1 Ramadhan Di Beberapa Buah Negara Islam
Kebanyakan negara Islam menyambut awal Ramadhan pada hari Isnin bersamaan 1 Ogos. Marilah kita tinjau sejenak bagaimana keadaannya beberapa buah negara Islam ketika umat Islam menyambut hari pertama puasa di negara tersebut :
Syria: Negara yang di pimpin oleh Hafiz Al-Asad ini menyambut hari pertama Ramadhan dengan pertempuran di antara penentang Kerajaan dan askar yang mempertahankan Al-Asad. Sumber berita memberitakan bahawa tidak kurang dari 134 orang yang telah terkorban dalam pertempuran pada hari pertama Ramadhan itu..Pemerintah Syria adalah dari golongan Alawi, iaitu golongan Syi'ah, dan rakyat majoritinya adalah sunni. Unsur ini juga menimbulkan ketegangan di negara tersebut.
Mesir: Hosni Mubarak yang sedang dirawat di hospital Syarm Al-Shaikh kerana penyakit teruk, akan dibawa ke Cairo untuk dibicarakan kerana tuduhan membunuh para penunjuk perasaan ketika berlaku pemberontakan untuk menjatuhkannya beberapa bulan dulu. Puak pemberontak mulai menunjukkan kemarahan mereka dan berkumpul di Medah Al-Tahrir lagi kerana kerajaan tentera Mesir belum membawa Hosni Mubarak ke muka pengadilan, yang kalau disabitkan kesalahan, maka bekas Presiden yang berumur 83 tahun itu boleh dihukum mati. Ketika rakyat tidak bangun memberontak dulu, ketika mereka masih syang kepada Presiden , mereka menyanjung Presidennya ini seperti dewa dan wakil Tuhan di muka bumi mereka, tetapi setelah keadaan berubah, maka mereka membencinya begitu rupa, semuanya ini merupakan permainan emosi dan sentimen yang keterlaluan, tidak ada pertengahan lagi.
Libya: 1 Ramadhan disambut dengan peerjuangan yang belum selesai diantara Presiden Ghadafi dan pemberontak yang hendak menggulingkannya, juga pertempuran diantara tentera Libya yang menyokong Ghadafi dengan pemberontak, termasuk Nato yang masih tidak berupaya melenyapkan Ghadafi dari pemerintahan dan negaranya itu. Saiful Islam, anak Ghadafi, mengisytiharkan di hadapan rakyat yang menyokong ayahnya, bahawa tentera Ghadafi akan meneruskan perjuangannya dengan pemberontak dan Nato sehingga ke titisan darah yang terakhir sehingga seluruh Libya dapat dibebaskan dari anasir pemberontak dan Nato, atau sehingga semua mereka dan tentera yang mempertahankan Kerajaan Ghadafi mati seluruhnya.
Somalia: Kemarau panjang menyebabkan ratusan ribu, atau jutaan, rakyat kebuluran, dan mati kelaparan. Setelah kemarau panjang, membunuh tanaman dan binatang ternakan, serta manusi2 yang tidak berupaya melawan penyakit, tiba2 hujan turun dengan lebatnya pada beberapa hari sebelum puasa bermula, hujan juga rupanya membawa mala petaka kepada mereka yang telah pun menderita kerana kemarau panjang, kerana hujan membawa banjir, air deras, menenggelamkan segala tempat perlindungan mereka, berlumpur dan kotor, maka mereka terus menerus menderita. Tetapi mereka berkata bahawa mereka akan terus berpuasa, walau apa2 yang terjadi sekali pun.
Malaysia: awal Ramadhan disambut dalam cuaca yang kering dan panas, tetapi orang Islam tetap gembira menyambut awal Ramadhan, terutamanya para peniaga pasar Ramadhan. Masjid dipenuhi jemaah yang dengan gembira berpusu-pusu menuju ke rumah Allah itu untuk beribadat, terutamanya inilah peluangnya dapat berimamkan dengan imam "impot" dari dunia Arab, "Untuk mendapat berkat" kata seorang jemaah, "bukan senang nak berimamkan imam dari Makkah' ! jawab seorang jemaah lain. Nampaknya orang Malaysia memang suka barang impot, kadang2 barang impot itu tidaklah setinggi mana mutunya, tetapi kerana barang impot, mereka suka sekali ! Dan trend ini juga yang berlaku ketika memilih masjid untuk sembahyang terawih, "mari cari imam Arab"! Tetapi tak mengapalah, kalau orang lain berperang dan bertempur, meletakkan bom kereta selepas sembahyang terawih, namun orang Malaysia, tak tahu membuat perkara itu semua, malah hidup semakin selesa dan makmur, semua masjid ada jamuan berbuka, dan pembesar negara kita mulai mendapatkan senarai jemputan yang banyak untul majlis iftar ! Masya'-Allah rezeki melimpah ruah, alhamdulillah, syukur jadi umat Islam Malaysia, bukan umat Islam Somalia, atau umat Islam negara2 Arab yang kesemuanya sedang bergolak menyambut bulan berkat ini. Ada tak ada pun di negara kita, memang terdapat nyawa yang melayang, tetapi bukan kerana peluru dan bom, hanya kerana kemalangan jalan raya, kerana motosikal yang laju dan tidak terkawal, atau kerana pemandu bas dan lori yang berkejar2 di atas jalan raya, atau kerana pemandu Malaysia yang baik2, tiba2 bertukar menjadi "monster" ketika berada di depan steering kereta....
Oops lupa, satu hal berlaku dalam iklan secara santai dan komedi yang disiarkan dalam TV8 menandakan kedatangan Ramadhan dalam masyarakat berbilang ethnik ini yang seharusnya memahami semua budaya dan cara hidup berbagai ethnik, dan memahami sensiviti orang Islam dalam bulan Ramadhan..Tetapi lihat apa yang berlaku? Riuh rendah satu negara kerana sensitif melampau oleh sesetengah orang, terutamanya yang mentafsirkan iklan itu berbau perkauman, tidak peka kepada ethnik Cina, tak patut, dan sebagainya, sehingga tv8 terpaksa menarik balik dan memberhentikan iklan itu. Hal ini pun menimbulkan banyak komen di luar konteks, terutamanya dipolitikkan begitu rupa!
Lain kali tak payahlah buat apa2 nampaknya untuk mempelajari antara-budaya dan cara hidup rakyat Malaysia....
Itulah tanah air kita Malaysia, hal kecil menjadi besar, kerana ramai orang yang mahu membesar2kannya.
Bagaimana pun kita masih aman dan bersefahaman pada umumnya. Syukurlah.