PERGOLAKAN DUNIA ISLAM YANG TIDAK HABIS-HABIS ....!!
PERHATIKAN SAJA BERITA MELALUI MEDIA CETAK DAN LETRONIK, KITA AKAN MENDENGAR DAN MEMBACA BAHAWA HAMPIR SEMUA NEGARA ISLAM DI DUNIA MENGHADAPI MASAALAH DAN KERISIS YANG AMAT KETARA DALAM EKONOMI, POLITIK, SOSIAL DAN SEBAGAINYA. SELAIN DARI PALESTIN YANG TELAH SEDIA MENGALAMI KERISIS POLITIK, KEMANUSIAAN, EKONOMI DAN 1001 KEKANGAN YANG LAIN SEJAK PULUHAN TAHUN YANG LALU, MESIR YANG TELAH PUN MENYAKSIKAN PENARIKAN DIRI PRESIDEN HUSNI MUBARAK, SAMA SEPERTI TUNISIA, MAKA KINI YEMEN DAN SYRIA SEDANG BERGOLAK DENGAN PERTUMPAHAN DARAH, PEMBUNUHAN SESAMA SENDIRI, JUGA LIBYA YANG SEDANG BERMANDI DARAH DENGAN HEBATNYA, BERBUNUHAN SESAMA BANGSA DAN AGAMA, LALU DIPELAWAKAN PULA ASKAR LUAR UNTUK MEMBANTU PEMBERONTAK MENJATUHKAN PIMPINAN SENDIRI.
AFGHANISTAN DAN PAKISTAN SERTA IRAQ SEBUK DENGAN KEMATIAN MANUSIA YANG BANYAK KERANA BOM YANG DI LETUPKAN OLEH PENGEBOM BERANI MATI. SUDAN DAN NIGERIA JUGA MENGHADAPI KERISIS, TERMASUK KONFLIK DI ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN, MALAH NEGARA JIRAN KITA INDONESIA JUGA TERDAPAT SEDIKIT PERGOLAKAN KERANA KERISIS KEAGAMAAN INI.
DAN KITA, DI NEGARA KECIL, YANG BERNAMA MALAYSIA, DENGAN PENDUDUK ISLAM YANG JUGA KECIL INI, KINI MENGHADAPI PERGOLAKAN POLITIK PARTISAN YANG MEMBAWA KEPADA POLITIKING YANG TIDAK SIHAT DI DALAM SEMUA ISU DAN HAL, SEDANGKAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA YANG BERFIKIRAN RASIONAL DAN BENCIKAN PERPECAHAN, MENUNGGU-NUNGGU PENYELESAIAN YANG NAMPAKNYA TERLALU LAMA AKAN MENJELANG TIBA.
KEMUNCAK KERISIS DAN KONFLIK IALAH DI ASIA BARAT. MESIR YANG BERJAYA MENJATUHKAN PRESIDENNYA, TETAPI JURANG YANG DITINGGALKAN OLEH KEKOSONGAN PEMIMPIN ITU BELUM TERISI DENGAN SELAYAKNYA, DAN HAL INI MUNGKIN AKAN MENIMBULKAN KERISIS YANG SETERUSNYA YANG LEBEH PARAH. LIBYA YANG PRESIDENNYA BERTAHAN DENGAN SEGALA KEKUATAN SENDIRI DAN BANTUAN PENYOKONGNYA MENYAKSIKAN CAMPUR TANGAN YANG AMAT MENYINGGUNG PERASAAN UMAT ISLAM, IAITU KEMASUKAN AMERIKA SYARIKAT, KEMUDIANNYA ATAS NAMA NATO, MENYERANG DAN MEMBUNUH PARA PENYOKONG GHADAFI, MALAH MUNGKIN AKAN BERTINDAK MENGHAPUSKAN GADHAFI SENDIRI.
KEJADIAN SEDIH TERBARU IALAH SERANGAN NATO YANG AMAT TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN KE TEMPAT KEDIAMAN GADAFI, YANG TIDAK BERJAYA MEMBUNUHNYA, MALAHAN MEMBUNUH ORANG-ORANG YANG TIDAK BERSALAH, ANAK BUNGSU PRESIDEN DAN TIGA ORANG CUCUNYA. APAKAH DOSA MEREKA YANG DI BUNUH ITU? TAMBAHAN PULA PADA PANDANGAN DUNIA TAMADUN INI, APAKAH SATU KUASA LUAR YANG KUAT DAN LENGKAP DENGAN SEGALA PERALATAN SENJATA CANGGIH, KUASA INI MEMPUNYAI HAK UNTUK MENYERANG DAN MEMBUNUH WARGA NEGARA LAIN, WALAU SEJAHAT MANA SEKALI PUN ORANG YANG HENDAK DI BUNUH ITU?
DI MANAKAH SUARA DAN HATI NURANI UMAT ISLAM, TERUTAMANYA JIRAN SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGAN LIBYA SEKARANG INI? APAKAH MEREKA JUGA MERESTUI SERANGAN KEJAM OLEH KUASA LUAR UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN JIRAN SEBANGSA DAN SEAGAMA MEREKA, YANG MUNGKIN MEREKA JUGA TIDAK BERSETUJU DENGANNYA? DI MANAKAH KUASA POLITIK LIGA ARAB, KESATUAN NEGARA TELOK (GCC) MALAH PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC) SENDIRI YANG SEHARUSNYA TELAH BERSUARA DAN BERTINDAK BAGI MENGHALANG PERTUMPAHAN DARAH DI BUMI ISLAM INI?
APAKAH SEBAGAI UMAT YANG BERAGAMA, YANG MENYERU KEPADA PERDAMAIAN DAN PERUNDINGAN, YANG MENCEGAH SEKERAS-KERASNYA DARI MENGAMBIL JALAN KEGANASAN UNTUK MENYELESAIKAN KONFLIK DAN MASALAH, APAKAH DALAM KEADAAN INI UMAT ISLAM MASIH PERLU MEMBISU? MENYERAH KALAH KEPADA KRONI BARAT DAN AMERIKA SYARIKAT YANG SENTIASA DISANJUNGI MEREKA?
APAKAH SEJARAH KEJATUHAN IRAQ DAN RENTETAN PERISTIWA BERDARAH YANG BERLAKU DI NEGARA ITU SEHINGGA KE HARI INI AKAN BERLAKU SEKALI LAGI DI LIBYA? APAKAH PEMIMPIN SEAGAMA DAN SEBANGSA DENGAN PEMIMPIN LIBYA AKAN MEMBENTANGKAN PERMAIDANI MERAH SEKALI LAGI DI LIBYA UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN KUASA PENJAJAH BARU A.S ITU?
MEMANG DALAM KEADAAN BIASA, MUNGKIN PIMPINAN LIBYA PERLU BERTUKAR, TETAPI TAHUKAH KITA SEBENARNYA APAKAH YANG BERLAKU DI LIBYA? APAKAH LIBYA SAMA DENGAN MESIR DAN TUNISIA? APAKAH KETIKA SEBUAH NEGARA MEMBERONTAK, SEMUA NEGARA SEHARUSNYA BANGUN MEMBERONTAK WALAU PUN KEADAAN NEGARA-NEGARA ITU BERBEZA?
APAKAH NEGARA ASIA BARAT TELAH TERHAKIS FORMULA PENYELESAIAN POLITIKNYA MELALUAI SALURAN DIPLOMATIK DAN PERUNDINGAN? APAKAH SELAMA-LAMANYA NEGARA-NEGARA ASIA BARAT AKAN TERUS MENERUS BERPECAH BELAH, DAN MASING-MASING HANYA PERIHATIN DENGAN KEKAYAAN DAN KEKUASAANNYA SENDIRI, TANPA MENGHIRAUKAN LAGI KEPENTINGAN BERSAMA SEBAGAI NEGARA BANGSA BAGI SATU UMAT YANG BERAGAMA?
UMAT ISLAM DAN RAKYAT UMUM YANG CINTAKAN PERDAMAIAN DAN PERPADUAN SESAMA UMAT ISLAM DAN UMAT ARAB DARI KEPELBAGAIAN AGAMA DAN BANGSA, TENTULAH MENYAMBUT BAIK PERSETUJUAN HAMAS DAN FATAH UNTUK BERGABUNG MEMPERJUANGKAN KES MEREKA SECARA BERSAMA, MELUPAKAN SEBARANG PERBEZAAN DALAMAN YANG MEMBELENGGU MEREKA SELAMA INI, DAN YANG MENJADIKAN MEREKA SEBAGAI MUSUH DALAMAN, KETIKA ISRAEL BERPESTA MENINDAS DAN MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN, SAMA ADA YANG BERADA DI BAWAH KEKUASAAN HAMAS ATAU FATAH, DI TEBING BARAT ATAU DI GAZA.
UMAT ISLAM DAN RAKYAT UMUM YANG CINTAKAN PERDAMAIAN DAN PERPADUAN SESAMA UMAT ISLAM DAN UMAT ARAB DARI KEPELBAGAIAN AGAMA DAN BANGSA, TENTULAH MENYAMBUT BAIK PERSETUJUAN HAMAS DAN FATAH UNTUK BERGABUNG MEMPERJUANGKAN KES MEREKA SECARA BERSAMA, MELUPAKAN SEBARANG PERBEZAAN DALAMAN YANG MEMBELENGGU MEREKA SELAMA INI, DAN YANG MENJADIKAN MEREKA SEBAGAI MUSUH DALAMAN, KETIKA ISRAEL BERPESTA MENINDAS DAN MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN, SAMA ADA YANG BERADA DI BAWAH KEKUASAAN HAMAS ATAU FATAH, DI TEBING BARAT ATAU DI GAZA.
HAMAS DAN FATAH SEBELUM INI PERNAH BERDAMAI DI HADAPAN RAJA ABDULLAH SAUDI, DI DALAM ISTANA BAGINDA DALAM KAWASAN MASJIDIL-HARAM, MAKKAH AL-MUKARRAMAH, TETAPI APABILA KEMBALI KE PALESTIN, BEBERAPA MINGGU SAJA SELEPAS BERPELOKAN DIANTARA DUA KUMPULAN INI, KEDUA-DUA "PEJUANG" INI KEMBALI BERKERISIS DAN MENGANGKAT SENJATA BERBUNUHAN SAMA SENDIRI, SEDANGKAN SUMPAH DAMAI ITU DILAKUKAN BERSAKSIKAN BAITULLAH ! AL-HAMDULILLAH, KINI MEREKA BERDAMAI DAN BERTEKAD UNTUK BERJUANG BERSAMA, KITA HARAP MEREKA AKAN BERSATU UNTUK SELAMA-LAMANYA.
SELAIN DARI ITU KITA HANYA BERDOA KEPADA ALLAH SWT SEMOGA KERISIS UMAT ISLAM SELURUHNYA INI AKAN BERAKHIR, DENGAN USAHA DAN AMAL UMAT ISLAM SENDIRI, BUKAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN KUASA BARAT YANG SEMEMANGNYA INGIN MELIHAT PERPECAHAN DAN KERISIS YANG BERPANJANGAN DALAM DUNIA ISLAM.
A
Comments
Post a Comment