KEMATIAN OSAMA BIN LADEN !

KITA BERSAMA DENGAN RAKYAT AMERIKA YANG BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI MERAYAKAN KEMATIAN OSAMA BIN LADEN, KERANA KITA SENDIRI SEBAGAI ORANG ISLAM YANG BERPEGANG KEPADA KONSEP "UMMATAN WASATAN" UMAT YANG ADIL DAN TERPILIH, YANG TIDAK SUKA KEPADA JALAN KEKERASAN DAN RADIKAL SEBAGAI PENYELESAIAN MASALAH, JUGA MERASAKAN BAHAWA TINDAKAN PEMBUNUHAN DAN KEGANASAN YANG DI LAKUKAN OLEH SESIAPA SAHAJA, TERMASUK OLEH SEGELINTIR UMAT ISLAM, ADALAH BERTENTANGAN DENGAN AJARAN AGAMA KITA.

KITA BERSAMA DENGAN OBAMA YANG BERKATA "JUSTICE HAS BEEN DONE" DAN BUSH YANG MENSIFATKAN KEMATIAN OBAMA SEBAGAI "MOMENTOUS ACHIEVMENT".

CUMA SATU PERSOALAN YANG HARUS KITA KETENGAHKAN : APAKAH KEMATIAN OSAMA AKAN MELENYAPKAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG BERAPI-API MEMBARA DI DALAM DADA PARA PENGIKUTNYA YANG MENYIMPAN KEBENCIAN TERHADAP AMERIKA SYARIKAT DAN KUASA BARAT YANG MENINDAS DAN MENGINAYAI RAKYAT YANG TIDAK TERDAYA DI ATAS MUKA BUMI INI?

SATU SOALAN LAIN YANG TIMBUL : KENAPAKAH AMERIKA SYARIKAT DAN SEKUTU BARATNYA BEGITU DI BENCI DENGAN KADAR YANG AMAT SANGAT OLEH GOLONGAN PELAMPAU ITU?

DUNIA YANG BERTAMADUN DAN RAKYAT YANG CINTAKAN DEMOKRASI DAN KEADILAN, MENGETAHUI APAKAH JAWAPAN YANG SEBENARNYA KEPADA KEDUA-DUA PERSOALAN INI,

UMAT AMERIKA SYARIKAT DAN YANG SEALIRAN DENGANNYA MERAYAKAN KEMATIAN OSAMA BIN LADEN, DAN KITA DI SAMPING ITU MEMPUNYAI MESEJ YANG SEHARUSNYA KITA TUJUKAN KEPADA OBAMA DAN BUSH, SEKIRANYA "JUSTICE HAS BEEN DONE" PADA HARI INI. MAKA AMERIKA SYARIKAT HARUSLAH MENGUBAH DASAR LUARNYA YANG BERAT SEBELAH UNTUK MENEGAKKAN JUSTICE ITU UNTUK SEMUA UMAT MANUSIA, KHUSUSNYA RAKYAT DAN UMAT ISLAM YANG TERTINDAS DI MANA-MANA SAHAJA MEREKA BERADA.

KENAPAKAH BUSH TIDAK MERAYAKAN HARI PEMBEBASAN PALESTIN YANG TELAH SEPATUTNYA DIRAYAKAN PULUHAN TAHUN YANG LALU? APAKAH PENINDASAN DAN PEMBUNUHAN YANG DILAKUKAN DI IRAQ DAN AFGHANISTAN TERHADAP ORANG-ORANG AWAM YANG TIDAK BERSALAH ITU DAPAT DIANGGAP SEBAGAI "SAAT KEJAYAAN YANG AMAT BESAR" SEPERTI KEMATIAN OSAMA BIN LADEN?

"UMMATAN WASATAN" YANG BERPEGANG KEPADA DASAR "WASATIYYAH" BUKAN BERSAMA GOLONGAN PELAMPAU MANUSIA, TERMASUK PELAMPAU ISLAM DAN AMERIKA DAN SEMUA KUASA PENJAJAH.

WASATIYYAH IALAH KEADILAN DAN PERI KEMANUSIAAN, UMAT YANG TERPILIH UNTUK MENEGAKKAN TAMDUN DAN KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA.


OLEH ITU UMAT ISLAM BOLEH MERAYAKAN TUMBANGNYA SEORANG PELAMPAU ISLAM, TETAPI TIDAK JUGA SEHARUSNYA BERBANGGA DENGAN PENEGAK KEZALIMAN DAN PENINDASAN , YANG MENDAKWA DIRI MEREKA SEBAGAI POLIS DUNIA DAN PEJUANG MENGHAPUSKAN KEGANASAN !

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....