DUNIA PENUH SKANDAL

BERITA TERBARU MENGGEMPARKAN DUNIA, IALAH TENTANG SKANDAL SEKS YANG MELIBATKAN BOS IMF DI AMERIKA SYARIKAT. BERITA SEKS TIDAKLAH MENGHAIRANKAN, KERANA SEKS ADA DI MANA-MANA SAJA MANUSIA BERADA. TETAPI YANG MENGEJUTKAN IALAH APABILA APABILA ORANG YANG MELAKUKANNYA, ATAU DI TUDUH MELAKUKANNYA, ADALAH SEORANG TERNAMA, PERSONALITI DUNIA, ITULAH YANG MENGGEMPARKAN.

HAKIM PULA AMAT TEGAS, SETELAH POLIS MENANGKAP SUSPEK DALAM PESAWAT YANG SEDANG DALAM PERSIAPAN AKHIR UNTUK BERANGKAT TERBANG, LALU DIA DI BAWA KE MAHKAMAH, DAN MAHKAMAH MELALUI HAKIMNYA YANG TEGAS ITU TIDAK MEMBENARKAN DIA DI IKAT JAMIN. DIA DIGARI, DAN TERAPKSA MERENGKOK DI DALAM PENJARA. ITULAH BERITA YANG KITA BACA DAN TONTON.

HAI DUNIA GLOBAL, ITULAH AGAKNYA SIMBOL BAGI SKANDAL ALAF BARU KURUN 21 INI!! MACAM-MACAM BOLEH JADI. SKANDAL SEKS TAK KIRA SIAPA-SIAPA PUN, ASALKAN DIA BUKAN MALAIKAT, DAN TETAP BERNAMA MANUSIA.

INILAH JUGA YANG MUNGKIN NAMANYA MANUSIA "BERPENYAKIT". KENAPA HARUS MELAKUKAN PERBUATAN GANJIL MENGGANGGU SECARA SEKSUAL? DUIT BANYAK, BOLEH BELI YANG MAHU DIJUAL, BOLEH PILIH MANA-MANA YANG DIKEHENDAKI DENGAN WANG YANG ADA, MENGAPA HARUS MELAKUKAN PAKSAAN UNTUK MEMUASKAN KEHENDAK SEKS?

INILAH AGAKNYA MANUSIA YANG BERPENYAKIT, IAITU PENYAKIT YANG BUKAN BOLEH DI UBAT DENGAN WANG BERJUTA, ATAU NILAI MORAL YANG KELIHATAN AMAT TINGGI, TETAPI DENGAN TERPAKSA MELAKUKANNYA SECARA YANG TERLARANG.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....