat emosional dan amat sentimen, mengikut perasaan dan kadang-kadang bertindak gopoh gapah, terburu-buru. (Kehadiran saya di Arab Saudi dari tahun 2005 sehingga 2008, juga membantu saya memahami trend ini dari kaca mata saya yang lebeh dewasa dan dalam kedudukan yang lain)
Pautan mereka kepada ketua negara, kepada Presiden umpamanya, amat kuat, dan hal ini berlaku mungkin kerana Presiden mereka yang pertama yang teragong, Gamal Abdul Nasser, telah membawa negara kepada corak baru, Republik, menggantikan sistem beraja di bawah pemerintahan Raja Farouk.
Mereka menyanjungi Gamal seolah-olah sama seperti menyanjungi seorang "nabi". Emosi, taksub, sentimen dan reaksi yang berlebih-lebihan. Sebut saja nama "Gamal", semua orang menjadi emosional, bertepuk tangan, terpekik terlolong, seperti orang histria, gamat dewan puluhan minit, apa lagi apabila berada dalam satu majlis, masuk saja Gamal ke dalam majlis, semua orang akan bangun serentak, bertepuk tangan, pekik "hidup Gamal" "hidup Presiden" "Allah berkati Gamal" dan seribu satu pekikan lain hampir 15 minit, suasana penuh dengan sorakan, pekikan, slogan dan sebagainya.
Inilah sentimen mereka kepada ketua negara, terutamanya Presiden mereka, dan situasi yang sama terus menerus berlaku dengan pertukaran presiden sislih berganti, sehinggalah ke akhir-akhir ini, termasuk juga kepada Hosni mubarak, sebelum melandanya gelombang kebangkitan mereka ketika Presiden Hosni Mubarak mereka jatuhkan.
Keadaan yang berlaku sebelum ini tiba-tiba berubah, menjadi emosional, penuh ledakan emosi pula, tetapi akhir-akhir ini emosi suka dan sayang, bertukar menjadi emosi benci dan marah, sehinggalah reaksi ini menjalar secara menyeluruh ke segala pelosok negara, ke segenap jiwa dan kepala rakyat umum, sama seperti ketika sayang dan cinta dulu. Segala slogan dan semangat penuh pujian dulu, bertukar menjadi slogan benci dan marah
Hal inilah yang saya ras berlaku kepada ketua negara Arab lain dimulai dari Tunisia dan Mesir, yang kini menjalar ke Libya, Yaman, Syria dan negara Arab lain lagi.
Ledakan emosi dan perasaan inilah yang menguasai rakyat, sehingga nampaknya tidak ada lagi yang boleh berfikir secara rasional, tambahan pula, ledakan emosi kasih dan sayang sebelum ini, mungkin lebeh banyak berada di permukaan air saja, sedangkan jauh di dalam nya, iaitu di dalam lubuk hati mereka, terbuku juga rasa tidak senang dan perasaan lain yang tidak sangat mereka fahami, terhadap ketua negara mereka. Tetapi sebab semua orang suka, taksub dan sebagainya, maka seluruh negara juga ikut bersama, tua muda kecil besar, lelaki dan perempuan.
Kini seluruh dunia telah melangkah jauh ke hadapan, maju dan bertamadun, maka sesuatu yang terpendam jauh di dalam hati rakyat yang sedar, telah timbul ke permukaan, lalu ombak perubahan itu barulah dapat di lihat oleh umum, dan meledaklah emosi dalam bentuk baru, marah dan benci, lalu tiba-tiba mereka seolah-olah baru sedar, baru bangun dari tidur, dan baru menyedari yang mereka selama ini berada dalam tidur yang dipenuhi dengan mimpi-mimpi yang indah.
Kalau dulu sayang melampau, sekarang benci melampau, tidak ada pertengahan. Inilah namanya trend emosi yang mengatasi pemikiran rasional dan yang tidak punya perancangan jangka panjang yang strategik.

Di Mesir dan Tunisia umapamanya, perasaan marah dan benci membawa kepada kejatuhan pemerintah dan ketua negara mereka. Tetapi perancangan untuk menggantikan Kerajaan dan ketua negara itu tidak pernah di persiapkan dengan baik. Pemerintahan hendak dijatuhkan dalam masa 24 jam, sedangkan persiapan untuk mengganti Kerajaan yang lebeh baik tentulah mengambil masa yang panjang, tambahan pula persekitaran dalam negara itu telah menjadi bertambah teruk dan parah. Oleh itu mereka menjadi kebengungan, siapakah yang akan mentadbir negara ini seterusnya.
Inilah halnya yang dapat kita lihat di Mesir dan Tunisia umpamanya, iaitu kekosongan pimpinan negara dan Kerajaan yang benar-benar baik, belum lahir dan belum pun dirancangkan. Akhirnya kekosongan itu terisi dengan kekecohan dan kekacaauan bentuk baru, seperti perselisihan agama, dan pertempuran antara orang Islam dan Keristian yang berlaku di Mesir. Pelarian yang mengalami segala ssusah payah, lari meninggalkan negara sendiri mencari perlindungan di negara lain, dan seumpamanya.
Di Libya dan Syria juga Yaman, berlaku peperangan saudara, atau peperangan antara kerajaan yang masih bertahan dengan rakyat yang memberontak. Setiap hari rakyat bermandi darah, pembunuhan kejam, kecederaan parah dan seribu satu gambar yang amat buruk yang dapat di tonton di seluruh dunia tentang dunia Islam yang serba kacau.
Sampai bilakah hal ini akan berterusan? Tidak ada sesiapa yang dapat menjawabnya. Amerika Syarikat dan Eropah masuk campur urusan dalam negara yang berkerisis ini, tetapi nampaknya mereka masih berperang, hancur negara, hancur kekayaan, lebur dan runtuh ekonomi, dan seribu satu bala bencana lain lagi, yang tidak membawa kemana-mana.
Trend inilah yang nampaknya menjelma dalam keseluruhan masyarakat negara membangun, termasuk dunia Islam, mulai di negara Arab, iaitu emosi mengatasi rasional, perasaan dan sentimen mengatasi pemikiran dan perancangan yang strategik, taksub melulu mengatasi pertimbangan yang adil dan saksama. Kita cuma dapat bertanya, mungkinkah hal ini kalau dibiarkan, akan menjelma juga masuk ke dalam negara kita ?
Comments
Post a Comment