KENAPA NEGARA ISLAM DALAM KANCAH PERANG

PADA PANDANGAN SAYA TERDAPAT DUA ELEMENT YANG MENYEBABKAN NEGARA-NEGARA ISLAM DI ASIA BARAT DAN AFRIKA UTARA TERJEBAK DALAM KANCAH KEKACAUAN. PERTAMA IALAH KERANA UNSUR DALAMAN, DAN KEDUA KERANA TEKANAN DARI LUAR.

UNSUR DALAMAN IALAH KERANA PENGURUSAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL YANG TIDAK CEKAP OLEH KERAJAAN, JUGA SIFAT TAMAK HALOBA DAN MENGEJAR KUASA DAN BENDA OLEH SESETENGAH KETUA NEGARA BERKENAAN YANG MENYALAH GUNAKAN KEKAYAAN NEGARA UNTUK DIRINYA DAN KELUARGA ATAU KRONINYA SAHAJA.

DENGAN ITU RAKYAT MERASA TERTEKAN, KEKURANGAN PELUANG PEKERJAAN, INFLASI, KENAIKAN HARGA BARANG, DAN YANG AMAT TERASA IALAH KEHAKISAN HAK ASASI MANUSIA DAN PERENTAH DARURAT YANG DIKENAKAN SEPANJANG MASA SEHINGGA RAMAI YANG TERPAKSA MENDARAT DAN BERUMAH TANGGA DI PENJARA, DIKURUNG TANPA KEADILAN BEGITU LAMA.

HAL INI YANG BERLAKU DI BEBERAPA BUAH NEGARA ARAB DI SANA, YANGKEMUDIANNYA APABILA BERLAKU PEMBERONTAKAN RAKYAT, MAKA KETUA NEGARA YANG TERDESAK OLEH BEBEERAPA ELEMEN DALAMAN DAN TEKANAN DARI LUAR, TERUS SAHAJA MENGAMBIL JALAN KELUAR, MELETAKKAN JAWATAN, SEPERTI YANG BERLAKU DI TUNISIS DAN MESIR.

BAGAIMANA PUN KEADAAN YANG BERLAKU DI YAMAN, LIBYA DAN SYRIA AGAK BERLAINAN. GADHAFI, KETUA NEGARA LIBYA, MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK BERUNDUR, DAN MENENTANG PEM,BERONTAKAN, DAN PENDIRIAN INILAH JUGA YANG DIAMBIL OLEH KETUA NEGARA YAMAN DAN SYRIA.

KEKERASAN DI TENTANG DENGAN KEKERASAN, DAN DENGAN SOKONGAN KETUA-KETUA KABILAH YANG TERTENTU YANG MASIH MENYOKONG KETUA NEGARA, MAKA MEREKA BERPERANG DENGAN PEMBERONTAK, LALU BERLAKULAH PERANG SAUDARA YANG HEBAT, MEMAKAN KORBAN NYAWA YANG BANYAK, DAN MEMAKSA RAKYAT MELARIKAN DIRI MENJADI PELAARIAN PERANG KE EROPAH DAN LAIN-LAIN, KADANG-KADANG TERKORBAN DI TENGAH LAUTAN.

DI SINILAH DATANG UNSUR LUAR, TEKANAN DARI LUAR, DARI AMERIKA SYARIKAT, EROPAH YANG MENGGUNAKAN KUASA POLITIK DAN KETENTERAAN ATAS NAMA HAK ASASI DAN KEMANUSIAAN, LALU BERLAKULAH LAGI PEMBUNUHAN, KERANA KUASA LUAR INI MENYEBELAHI PIHAK PEMBERONTAK, DAN PEMBERONTAK PULA MERESSTUI KUASA LUAR INI UNTUK MEMBUNUH KETUA NEGARA MEREKA DAN MUSUH MEREKA SESAMA SENDIRI DAN SEKUTU-SEKUTUNYA.

DENGAN ITU HABISLAH TERCEMAR NAMA NEGARA ARAB INI, DAN MARUAH MEREKA JATUH KE BUMI, AMAT RENDAH SEKALI DALAM DUNIA DEMOKRASI, GLOBAL DAN MODEN INI, KERANA NAMPAKNYA DUNIA ARAB ITU BERADA DALAM DUNIA ASING YANG MASING-MASING MENGGUNAKAN UNDANG-UNDANG RIMBA UNTUK MENYELESAIKAN KONFLIK SESAMA MEREKA.

INILAH SAHAJA YANG KITA DI LUAR INI MAMPU MELIHAT DAN MAMPU MENGANALISISNYA, KERANA PERANAN DALAMAN MEREKA, HANYA MEREKA YANG MENGETAHUINYA, DAN PERANAN BARAT JUGA NAMPAKNYA PIHAK BARAT JUGA YANG LEBEH MENGETAHUINYA.

KITA MERASA SEDIH DAN TERHIRIS HATI KITA MELIHAT PERANG SAUDARA YANG MEMBUNUH SESAMA BANGSA DAN AGAMA. KITA PERIHATIN KERANA NEGARA-NEGARA YANG BERKERISIS ITU ADALAH NEGARA ISLAM, BERLAKU DI BUMI PARA NABI YANG MEMBAWA AGAMA KITA, IAITU AGAMA TAUHID YANG SEHARUSNYA MENDAMAIKAN MANUSIA DAN MEMBENTUK AKHLAK MANUSIA YANG MULIA SERTA MEMWUJUDKAN NEGARA MODEL ISLAM YANG SEBENARNYA, BUKAN NEGARA MODEL ISLAM YANG GANAS DAN BERBUNUHAN..

KEDUA BELAH PIHAK, IAITU RAKYAT DAN PEMERINTAH, MASING-MASING MEMPUNYAI DILEMA DAN TANDA TANYA YANG AMAT SUKAR DI JAWAB. RAKYAT MESIR UMPAMANYA SUDAH MERASA TERDESAK KERANA SEHINGGA KINI TIDAK ADA KELIHATAN PERUBAHAN YANG BAIK YANG MEREKA HARAP-HARAPKAN DENGAN LENYAPNYA KUASA PRESIDEN HOSNI MUBARAK. KERAJAAN TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH KUASA BUAT SEMENTARA JUGA MERASA SERBA SALAH KERNA MEREKA DIKEJUTKAN DENGAN KEKOSONGAN KUASA POLITIK YANG TIBA-TIBA ITU, SEDANGKAN PENGGANTI KERAJAAN YANG SEBENARNYA TIDAK DAPAT MEREKA KENAL PASTI, ENTAH KERANA APA, WALLAU A'LAM.

KUASA BARAT JUGA SEOLAH-OLAH MENGHADAPI JALAN BUNTU DI LIBYA, KERANA MEREKA PADA AWALNYA MENGANDAIKAN MUNGKIN DALAM MASA SEMINGGU DUA, MEREKA TELAH DAPAT MENGUASAI LIBYA, DAN MULAI DAPAT MERANGKA PELAN UNTUK MENGHISAP MINYAK DAN GAS LIBYA YANG KAYA ITU. SEPERTI YANG TELAH MEREKA LAKUKAN DI IRAQ DULU, TETAPI NAMPAKNYA HINGGA HARI INI, KEADAAN TIDAK BANYAK BERUBAH, YANG DAPAT DIBUNUH HANYA CUCU-CUCU DAN ANAK GADHAFI, BUKAN BAPA ATU DATUKNYA, COL. GHADAFI ITU.

SELAIN DARI PEPERANGAN SAUDARA DI NEGARA ARAB INI, NAMPAKNYA PAKISTAN JUGA MENGHADAPI GEJALA PENUMPAHAN DARAH DAN PEMBUNUHAN YANG HEBAT DAN MEMAKAN KORBAN NYAWA YANG BANYAK. GERAKAN PENGEBOM BERANI MATI SEMAKIN BERLELUASA, DAN YANG UNTUNGNYA TENTULAH PIHAK YANG MEMBUAT SENJATA DAN MENJUALNYA KEPADA PIHAK-PIHAK YANG MEMERLUKANNYA UNTUK MEMBUNUH SESAMA SENDIRI.

BAGI KITA HAL INI CUKUP MENYENTUH MARUAH DAN NAMA BAIK KITA, SEKALI GUS MENYENTUIH NAMA BAIK DAN MARUAH AGAMA KITA SENDIRI, YANG SELAMA INI TELAH PUN DI PANDANG SEPERTI ALAT PENGACAU DUNIA SAHAJA.

KALAU TIDAK KERANA NEGARA SEAGAMA, MUNGKIN KITA TIDAK SANGAT PERIHATIN, KITA IBARATKAN SEPEERTI SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA, "BIARKAN! BIARKAN!", TETAPI HAL INI BERLAKU DI DALAM NEGARA ISLAM, YANG MENCEERMINKAN IMEJ YANG AMAT NEGATIF BAGI ISLAM ITU SENDIRI.

KITA BOLEH BERSIKAP BEGITU, KERANA DALAM KEADAAN SEKARANG INI NAMPAKNYA KITA SENDIRI MASIH DAPAT MEMPERTAHANKAN SIFAT TOLERANSI DAN SABAR KITA DALAM NEGARA KITA SENDIRI, DAN KITA SENDIIRI MASIH DAPAT MENGURUSKAN KEKAYAAN DAN KEMAJUAN SERTA SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN KITA DENGAN BAIK.

BAGAIMANA PUN, KITA TIDAK HARUS TERUS MENERUS MERASA SELESA DAN SERONOK SENDIRI SAJA, KERANA KITA PUN AGAK BIMBANG JUGA DENGAN TEKANAN ASING DARI LUAR YANG MUNGKIN SEDANG BERUSAHA UNTUK MENGACAU DAN MENGGANGGU KESETABILAN KITA, YANG MUNGKIN TIDAK DAPAT KITA LIHAT DENGAN MATA KEPALA, TETAPI BAGI ORANG YANG DAPAT MENGGUNAKAN MIKROSKOP BERJENAMA MAHAL, MUNGKIN DAPAT JUGA MELIHAT BAGAIMANA RAKYAT KITA SENDIRI YANG MUNGKIN BERTINDAK SEBAGAI AGEN ASING, BAGI MENEKAN KESETABILAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL SERTA AGAMA KITA INI.

NAMUN BEGITU KITA TIDAK PERLULAH RISAU DENGAN HAL ITU, KITA BIASANYA DAPAT MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA APABILA TIBANYA BAHAYA, DARI DALAM ATAU DARI LUAR. WE CROSS THE BRIDGE WE COME TO IT.

CUMA DALAM HAL INI KITA PERLULAH FAHAM SEGALA PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DALAM DUNIA ISLAM DAN ARAB, DAN PERKEMBANGAN YANG MUNGKIN BERLAKU DALAM NEGARA KITA, JUGA ATAS NAMA NEGARA ISLAM, SUPAYA DENGAN ITU PARA REMAJA, MUDA MUDI DAN BELIA KITA, JUGA ORANG DEWASA, AKAN MEMAHAMI APAKAH YANG SEDANG BERMAIN DI DEPAN MATA KEPALA MEREKA DAN SEDANG BERLEGAR-LEGAR DI LUAR SANA UNTUK MASUK MEMERANGKAP KITA.

KITA PERLU BERHATI-HATI, AMBIL PELAJARAN DARI SEGALA PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DI LUAR, KHSUSNYA YANG BERLAKU KEPADA ISLAM DAN DUNIA ISLAM, YANG SEDNG BERADA DI AMBANG KEHANCURAN ITU!! KALAU DIBIARKAN API YANG KECIL ITU MENYALA, MAKA MUNGKIN API ITU AKAN MARAK DAN MEMBESAR, YANG MUNGKIN MENGANCAM KITA JUGA.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....