CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM UNIVERSITI?

Ini hanya merupakan satu persoalan yang tidak jelas jawapannya kepada orang awam tentang kerisis yang berlaku di dalam Universiti Selangor (UNISEL) ekoran dari perletakan jawatan Naib Canselornya, Prof. Dr. Rosti Saruwono. NC ini baru sahaja memegang jawatannya pada 2 Mac 2009, menggantikan NC yang lalu, Datuk Dr. Mohd Razali Agus, yang kalau tak salah ingatan saya, juga melepaskan jawatannya kerana kerisis tertentu yang dialaminya. Dengan ini nampaknya UNISEL akan terpaksa mendapatkan calon lain untuk jawatan NC yang baru.

UNISEL mempunyai potensi yang besar, dan telah pun membuktikan keunggulannya sejak agak lama, iaitu ketika Universiti iu ditubuhkan lebeh sedekad yang lalu. Peruntukan perbelanjaan yang mewah, dengan tenaga pengajar yang baik dan bangunannya yang besar, menjadikan Universiti ini sebagai salah sebuah universiti yang terkemuka di negara kita.

Saya pernah dilantik sebagai Profesor Adjung di UNISEL ketika Datuk Kamarudin Kachar menjadi Naib Canselornya, dan saya pernah berkunjung serta melihat kemajuannya pada waktu itu.

Saya mengandaikan sekiranya kerisis terbaru yang berlaku di universiti ini kerana campur tangan politik, terutamanya politik yang berbentuk kepartian dan politiking ahli2 politik sendiri, maka kewibawaan akademik dan prestasi kejayaannya akan berada di peringkat yang rendah dan tidak setabil. Universiti sebagai sebuah institusi pendidikan dan pengajaran yang bakal mengeluarkan teknokrat dan ilmuan dalam segala bidang bagi membangunkan negara dan bangsa kita ini tidak seharusnya diheret ke dalam sebarang kancah kerisis dan kemelut yang berbau politik yang tidak sihat.

Kita mengaku bahawa pihak Kerajaan negeri sememangnya mempunyai kuasa untuk urusan pentadbiran, kewangan, dan pemantauan univeriti ini sepenuhnya, tetapi dalam menjalankan pentadbiran dan pemantauan kakitangan akademiknya, serta prestasi pengajiannya, adalah merupakan sesuatu yang seharusnya diserahkan kepada pemimpin akademik universiti berkenaan.

Naib Canselor sebagai seorang yang bertanggung jawab secara langsung terhadap pentadbiran universiti dalam hal ehwal akademik dan tenaga pengajar, kakitaangan pentadbir dan hal ehwal pelajar, seharusnya tidak diganggu gugat dalam menjalankan tugasnya secara berkesan. Kedudukannya sebagai ketua haruslah dihormati, malahan dia seharusnya sentiasa dibawa berunding dan berbincang sebelum sebarang keputusan penting diambil oleh pihak lain, walau setinggi mana pun kuasa atasan dalam universiti itu.

Pusat akademik tidaklah seharusnya di campur aduk dengan pengaruh politik dari mana2 pihak sekali pun. Mungkin telah cukup gangguan politik yang berlaku selama ini di dalam urusan agensi2 Kerajaan, surau, masjid, sekolah milik negeri dan sebagainya, maka universiti tidaklah seharusnya di politikkan juga, kerana universiti adalah melambangkan pusat akademik yang bebas dari sebarang pengaruh dan gangguan politik yang berat sebelah dan campur tangan politik yang tidak sihat.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....