BEZANYA AHLI POLITIK KITA DENGAN ORANG LAIN!
'ITULAH BEZANYA AHLI POLITIK KITA DENGAN AHLI POLITIK NEGARA LAIN, TERUTAMANYA AHLI POLITIK DI NEGARA-NEGARA MAJU.
DI SANA KALAU ADA JAMBATAN RUNTUH, ATAU KEMALANGAN KERETAPI, MENTERI PENGANGKUTAN AKAN MELETAK JAWTAN DULU, KEMUDIAN BUAT SIASATAN.
DEMIKIAN JUGA, KALAU PESAKIT MENINGGAL, ATAU SALAH RAWATAN, MAKA MENTERI KESEHATAN AKAN MELETAK JAWATAN.........DAN DEMIKIANLAH SETERUSNYA, ETC .ETC.
TETAPI KITA TIDAKLAH MAHU SAMPAI BEGITU, PATUTNYA TENGUKLAH KES-KES TERTENTU, IAITU TENGUK APAKAH ISUNYA, SEKIRANYA HAL ITU MENYENTUH ISU MORAL DAN AKHLAK, MAKA PADA MASA ITU MUNGKIN AHLI POLITIK ITU PATUT MELETAKKAN JAWATANNYA DULU, KEMUDIAN MATI-MATILAH MEMPERTAHANKAN DIRINYA, KERANA HAL INI MERUPAKAN SESUATU YANG TIDAK DAPAT DI LIHAT OLEH MATA KASAR ORANG RAMAI, DAN MENYENTUH MARUAH DAN NAMA BAIK BANGSA SENDIRI, SERTA PERIBADINYA SENDIRI.
KES SKANDAL SEKS BARU-BARU INI YANG MELANDA TURKI, JUGA YANG TERBARU, MASIH PANAS-PANAS LAGI, IALAH YANG MELIBATKAN SEORANG MENTERI PERANCIS YANG DITUDUH TERLIBAT DENGAN SKENDAL SEKS, MAKA DIA MELETAKKAN JAWATAN, "DAN AKAN SAYA BUKTIKAN BAHAWA SAYA TIDAK BERSALAH" TETAPI SETELAH MELETAKKAN JAWATAN" TEGASNYA DALAM SURAT PERLETAKAN JAWATANNYA ITU.
MENTERI PERKHIDMATAN AWAM PERANCIS ITU, GEORGES TRON, DITUDUH MELAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL DAN MENCABUL KEHORMATAN KE ATAS DUA ORANG WANITA YANG BEKERJA DENGANNYA, DAN IA TERUS MELETAKKAN JAWATANNYA SETELAH PIHAK PENDAKWA RAYA MEMBUKA KERTAS SIASATAN KE ATASNYA.
SALAH SEORANG WANITA YANG MENDAKWA MENJADI MANGSA ITU MENEGASKAN BAHAWA DIA TERDORONG MEMBUKA RAHSIA ITU SETELAH STRASS-KAHN, BOS IMF, YANG MENGHADAPI TUDUHAN YANG SAMA, MELETKKAN JAWATAN, DAN KEMUDIAN AKAN MEMPERJUANGKAN KESNYA DALAM MAHKAMAH.
PERLETAKAN JAWATAN THRON DIUMUMKAN SENDIRI OLEH PERDANA MENTERI PERANCIS YANG MEMUJINYA KERANA KEBERANIANNYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MELETAKKAN JAWATANNYA ITU !
RASANYA INILAH JUGA SIKAP YANG SEPATUTNYA DI AMBIL OLEH AHLI POLITIK DAN PEEGAWAI AWAM DI NEGARA KITA, TAK KIRALAH SESIAPA PUN, YANG PERNAH MENGHADAPI TUDUHAN TENTANG KELAKUAN DAN SALAH LAKU SEKSUAL INI, KERANA HAL INI SEPERTI YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS KALAU DIBIARKAN BERPANJANGAN, MAKA ORANG RAMAI AKAN KELIRU, "DIA BUAT KE TIDAK??" "DIA TAK BUAT KOT?" "AH, INI SAJA FITNAH ORANG!!" " HAI MANA BOLEH FITNAH? DAH TERANG LAGI BERSULUH" "AKU TAULAH DIA PELAKON HANDALAN!!" "HE, MASUK NERAKA KAMU YANG MENUDUHNYA!" ETC. ETC. ETC
AKHIRNYA, TAK PASAL-PASAL, SEMUA ORANG BERGADUH DAN BERKONFLIK SAMA SENDIRI, TAK PAYAH BUAT KERJA LAIN, SEDANGKAN ORANG YANG BERKENAAN SEDAP-SEDAP SAJA KE SANA SINI BAWA CERITA YANG DIA TAK BERSALAH !
KALAU FASAL HARIMU MENGANCAM PENDUDUK KAMPUJNG, MUNGKINLAH JUGA MENTERI BERKENAAN (SIAPA DIA MENTERINYA SAYA PUN TAK PASTI, ADA MENTERI KEHAIWANAN? MENTERI PERTANIAN ADA !) TAK PERLU MELETAKKAN JAWATAN DULU, KERANA HARIMAU ITU BUKAN DIA PUNYA, BUKAN DIA YANG KERJANYA HARUS PUTAR-PUTAR KE SELURUH NEGARA NAK JAGA HARIMU ITU SUPAYA JANGAN TANGKAP LEMBU KERBAU ORANG, ATAU NAK HAMBAT PENOREH GETAH SEPERTI YANG BERLAKU DI TERENGGANU SEMALAM ! ITU BUKAN KERJA DIA, TAK PAYAHLAH LETAK JAWATAN.
TAPI KALAU TUDUHAN SEKS MELAMPAU ATAU TIDAK MELAMPAU, ORANG YANG KENA TUDUH BUAT "DAK" SAJA, KADANG-KADANG ORANG AWAM PULA YANG MENGANGKAT DIRI MEREKA MENJADI HAKIM, LALU MENJALANKAN PERBICARAAN DI KEDAI-KEDAI KOPI, ATAU DI TEPI-TEPI JALAN, MALAH MEMBAWA KEPADA PARLIMEN DAN MASJID ! DIA ORANG TU TAU KE HAKIKATNYA YANG SEBENAR?
JADI NAMPAKNYA BOS IMF DAN MENTERI PERANCIS TU LEBEH BAIK LAGI DARI KITA, WALAU PUN KITA SELALU KATA ORANG BARAT TAK ADA MORAL, TAK TAHU AKHLAK ! TAK ADA AGAMA, ETC ETC ETC.
Comments
Post a Comment